Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Subvarian baharu Covid-19 lebih mudah merebak, mampu elak perlindungan vaksin

    Subvarian baharu Covid-19 lebih mudah merebak, mampu elak perlindungan vaksin

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 31, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KES jangkitan baharu Covid-19 dijangka terus meningkat selepas penemuan subvarian baharu Omicron baru-baru ini. - GAMBAR HIASAN/AFP

    SUBVARIAN baharu Covid-19, Omicron XBB didapati lebih mudah merebak berbanding subvarian Omicron yang lain dan berkebolehan mengelak daripada perlindungan vaksin.

    Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, susulan pengesanan subvarian tersebut di Malaysia, peningkatan bilangan kes baharu serta indikator-indikator utama lain adalah dijangkakan.

    Walau bagaimanapun, jelas beliau, belum ada bukti tentang perubahan dalam kebolehan subvarian tersebut untuk menyebabkan penyakit yang lebih teruk dan vaksinasi masih memberikan perlindungan yang baik terhadap penyakit Covid-19 yang serius.

    “Individu yang tidak pernah dijangkiti Covid-19, mereka yang hanya pernah dijangkiti varian Delta sebelum ini atau telah dijangkiti varian Omicron lebih daripada enam bulan yang lepas mempunyai risiko lebih tinggi untuk dijangkiti subvarian XBB.

    “Begitu juga sekiranya dos terakhir vaksin diambil lebih daripada enam bulan yang lepas, risiko untuk dijangkiti subvarian XBB adalah lebih tinggi. 

    “Maka, adalah lebih penting untuk mendapatkan dos penggalak,” katanya dalam kenyataan.

    Sehubungan itu, Khairy mengesyorkan supaya individu berumur 50 tahun ke atas; individu berumur 12 tahun ke atas dengan imun yang lemah; individu berumur 18 tahun ke atas dengan morbiditi serta ibu mengandung dan petugas kesihatan mendapatkan dos penggalak.

    Menurut beliau, subvarian XBB merupakan  subvarian Omicron yang telah berkembang daripada sunvarian BA.2 Omicron sedia ada.

    “Ia merupakan subvarian rekombinan daripada subvarian BA.2.10.1 dan BA.2.75 dengan beberapa mutasi tambahan di protein pepaku (spike),” jelasnya.

    Subvarian tersebut dikenal pasti dalam empat kes Covid-19 yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan berumur antara 25 hingga 51 tahun dari Selangor dan Negeri Sembilan.

    Kata Khairy, semua kes tersebut adalah warganegara Malaysia yang dikesan positif Covid-19 melalui survelan penjujukan genom dan semua kes tersebut adalah kategori 2 dengan gejala demam, batuk, sakit tekak dan selesema.

    Hanya satu daripada kes tersebut merupakan kes jangkitan semula dan kes-kes tersebut telah menjalani isolasi selama tujuh hari seperti yang diarahkan dalam MySejahtera.

    Semua kontak rapat juga telah dikenal pasti dan berada dalam keadaan sihat.

    Sementara itu, menurut Khairy, bilangan kes baharu Covid-19 meningkat sebanyak 16.5 peratus kepada 16,917 kes pada Minggu Epidemik (ME) 43/2022 (23 hingga 29 Oktober) berbanding 14,525 kes pada ME 42/2022.

    Bilangan kes kematian pula menunjukkan penurunan sebanyak 31 peratus kepada 20 kes pada ME 43/2022 berbanding 29 kes pada ME 42/2022.

    Kata Khairy, walaupun trend jangkitan Covid-19 dan trend bagi indikator utama menunjukkan sedikit peningkatan, situasi semasa jangkitan Covid-19 dalam negara masih terkawal.

    “Antara faktor yang menyumbang atau membantu mengawal situasi jangkitan Covid-19 dalam negara adalah kesedaran yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia tentang pentingnya tindakan kesihatan awam kendiri seperti pemakaian pelitup muka dan mendapatkan vaksin Covid-19 ataupun dos penggalak,” katanya. – RELEVAN

    Previous ArticleFakta Semesta: 5 sebab mengapa bumi planet terbaik untuk manusia
    Next Article Long Covid: Penuaan cepat sedekad, stamina menurun

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.