Facebook Twitter
    Trending
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    • Risiko terlalu lama depan laptop
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    • Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?
    • Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan
    • Tanda-tanda anda seorang workaholic
    • NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti
    • Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025

      Tips makan luar secara sihat

      November 13, 2025
    • Kewangan

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025

      7 tip persediaan menjelang SPM

      November 12, 2025

      Bahaya ketagihan permainan dalam talian

      November 12, 2025

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025
    • Kerjaya

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Semut pura-pura mati untuk selamatkan diri?

    Semut pura-pura mati untuk selamatkan diri?

    By May 19, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERBUATAN berpura-pura mati itu dikenali sebagai thanatosis atau imobilitas tonik iaitu mekanisme pertahanan. Foto S. ‘Topa’ Petit

    PENYELIDIK yang mengkaji pelbagai spesies haiwan di Pulau Kangaroo, Australia terjumpa koloni semut Polyrhachis Femorata yang telah mati sehinggalah salah seekor ahlinya bergerak sedikit demi sedikit.

    Perbuatan berpura-pura mati itu dikenali sebagai thanatosis atau imobilitas tonik iaitu mekanisme pertahanan yang didokumentasikan dengan baik yang diperhatikan dalam berpuluh-puluh spesies haiwan, daripada serangga dan biawak kepada burung dan mamalia.

    Sesetengah pelakon semula jadi ini lebih baik daripada haiwan yang lain dalam bermain berpura-pura mati.

    Baru-baru ini, sepasukan penyelidik menemui koloni berpuluh-puluh ekor semut yang semuanya mati pada masa yang sama apabila diancam.

    Koloni semut itu memain peranan yang sangat baik. Kesemuanya membengkokkan badan dan kekal diam untuk membuat musuh percaya yang kumpulan semut itu telah mati.

    Menurut Profesor Madya S. ‘Topa’ Petit, lakonan semut itu sangat sempurna dan ternyata musuh terpedaya.

     “Apabila kami membuka kotak itu, kami melihat semua semut mati dan kemudian seekor demi seekor bergerak.

    “Imobiliti pertahanan semacam ini hanya diketahui dalam beberapa spesies semut – seekor atau kasta tertentu, tetapi kita tidak mengetahui keadaan lain apabila ia diperhatikan untuk keseluruhan koloni,” katanya.

    Keadaan itu disedari oleh para penyelidik yang sedang memeriksa kotak pygmy-possum dan sarang kelawar di Pulau Kangaroo dan menemui satu kotak yang penuh dengan sekumpulan semut mati.

    Jelas Petit, semut-semut itu layak memenangi Oscar di atas lakonan yang sangat hebat. Penyelidik membawa koloni tersebut ke makmal dan memerhatikan tingkah laku semut-semut itu untuk mengetahui lebih lanjut tentang strateginya.

    Ketika pertama kali, pasukan semut itu kelihatan agak sukar untuk mengenal pasti isyarat untuk berpura-pura mati.

    “Dalam beberapa kotak yang mengandungi koloni Polyrhachis Femorata, beberapa ekor semut mengambil sedikit masa untuk berhenti bergerak dan yang lain tidak berhenti. Pencetus kelakuan itu sukar difahami,” tambah Petit.

    Para saintis mengesyaki bahawa strategi berpura-pura mati seluruh koloni adalah mekanisme pertahanan diri yang menunjukkan bahawa ia mungkin lebih berkesan dalam koloni semut yang lebih kecil kerana kemungkinan besar semua semut akan kekal tidak bergerak pada satu-satu masa.

    Jika seekor semut gagal berlakon dengan baik, ia kan membawa bencana kepada seluruh koloni.- RELEVAN

    berlakon featured mati pura-pura selamat semut

    Artikel berkaitan

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025

    Risiko terlalu lama depan laptop

    November 18, 2025

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025
    Artikel Terkini

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025

    Risiko terlalu lama depan laptop

    November 18, 2025

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.