Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kad kredit umpama pisau, guna dengan bijak

    Kad kredit umpama pisau, guna dengan bijak

    By June 29, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TIDAK semua penggunaan kad kredit memberi kesan negatif, ia bergantung kepada penggunanya. Kad kredit sebenarnya lebih efisien dan sangat berguna dalam keadaankeadaan tertentu.- GAMBAR HIASAN/PIXABAY

    SIAPA tidak mahu hidup mewah, berbelanja sakan dan membeli apa sahaja yang diimpikan. Namun hakikatnya, tidak semua orang mampu jalani hidup sedemikian sehingga ada segelintir daripada mereka mengambil keputusan menggunakan kad kredit untuk mengecapi gaya hidup tersebut.

    Kad kredit umpama pisau, jika ia jatuh pada orang betul, maka ia sangat memberi manfaat. Tetapi jika sebaliknya, ia akan membuat hidup semakin sukar dan dibebani dengan hutang yang tidak berkesudahan.

    Tidak semua penggunaan kad kredit itu memberi kesan negatif, ia bergantung kepada penggunanya. Kad kredit sebenarnya lebih efisien dan sangat berguna dalam keadaankeadaan tertentu.

    Perunding Kewangan Islam di INFAQ Consultancy Sdn.Bhd., Afyan Mat Rawi menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat keputusan berdasarkan ikut-ikutan atau trend semasa. Sebaliknya, dalami ilmu kewangan terlebih dahulu sebelum memiliki kad kredit.

    “Ambil kad kredit jangan fikir seronok sahaja, pastikan kita mempunyai tahap kewangan yang baik dan mampu membayar hutang kad kredit setiap bulan tepat pada masanya.

    AFYAN

    “Anda perlu ada dana kecemasan yang cukup sebelum memohon kad kredit. Contohnya, jika mahu ambil kad kredit dengan had RM5,000, dana yang perlu disediakan juga dalam jumlah yang sama supaya kita boleh bayar tepat pada waktu.

    “Ini penting bagi mengelakkan kita dikenakan caj yang tinggi setiap bulan,” katanya kepada Relevan.

    Tambah beliau, sesiapa sahaja layak memohon kad kredit di bank tetapi tidak semua orang mampu membayar hutang kad kredit setiap bulan.

    Oleh itu, fikirkan dan nilai kembali tahap kewangan anda sebelum mengambil keputusan mahu memiliki kad kredit.

     

    Seperti yang dikatakan awal tadi, kad kredit banyak manfaatnya jika digunakan dengan bijaksana.

    Berikut Afyan kongsikan tujuh kelebihan yang ditawarkan oleh kad kredit:

    TANPA TUNAI

    Anda tidak perlu bawa wang tunai yang banyak. Cukup hanya dengan sekeping kad untuk digunakan di mana-mana sahaja.

    MATA GANJARAN DAN PULANGAN TUNAI

    Setiap kali menggunakan kad kredit, anda akan diberikan mata ganjaran dan apabila sampai satu tempoh dan cukup mata ganjaran itu, ia boleh ditebus kepada pelbagai hadiah seperti perkakas elektrik, tiket pelancongan dan gajet.

    Pengguna kad kredit juga berpeluang mendapat pulangan tunai.

    MUDAH TERIMA BAYARAN BALIK

    Sekiranya berlaku transaksi yang tidak sah, anda mudah untuk menerima bayaran balik dengan cepat berbeza dengan kad debit yang mengambil masa lama. Begitu juga jika berlaku kecurian, kad kredit itu boleh dibatalkan serta-merta.

    REKOD HUTANG

    Pengguna dengan bayaran kad kredit yang baik setiap bulan akan mempunyai rekod hutang yang cantik. Kad kredit boleh menjadi dokumen sokongan sekiranya anda mahu membuat pembiayaan kereta atau rumah.

    REKOD TRANSAKSI DICATATKAN

    Bila, di mana, berapa banyak dan apa sahaja berkaitan perbelanjaan yang dilakukan dengan kad kredit akan direkod. Oleh itu, ia memudahkan anda membuat semakan perbelanjaan setiap bulan.

    TRANSAKSI ATAU PERBELANJAAN DI LUAR NEGARA

    Sangat mudah untuk anda berbelanja di luar negara dengan kad kredit kerana ia boleh digunakan di seluruh dunia tanpa perlu menukar mata wang asing.

    KECEMASAN

    Bayangkan tiba-tiba kereta anda rosak di tengah jalan dan ketika itu pula tidak ada wang tunai di tangan. Inilah masanya kad kredit membantu anda untuk membayar kos membaik pulih dan sebagainya.

    Walaupun banyak kelebihan ditawarkan oleh kad kredit, Afyan berkata, tidak ada kad kredit yang sempurna kerana setiap daripadanya mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Kalau tidak, bagaimana bank hendak menjana keuntungan?- RELEVAN

    featured hutang kad kredit pinjaman
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.