Facebook Twitter
    Trending
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    • Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan
    • Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?
    • Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya
    • Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023

      Penyalahgunaan ubat penenang haiwan menyebabkan manusia menjadi ‘zombie’

      May 19, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023

      Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini

      May 26, 2023

      Mengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu

      May 23, 2023

      Adakah permainan dalam talian Roblox selamat untuk kanak-kanak?

      May 22, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Wajarkah ‘cuti patah hati’ diberikan kepada mereka yang putus cinta?

    Wajarkah ‘cuti patah hati’ diberikan kepada mereka yang putus cinta?

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 19, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DALAM sesetengah keadaan, patah hati boleh menyebabkan pekerja murung dan hilang produktiviti. - GAMBAR HIASAN/UNSPLASH

    SEMUA orang tahu, pekerja layak mengambil cuti ketika sakit. Namun, layakkah pekerja mengambil cuti jika patah hati kerana putus cinta?

    Cuti sakit diberikan kepada pekerja yang mengalami kesakitan dengan jumlah hari yang ditentukan syarikat. Ketika sakit, pekerja tidak mampu bekerja atau hanya mampu bekerja dengan produktiviti yang rendah. Sebab itu cuti sakit diberikan.

    Namun, masalah mental dan perasaan seperti patah hati juga boleh mengurangkan produktiviti pekerja. Bukankah situasi sebegini juga memerlukan cuti, seperti mana cuti sakit?

    Prinsip cuti sakit

    Menurut OECD, cuti sakit diberikan untuk menyokong pekerja ketika menghidap sakit sementara dengan tiga cara.

    Cara pertama adalah dengan melindungi pendapatan pekerja sepanjang sakit. Dengan cuti sakit, pekerja diberikan gaji berterusan dan juga mendapat manfaat lain melalui perlindungan sosial yang disediakan syarikat.

    Cara kedua pula dengan melindungi pekerjaan pekerja yang sakit. Melalui cuti sakit, hubungan pekerjaan antara majikan dengan pekerja berterusan. Tanpa cuti sakit, kegagalan pekerja hadir ke pejabat boleh menyebabkan dia dibuang kerja.

    Cara terakhir pula melibatkan perlindungan terhadap kesihatan pekerja. Dengan cuti sakit, pekerja boleh berehat di rumah. Tanpa cuti tersebut, kesakitan yang dialami pekerja boleh berpanjangan dan menyebabkan penurunan produktiviti.

    Cuti patah hati = cuti sakit?

    Berdasarkan prinsip yang dinyatakan, bolehkah cuti patah hati disamakan dengan cuti sakit?

    Secara asasnya, boleh. Dalam tempoh lara akibat putus cinta, pekerja tetap memerlukan perlindungan pendapatan, pekerjaan dan kesihatan. 

    Namun, apa yang perlu diberi perhatian, adakah patah hati boleh disamakan dengan penyakit?

    Perkara ini yang dibangkitkan wartawan, Sally Jones yang muncul dalam rancangan Good Morning Britain pada Januari 2020. 

    Jones bertingkah pendapat dengan seorang telangkai (matchmaker), Lara Asprey yang melihat cuti patah hati sebagai berpatutan kerana putus cinta boleh memberi kesan kepada kesihatan mental serta produktiviti pekerja.

    Bagi Jones, putus cinta kejadian yang sangat normal dan boleh berlaku berkali-kali dalam kehidupan. Ia tidak sepatutnya dianggap seperti penyakit, katanya.

    Cuti patah hati di seluruh dunia

    Cuti patah hati pernah wujud, jangan terkejut. Cuma mungkin namanya berbeza dan pelaksanaannya pelbagai.

    Contohnya, di Jerman, anda boleh ke klinik untuk mendapatkan nota dari doktor yang mengatakan anda memerlukan rehat disebabkan patah hati, atau liebeskummer dalam bahasa Jerman.

    Di Jepun juga, ada syarikat yang menawarkan cuti patah hati. Syarikat tersebut, Hime & Co pernah popular pada 2008 apabila menawarkan cuti tersebut.

    Cuti yang diberikan adalah sebanyak sehari setahun untuk pekerja berumur bawah 24 tahun, dua hari untuk pekerja berumur 25 hingga 29 tahun dan yang berumur lebih 29 tahun boleh memohon cuti selama tiga hari.

    “Wanita dalam umur 20-an boleh jumpa pasangan dengan lebih cepat berbanding wanita berumur 30-an. Pengalaman putus cinta mereka kebiasaannya lebih teruk,” kata Miki Hiradate, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut.

    Wajar atau tidak

    Apa kata pakar tentang kewajaran cuti patah hati? Artikel dalam portal Yahoo! Life ada mengupas persoalan ini.

    Menurut pengasas dan konsultan budaya di Liberty Mind, Lizzie Benton, cuti patah hati mungkin diperlukan dalam beberapa keadaan, bergantung kepada keseriusan situasi putus cinta tersebut dan bagaimana teruk emosi pekerja yang terlibat.

    Kata beliau, lara akibat putus cinta boleh dibandingkan dengan kesedihan akibat kematian dan boleh mengubah hidup seseorang. 

    “Dalam beberapa keadaan, mental seseorang boleh jadi sangat tidak stabil selepas putus cinta dan ini boleh menyebabkan mereka tidak gembira di tempat kerja.

    “Majikan yang sepatutnya membuat keputusan ini secara kes demi kes, tetapi pekerja perlu diselesakan dan berasa cukup selamat untuk meminta cuti tersebut,” katanya.

    Walau bagaimanapun, kata Benton, majikan perlu mengambil pendekatan yang berhati-hati supaya pekerja tidak mengambil kesempatan. Beliau turut menekankan kepentingan mewujudkan hubungan kepercayaan yang kukuh antara majikan dengan pekerja sebelum polisi tersebut dilaksanakan.

    Ketua Pegawai Eksekutif agensi kesihatan mental, Gerard Barnes pula mencadangkan supaya syarikat mewujudkan polisi keterbukaan dan ketelusan berkaitan isu peribadi yang boleh memberi kesan kepada kehidupan bekerja seseorang.

    “Sama ada syarikat memilih untuk menawarkan cuti patah hati yang khusus, memasukkannya sebagai cuti berkabung yang biasa atau tidak mewujudkan polisi untuk patah hati langsung, yang penting pengurus dan jabatan sumber manusia tidak menghakimi pekerja,” katanya.

    Jelas Barnes, ada keadaan yang mana pekerja dapat memulihkan lara akibat putus cinta dengan bekerja, maka cuti tersebut tidak bersesuaian. Namun, beliau juga tidak menafikan wujud keadaan kesihatan mental dan prestasi kerja seseorang akan merosot kerana terpaksa bekerja dalam keadaan patah hati. – RELEVAN

    cuti featured kerjaya
    Artikel Terkini

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023

    Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

    May 31, 2023

    Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

    May 31, 2023

    Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

    May 30, 2023

    Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

    May 30, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.