Facebook Twitter
    Trending
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    • Makanan yang kembalikan kesuburan rambut
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 kelebihan berbasikal, boleh kurus dan bantu kesihatan mental

    7 kelebihan berbasikal, boleh kurus dan bantu kesihatan mental

    By May 20, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    AKTIVITI berbasikal merupakan salah satu cara untuk kita kekal sihat dan cergas baik dari aspek fizikal mahupun mental.- GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    BERBASIKAL santai merupakan senaman berimpak rendah yang menawarkan banyak faedah. Ia juga sangat menyeronokkan untuk dilakukan seisi keluarga mahupun bersama sahabat handai.

    Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk kita kekal sihat dan cergas baik dari aspek fizikal mahupun mental. Ia juga sesuai untuk semua peringkat.

    Pada mereka yang hendak menurunkan berat badan, mungkin anda boleh mencuba aktiviti ini kerana ia sangat baik untuk pengurusan berat badan yang lebih sihat. Begitu juga untuk menurunkan tahap kolesterol dan menjaga kesihatan jantung.

    Sehubungan itu, Relevan kongsikan tujuh manfaat berbasikal dengan merujuk kepada healthline untuk anda lebih bersemangat mengayuh basikal.

    1. Menurunkan berat badan

    Berbasikal terutamanya dengan berintensiti tinggi boleh membantu menurunkan tahap lemak dalam badan anda yang menggalakkan pengurusan berat badan lebih sihat.

    Kajian tambahan mencadangkan bahawa latihan pecut dan kekuatan dengan berbasikal boleh meningkatkan metabolisme dan membina otot yang membolehkan anda membakar lebih banyak kalori, walaupun semasa berehat.

    1. Membantu menguatkan kaki anda

    Berbasikal meningkatkan fungsi keseluruhan di bahagian bawah badan anda dan menguatkan otot kaki tanpa membebankan sendi. Ia menyasarkan paha depan, glutes, hamstring (bahagian belakang paha) dan betis anda.

    Untuk menjadikan kaki anda lebih kuat dan meningkatkan prestasi berbasikal anda, cuba lakukan senaman angkat berat, squat, tekanan kaki dan lunges beberapa kali seminggu.

    1. Menurunkan kolesterol

    Kesan peningkatan kesihatan berbasikal boleh membantu menurunkan kolesterol jahat yang sekali gus, meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan mengurangkan risiko strok dan serangan jantung.

    Menurut satu ulasan 300 kajian, berbasikal dalam tempat bertutup (indoor) mempunyai kesan positif terhadap jumlah kolesterol. Ia boleh meningkatkan tahap kolesterol baik iaitu, High Density Lipoprotein (HDL) sambil menurunkan tahap kolesterol buruk Low Density Lipoprotein (LDL) dan trigliserida.

    1. Meningkatkan kesihatan mental dan kuasa otak

    Berbasikal boleh meredakan tekanan, kemurungan atau kebimbangan. Memberi tumpuan ketika menyelusuri perjalanan sepanjang berbasikal boleh membuat anda lebih fokus dan mengalihkan tumpuan daripada segala permasalahan buat seketika.

    Satu kajian mendapati bahawa berbasikal di luar rumah dapat meningkatkan fungsi kognitif dan kesejahteraan untuk orang berusia.

    Jika anda mendapati diri berasa lesu, tidak bermaya atau seperti otak anda bergerak perlahan, cuba naik basikal sekurang-kurangnya 10 minit.

    Senaman ini menggalakkan pembebasan endorfin dalam badan anda yang membantu anda berasa lebih baik sambil menurunkan tahap tekanan anda.

    1. Berbasikal membantu pesakit kanser

    Berbasikal adalah pelan tambahan penjagaan kesihatan kepada pesakit pesakit kanser atau mereka sedang pulih daripada kanser.

    Walau bagaimanapun, ramai pesakit kanser mengalami tenaga yang rendah dan sakit semasa rawatan, jadi pastikan anda mendapatkan nasihat daripada mereka yang merawat anda sebelum melakukan aktiviti kecergasan.

    Berbasikal boleh membantu anda kekal cergas – boleh mengurangkan risiko anda untuk menghidap jenis kanser tertentu termasuk kanser payudara.

    Menurut penyelidikan dari 2019, jika anda menghidap kanser payudara, kekal aktif boleh membantu mengurangkan kesan sampingan rawatan kanser, termasuk keletihan dan meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan.

    1. Meningkatkan keseimbangan, postur dan koordinasi

    Ketika anda menstabilkan badan dan memastikan basikal tegak, anda secara tidak langsung akan meningkatkan keseimbangan dan koordinasi keseluruhan badan serta gaya berjalan.

    Keseimbangan cenderung merosot apabila usia meningkat dan juga kerana gaya hidup tidak aktif. Keseimbangan yang lebih baik bermanfaat dalam pencegahan jatuh dan patah tulang yang boleh membantu mengurangkan risiko kecederaan ketika bersukan atau bergerak aktif.

    1. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

    Berbasikal ialah cara yang terbaik untuk meningkatkan kadar denyutan jantung anda, meningkatkan fungsi kardiovaskular dan meningkatkan tahap kecergasan keseluruhan.

    Kajian pada tahun 2019 menunjukkan bahawa berbasikal dikaitkan dengan risiko penyakit kardiovaskular yang lebih rendah. Ia juga dikaitkan dengan kadar kematian yang lebih rendah dan kadar faktor risiko fisiologi yang lebih rendah seperti diabetes, ketidakaktifan fizikal dan tekanan darah tinggi.- RELEVAN

    Previous Article7 cara jimat belanja barang dapur
    Next Article Makanan-makanan yang merosakkan otak

    Artikel berkaitan

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026
    Artikel Terkini

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.