Facebook Twitter
    Trending
    • Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai
    • Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?
    • Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO
    • Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…
    • Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama
    • Jangan simpan ini dalam kereta!
    • SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

      February 11, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 11 ciri pekerja bermasalah

    11 ciri pekerja bermasalah

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 26, 2022Updated:November 7, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PEKERJA yang bermasalah boleh mendatang kesukaran kepada pengurus dan majikan. - GAMBAR HIASAN/PEXELS

    MENGURUSKAN pekerja merupakan antara cabaran terbesar majikan dan pengurus di tempat kerja. Jika pekerja baik, banyak urusan syarikat yang dapat dipermudah tetapi jika pekerja bermasalah, banyak jugalah masalah syarikat.

    Pekerja bermasalah boleh dibuang, ramai lagi yang menunggu kerja di luar tetapi jika kerap sangat perlu buang pekerja, masalah juga.

    Menurut Center for Creative Leadership (CCL), pekerja yang bermasalah mendatangkan lima masalah kepada syarikat, iaitu menghakis kepercayaan, mengurangkan inovasi, mengurangkan output, mengganggu pembuatan keputusan dan merosakkan reputasi pasukan.

    ARTIKEL BERKAITAN: 10 ciri bos yang teruk

    Langkah pertama untuk mengendalikan pekerja bermasalah adalah mengenal pasti ciri pekerja sebegitu. 

    Oleh itu, berpandukan kajian bertajuk Pekerja Bermasalah: Mengenal Pasti dan Mengurus sebelum Mereka Memberi Kesan kepada Perniagaan dan Kerjaya Anda oleh CCL, Relevan bawakan kepada anda 11 ciri pekerja bermasalah.

    • Prestasi kerja yang rendah

    Kalau ditetapkan petunjuk prestasi utama (KPI), markah mereka sering rendah. Selepas ditaklimatkan jangkaan pengurusan pun, mereka tidak mampu capai. 

    Pekerja sebegini bermasalah untuk syarikat kerana hasil kerjanya selalu di bawah par. Rakan sekerja juga akan terpalit apabila terpaksa berusaha lebih untuk membaiki kelemahannya.

    • Tak ‘ngam’ dengan orang lain

    Baik dengan rakan sekerja, pengurus atau pelanggan, dia sukar ‘ngam’. Mungkin dia seorang yang terlalu pendiam atau sikapnya tidak disenangi ramai.

    Ciri sebegini menyukarkan kerja berpasukan dan memberi imej negatif kepada syarikat. 

    • Daun keladi

    Jika ada kelemahan, eloknya pekerja ditegur. Kalau ada kekurangan pun, latihan sepatutnya boleh menyelesaikan masalah.

    Namun, ada pekerja yang sudah ditegur dan dilatih, tetap begitu juga prestasinya. Macam daun keladi, disiram air tak basah-basah.

    • Tak suka perubahan

    Perubahan itu biasa. Kadangkala, syarikat perlu lakukan perubahan untuk sesuaikan perniagaan dengan keadaan semasa atau untuk mencapai strategi perbelanjaan yang paling efisien.

    Tetapi, ada pekerja yang tak mahu terima perubahan. Ada yang sekadar sukar terima perubahan, ada juga yang menolak terus sebarang perubahan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Manusia-manusia toksik di tempat kerja 

    • Tak bertanggungjawab

    Kesilapan itu normal. Kita belajar dan usaha elakkan kesilapan sama pada masa hadapan. Yang bermasalahnya apabila sudah buat kesilapan, tidak mahu mengaku dan bertanggungjawab.

    Sudahlah tidak mahu bertanggungjawab, jarinya laju saja menuding orang lain seolah-olah dia yang paling sempurna dan tak pernah buat silap.

    • Negatif sepanjang masa

    Pantang jumpa saja, mesti mengeluh. Itu tak betul, ini tak betul. Semua pandangannya negatif sampai kita pula yang penat nak layan.

    Pekerja sebegini boleh memurungkan persekitaran tempat kerja. Jangan sampai pekerja lain terpengaruh dengan sikap negatifnya.

    • Tidak beretika

    Apabila pengurus menetapkan tarikh akhir untuk tugasan atau waktu kerja, itu bukan saja-saja. Disiplin dan etika kerja yang baik perlu diterapkan untuk kemajuan syarikat.

    Namun, ada pekerja yang belum sampai waktu balik, dia sudah angkat beg. Kerja pula selalu hantar lambat. Apabila ada pekerja lain dapat anugerah dan dinaikkan gaji, dia pun pelik. Lah?

    • Sombong

    Kita semua kenal manusia seperti ini. Dari hal mikrobakteria hingga status planet-planet dalam Bima Sakti, dia tahu semua. Apabila bersembang, suara dia paling kuat dan dia paling betul. Pantang dibantah.

    Kalau bising tapi kerja bagus, tak apa. Tapi kebanyakannya tin kosong. Apabila ditegur, susah mahu terima. Akhirnya, kita angguk dan angkat ibu jari sajalah.

    • Komunikasi 

    Ada pekerja yang tidak ada masalah lain. Kerja bagus, balik ikut waktu dan disenangi ramai. Namun, komunikasinya pula bermasalah.

    Diam-diam, kerja dah siap. Itu okay lagi. Ada yang diam-diam, kerja tak siap. Mungkin ada masalah dan kekangan tetapi kalau kita berkomunikasi, rakan-rakan dan pengurus boleh bantu. Yang penting, beritahu.

    • Salah tempat

    Pekerja begini ada kelebihan tersendiri tetapi kedudukannya pula tak betul. Apabila kemahiran tak sepadan dengan peranan, prestasi akan jatuh.

    Ada juga yang terlalu cepat dinaikkan pangkat. Mungkin potensinya menyerlah tetapi apabila diberikan tanggungjawab besar, tak mampu buat. Ini perlu diberi perhatian oleh para pengurus.

    • Okay, tapi…

    Pekerja begini ada kekuatannya tetapi tenggelam kerana kelemahan yang lain.

    Cemerlang tetapi tak pandai bina hubungan baik dengan klien. Kerja laju tapi banyak masalah peribadi. Bijak tetapi tak berdisiplin. Itu antara contohnya. – RELEVAN

    Previous Article7 perkara yang anda perlu tahu pada hari mengundi
    Next Article Diet keto bukan untuk jangka panjang, pakar kongsi 5 kesan sampingan

    Artikel berkaitan

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    February 10, 2026

    Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

    February 9, 2026

    Jangan simpan ini dalam kereta!

    February 9, 2026
    Artikel Terkini

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    February 10, 2026

    Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

    February 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.