Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 kesilapan kewangan, No.5 ramai orang buat

    5 kesilapan kewangan, No.5 ramai orang buat

    By May 22, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENTING untuk kita merancang kewangan dan melihat kewangan semasa supaya tidak terlebih berbelanja. GAMBAR DRAZEN ZIGIC/FREEPIK

    MENGURUSKAN kewangan dengan bijak memerlukan pengetahuan dan kesedaran yang tinggi untuk celik wang dan bukannya berbelanja tanpa sebarang kawalan.

    Kita juga perlu mempunyai disiplin yang kuat agar tidak tergugat iman apabila melihat pelbagai tawaran menarik.

    Memang diakui untuk menyimpan dalam keadaan kos yang semakin tinggi pada ketika ini agak sukar tetapi ia akan bertambah buruk jika kita tidak mempunyai perancangan kewangan dan tidak mempunyai ilmu mengenainya.

    Berikut Relevan kongsikan lima kesilapan kewangan yang biasa dilakukan. Semoga artikel ini bermanfaat dan membantu kita semua untuk celik kewangan.

    1. Bayaran tidak berkesudahan

    Tanya diri anda jika anda benar-benar memerlukan barangan yang membuat anda membayar setiap bulan, tahun demi tahun. Bayaran seperti perkhidmatan muzik atau keahlian gim mewah boleh memaksa anda untuk membayar tanpa henti dan juga menyebabkan anda tidak memiliki apa-apa simpanan.

    Oleh itu, jika anda ingin menyimpan lebih banyak, maka gaya hidup mewah yang tidak bermanfaat perlu dipotong untuk membantu anda menggemukkan simpanan dan melindungi diri daripada kesempitan wang.

    1. Bergantung hidup dengan wang pinjaman

    Sepatutnya kad kredit digunakan untuk membayar barangan atau perkhidmatan tertentu sahaja tetapi malangnya jika anda bergantung sepenuhnya dengan kad kredit untuk membeli barang keperluan telah menjadi perkara biasa.

    Sedarlah, ia bukan pengurusan kewangan yang bijak. Sekiranya anda terlambat membayar, caj yang tinggi akan dikenakan.

    Selain itu, dalam sesetengah kes, kad kredit boleh menyebabkan seseorang itu berbelanja melebihi pendapatan.

    1. Membeli kereta baru

    Berjuta-juta kereta baharu dijual setiap tahun tetapi hakikatnya hanya sebilangan kecil pembeli yang mampu membayar secara tunai. Walau bagaimanapun, ketidakupayaan membayar tunai untuk kereta baharu juga bermakna ketidakmampuan untuk membeli kereta tersebut.

    Lagipun, mampu bayar tak sama dengan mampu beli kereta. Tambahan pula, dengan meminjam wang untuk membeli kereta, pembeli perlu membayar faedah ke atas aset susut nilai yang jauh berbeza dengan harga sebenar kereta.

    Oleh itu, fikirkan kembali jika anda hendak membeli kereta baharu ataupun guna sahaja kereta yang ada selagi ia mampu berfungsi dengan baik dan dapat memenuhi keperluan anda. 

    1. Tidak mempunyai pelan kewangan

    Masa depan kewangan anda bergantung pada apa yang berlaku sekarang. Ramai orang boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton televisyen atau menatal media sosial, tetapi sukar untuk memperuntukkan dua jam dalam seminggu untuk merancang kewangan.

    Penting untuk anda merancang kewangan dan melihat kewangan semasa supaya tidak terlebih berbelanja dan mempunyai wang simpanan untuk kecemasan. Pada masa sama, cuba tambah ilmu kewangan dan pelaburan.

    1. Membayar hutang dengan wang simpanan

    Bukan mudah untuk kita mendisiplinkan diri untuk menyimpan sejumlah wang maka, jangan jadikan wang tabungan tersebut sebagai cara atau cagaran untuk melunaskan hutang.

    Sekiranya kita menggunakan wang simpanan itu untuk membayar hutang, berapa lama pula masa yang perlu diambil untuk mengumpul semula sejumlah wang itu? Adakah kita mampu kekal berdisiplin untuk membuat simpanan tersebut.

    Oleh itu, ambill amaun kecil daripada gaji anda untuk menyimpan bagi tujuan membayar hutang tanpa perlu kacau simpanan tetap.- RELEVAN

    featured kad kredit keperluan kesilapan kewangan pinjaman
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.