Facebook Twitter
    Trending
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cuti bersalin itu hak, bukan ganjaran

    Cuti bersalin itu hak, bukan ganjaran

    By January 12, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    IBU dan bapa berhak mendapat cuti secukupnya selepas kelahiran anaknya. - GAMBAR HIASAN/LAURA GARCIA (Pexels)

    SUDAH lebih satu abad sejak konsep perlindungan materniti untuk wanita di tempat kerja diperkenalkan, namun kita masih terus berdebat tentangnya.

    Pada 1919, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganjurkan Konvensyen Perlindungan Materniti. Hasil konvensyen ini, diskriminasi terhadap wanita bersalin dalam pasaran pekerjaan perlahan-lahan dapat dihapuskan.

    Keadaannya bertambah baik. Banyak negara mula meratifikasi konvensyen tersebut demi dua objektif utama: untuk memelihara kesihatan ibu bersalin bersama anak yang baru dilahirkan dan untuk menyediakan perlindungan kerja serta pendapatan.

    Di Malaysia juga bertambah baik. Melalui pindaan Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa tahun ini, cuti bersalin dipanjangkan kepada 98 hari manakala cuti paterniti diberikan kepada bapa selama tujuh hari.

    Namun, pastilah ada suara-suara yang membantah. Pindaan tersebut akan memberi tekanan kewangan kepada majikan, khususnya majikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 tip kembalikan semangat bekerja selepas bercuti

    Ada juga hujah yang disadur kebimbangan terhadap kedudukan wanita dalam pasaran pekerjaan. Pindaan tersebut dijangka akan mengurangkan pengambilan pekerja wanita kerana majikan tak mahu tanggung risiko kewangan sekiranya pekerja tersebut memilih untuk melahirkan anak.

    Hujah-hujah ini ada meritnya. Cuma ada satu hujah yang canggung. Ada pihak yang fikir cuti bersalin selama 98 hari ini akan menjadi ganjaran kepada pekerja yang berprestasi rendah.

    Hujah canggung ini datang dari satu punca: kita fikir cuti bersalin itu ganjaran kepada pekerja wanita.

    Tidak pernah dalam mana-mana konvensyen berkaitan perlindungan materniti meletakkan cuti bersalin sebagai ganjaran. Ia tidak masuk akal. Cuti bersalin ialah hak, bukan ganjaran.

    Mengapa ia merupakan hak? Pertama, mempunyai anak itu kehendak alami manusia. Sudah tercetak dalam naluri manusia kehendak untuk mempunyai zuriat.

    Kedua, menarik apa-apa manfaat terhadap pekerja wanita semata-mata kerana mereka memilih untuk mempunyai anak ialah satu diskriminasi yang tidak berperikemanusiaan.

    Ketiga, memelihara kesihatan ibu dan anaknya selepas bersalin adalah tanggungjawab sosial yang penting. Tidak ada perniagaan boleh terus buat untung tanpa masyarakat yang stabil dan makmur sebagai pelanggan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Wajarkah ‘cuti patah hati’ diberikan kepada mereka yang putus cinta?

    Sebab itu, cuti bersalin yang diberikan kepada pekerja wanita perlu dilihat sebagai hak, bukan ganjaran. Selagi kita memandang isu ini melalui sudut pandang yang salah, selagi itulah kita akan mencari seribu alasan untuk menolak perkembangan sihat dalam pasaran pekerjaan seperti ini.

    Berkenaan tekanan kewangan kepada majikan PMKS pula, ada langkah yang boleh diambil bagi menjamin situasi menang-menang kepada majikan dan pekerja. Ada negara yang menggunakan sistem insurans sosial untuk mendanai manfaat kewangan untuk pekerja, ada yang sepenuhnya diserahkan kepada majikan.

    Begitu juga dengan kebimbangan kekurangan peluang kepada pekerja wanita dalam pasaran pekerjaan. Jika difikirkan, majikanlah yang rugi jika menolak untuk mengambil pekerja wanita semata-mata kerana takut menanggung beban kewangan apabila mereka bersalin.

    Setiap pekerja dinilai pada kemampuannya. Ada ramai pekerja wanita yang hebat, berdisiplin dan berprestasi tinggi. Menggantikan mereka dengan pekerja yang mempunyai kemampuan lebih rendah semata-mata mahu mengelak memberikan cuti berbayar selama 98 hari jika mereka bersalin adalah kerugian yang nyata.

    Selepas 104 tahun, kita sepatutnya berbangga dengan kemajuan negara dalam mengiktiraf hak wanita dalam pasaran pekerjaan. Beri hak ini bukan kerja susah, kecuali kalau kita memang gemarkan diskriminasi.  – RELEVAN

    Previous Article5 industri dengan permintaan tertinggi pada 2023
    Next Article 625 kes sembuh Covid-19 dicatatkan semalam

    Artikel berkaitan

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026
    Artikel Terkini

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.