Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

    6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

    By January 30, 2023Updated:January 31, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PASTIKAN pelan persaraan anda terlaksana bagi menikmati kehidupan selepas bersara yang indah dan bahagia. - GAMBAR HIASAN/MART PRODUCTION (Pexels)

    RAMAI orang mengimpikan kehidupan selepas bersara yang tenang dan damai. Boleh fokus semula kepada hobi seperti berkebun, bermain muzik atau membaca. 

    Tidak ada lagi Isnin yang biru kerana kehidupan sudah tidak terikat kepada jadual kerja 9-5. Lebih banyak masa bersama keluarga boleh diluang dan usaha menambah pahala di hujung usia juga boleh diperbanyak.

    Namun, semua itu hanya tinggal impian jika kita tidak mempunyai pelan persaraan yang kukuh (kecuali kalau anda hartawan superkaya dengan wang yang tak luak-luak dibelanja).

    ARTIKEL BERKAITAN: Rancang gaya hidup persaraan anda sekarang sebelum terlambat

    Sehubungan itu, berpandukan pandangan penulis buku Where’s My Money: Secrets to Getting the Most out of Your Social Security and The New Rules of Retirement, Bob Carlson, Relevan kemukakan enam pantang larang buat pesara.

    Pastikan anda tidak lakukan perkara-perkara ini bagi memastikan pelan dan impian persaraan anda tidak musnah (sekali lagi, kecuali kalau anda hartawan superkaya dengan wang yang tak luak-luak dibelanja).

    • Terlalu ringan tangan

    Pantang diminta, kita beri. Ia sifat yang terpuji tetapi perlulah berpada-pada. Ibu bapa memang sukar nak tolak permintaan anak, begitu juga datuk dan nenek terhadap cucu. Yang penting, kita tahu batasnya dan fikirkan kepentingan masa hadapan.

    Keutamaan perlu diberikan kepada kesihatan dan kewangan diri. Jelaskan kepada anak-anak, kalau kita bantu mereka dengan berlebihan hari ini, lambat-laun kita akan bergantung kepada bantuan mereka pula.

    Kalau rasa susah nak jelaskan sendiri kepada anak-anak atau mereka yang meminta bantuan, anda boleh minta penasihat kewangan yang jelaskan kepada mereka. Sekurang-kurangnya tidaklah bermasam muka nanti, bukan?

    • Rumah kedua

    Mungkin kita ada buat simpanan khas untuk membeli rumah kedua selepas bersara, namun tetap ada risikonya. Ramai yang tidak sedar kos-kos tersembunyi apabila memiliki rumah.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kos tersembunyi beli rumah baharu, ini yang anda perlu tahu

    Ramai yang menyediakan wang cukup-cukup untuk membeli dan perbelanjaan terjangka lain tetapi tidak menyediakan ruang untuk perbelanjaan mengejut. Lebih-lebih lagi kos penyelenggaraan yang boleh meningkat selepas beberapa tahun.

    Maknanya, kalau mahu memiliki rumah kedua, pastikan pelan perbelanjaan anda turut merangkumi kos-kos tak terjangka.

    • Berhutang

    Biasanya dalam tempoh bersara, kita sudah bebas hutang. Namun, ada banyak gesaan daripada penasihat kewangan supaya pesara mengekalkan hutang, terutamanya dengan kadar faedah yang rendah. 

    Ada hutang baik dan ada juga hutang buruk. Hutang juga boleh menjadi alat kewangan yang berguna tetapi ia boleh menyebabkan kewangan anda kurang anjal. Komitmen bulanan terhadap hutang menyempitkan perbelanjaan anda.

    ARTIKEL BERKAITAN: Hutang baik dan hutang buruk: Apa yang anda perlu tahu?

    Jadi, elakkan hutang. Sebaliknya, gunakan caruman insurans bagi melepaskan diri daripada bebanan perbelanjaan luar jangka, seperti perbelanjaan kesihatan atau kerosakan harta.

    • Buka perniagaan

    Bukan semua pesara mahu hidup tanpa berbuat apa-apa pada akhir usia. Ramai yang masih bersemangat mahu bekerja dan menjadi produktif, maka mereka mulakan perniagaan.

    Namun, menjadi usahawan bukanlah mudah. Walaupun pesara telah berpengalaman berpuluh tahun dalam bidangnya sebelum ini, ia tidak semestinya sesuai untuk digunakan dalam perniagaan.

    Berhati-hati apabila memulakan perniagaan. Pastikan anda mempunyai pengetahuan dan tidak merisikokan aset sedia ada untuk perniagaan.

    • Hidup berseorangan

    Persaraan lebih indah dan stabil jika dapat dijalani dengan orang tersayang, namun ajal dan rezeki sentiasa menjadi rahsia Tuhan.

    Untuk pasangan yang kedua-duanya bekerja, mungkin pelan persaraan sedikit terganggu apabila pasangan anda pergi terlebih dahulu. 

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 tanda anda masih belum bersedia untuk bersara

    Oleh itu, pelan persaraan anda perlu mengambil kira kemungkinan ini. Bersedia dengan wasiat, hibah atau apa-apa instrumen yang membolehkan pasangan anda menjalani kehidupan yang lebih baik apabila anda pergi nanti.

    • Pelan perbelanjaan

    Kita merancang simpanan tapi sering terlupa tentang perbelanjaan. Ramai pesara tidak meletakkan had perbelanjaan tahunan yang membolehkan simpanan mereka bertahan mengikut pelan.

    Jika anda berbelanja lebih pada tahun-tahun awal persaraan, tahun-tahun berikutnya akan menjadi sukar.

    Anda perlu merangka pelan perbelanjaan yang mengambil kira rancangan gaya hidup, jangkaan pulangan pelaburan dan faktorp-faktor lain. Jangan ikut nasihat umum daripada pakar kewangan dengan semberono, sesuaikan dengan keperluan sendiri. – RELEVAN

    featured kewangan kewangan peribadi persaraan
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.