Facebook Twitter
    Trending
    • 7 fakta langka tentang P. Ramlee
    • Bagaimana proses melihat anak bulan?
    • 7 puisi buat anda di hari puisi
    • Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?
    • Pesakit jantung boleh berpuasa?
    • Tidak dibenarkan surcaj tambahan di premis perniagaan, BNM beri amaran
    • 10 tanda manusia narsistik, lari sebelum terlambat
    • 5 jawapan ‘selamat’ untuk cerita kelemahan diri ketika temu duga
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pesakit jantung boleh berpuasa?

      March 20, 2023

      10 tanda manusia narsistik, lari sebelum terlambat

      March 16, 2023

      Adakah bebenang kelabu pada penglihatan petanda masalah mata?

      March 14, 2023

      Sifar kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      March 12, 2023

      251 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

      March 11, 2023
    • Kewangan

      Tidak dibenarkan surcaj tambahan di premis perniagaan, BNM beri amaran

      March 16, 2023

      Menabung runcit-runcit untuk kecemasan kecil

      March 9, 2023

      3 jenis pemilikan hartanah dan ciri-cirinya

      March 7, 2023

      7 perbandingan perkara utama dalam Belanjawan 2023 dan Bajet 2023

      February 27, 2023

      5 cabaran ekonomi untuk Malaysia pada 2023 menurut Perdana Menteri

      February 26, 2023
    • Pendidikan

      7 fakta langka tentang P. Ramlee

      March 22, 2023

      Bagaimana proses melihat anak bulan?

      March 22, 2023

      7 puisi buat anda di hari puisi

      March 21, 2023

      Berbual bersama Fai: Sisi teknikal di sebalik penciptaan lagu Hasrat

      March 15, 2023

      Berbual bersama Amir Jahari:  Kisah di sebalik penciptaan lagu Hasrat

      March 14, 2023
    • Kerjaya

      Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?

      March 21, 2023

      5 jawapan ‘selamat’ untuk cerita kelemahan diri ketika temu duga

      March 15, 2023

      Cara menulis dan contoh cover letter terbaik menurut Universiti Harvard

      March 10, 2023

      Cara menulis dan contoh resume terbaik menurut Universiti Harvard

      March 8, 2023

      10 negara yang telah, sedang dan akan laksanakan 4 hari bekerja dalam seminggu

      March 6, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Inflasi September meningkat 4.5%, lebih perlahan berbanding Ogos

    Inflasi September meningkat 4.5%, lebih perlahan berbanding Ogos

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 28, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    INFLASI Malaysia pada September meningkat dengan lebih perlahan berbanding Ogos. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    INFLASI Malaysia yang diukur menggunakan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 4.5 peratus pada September, peningkatan yang lebih perlahan berbanding 4.7 peratus pada Ogos.

    Trend sama turut ditunjukkan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) yang mengukur perubahan harga pada peringkat pengeluar. Berbanding peningkatan 6.8 peratus pada Ogos, indeks itu meningkat 4.9 peratus pada September.

    Dua indeks tersebut merupakan antara statistik yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan melalui Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia Siri 10/2022.

    ARTIKEL BERKAITAN: Bagaimana inflasi diukur di Malaysia? 

    Menurut Jabatan Perangkaan, pengeluaran buah tandan segar pada September meningkat 8.3 peratus kepada 9,152,131 tan metrik berbanding 8,447,586 tan metrik pada September tahun lalu.

    Sementara itu, menurutnya, pengeluaran getah asli pada Ogos menurun 15.2 peratus kepada 36,411 tan daripada 42,942 tan pada Ogos 2021.

    “Pada masa sama, prestasi Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) pada Ogos meningkat 13.6 peratus berbanding bulan sama tahun sebelumnya. Nilai jualan sektor pembuatan pula mencapai jumlah RM157.4 bilion, meningkat sebanyak 24.4 peratus berbanding bulan sama tahun lalu.

    “Perdagangan borong dan runcit pula melonjak 33.7 peratus tahun ke tahun kepada RM133.7 bilion, disumbangkan oleh perdagangan runcit (34.5 peratus), kenderaan bermotor (185.3 peratus) dan peningkatan dalam perdagangan borong (16 peratus),” katanya.

    INFOGRAFIK OLEH JABATAN PERANGKAAN

    Tambah Jabatan Perangkaan, pada September, perdagangan Malaysia meneruskan prestasi yang memberangsangkan dengan eksport meningkat 30.1 peratus kepada RM144.3 bilion manakala import menokok 33 peratus tahun ke tahun kepada RM112.6 bilion.

    Pasaran buruh juga menunjukkan senario positif pada Ogos apabila bilangan pekerja meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada 16.02 juta orang dan kadar pengangguran berada pada 3.7 peratus.

    “Indeks Peneraju (LI) mencapai 111.3 mata pada Ogos, mencatatkan peningkatan empat peratus tahun ke tahun berbanding 107.0 mata pada Ogos 2021.

    “Oleh itu, adalah dilihat bahawa Malaysia akan terus mengekalkan momentum pertumbuhannya dalam tempoh terdekat berdasarkan indeks arah aliran jangka panjang yang terlicin,” katanya. – RELEVAN

    DOSM featured inflasi kewangan
    Artikel Terkini

    7 fakta langka tentang P. Ramlee

    March 22, 2023

    Bagaimana proses melihat anak bulan?

    March 22, 2023

    7 puisi buat anda di hari puisi

    March 21, 2023

    Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?

    March 21, 2023

    Pesakit jantung boleh berpuasa?

    March 20, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.