Facebook Twitter
    Trending
    • Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan
    • Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023
    • 4 cara untuk mula membina kekayaan generasi
    • Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih
    • UKM juara Debat Perpaduan 2023
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

      September 27, 2023

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023
    • Pendidikan

      Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

      September 29, 2023

      Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

      September 28, 2023

      Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

      September 27, 2023

      UKM juara Debat Perpaduan 2023

      September 27, 2023

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

    9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

    By KU SYAFIQ KU FOZIJanuary 19, 2023Updated:February 1, 20236 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MAJIKAN dan pekerja perlu bersedia untuk berhadapan pelbagai cabaran dalam pekerjaan pada 2023. - GAMBAR HIASAN/MARC MUELLER (Pexels)

    SABAN tahun, kita akan melalui perubahan. Dunia berubah, benua berubah, negara berubah dan diri kita sendiri juga akan berubah.

    Untuk terus bertahan dalam dunia yang sentiasa berubah, kita perlu mempersiapkan diri. Antara cara untuk mempersiapkan diri adalah dengan mengambil tahu perubahan yang akan dihadapi dan berusaha beradaptasi dengannya.

    Oleh itu, untuk para pekerja dan majikan, Relevan kongsikan sembilan trend pekerjaan baharu yang perlu anda hadapi pada tahun ini.

    Trend-trend ini dikumpulkan oleh ketua pasukan penyelidik Analitik Masa Hadapan Pekerjaan dan Bakat di Practice HR Gartner, Emily Rose McRae dan Naib Presiden Amalan Sumber Manusia Gartner, Peter Aykens.

    • Lantik senyap

    Pada 2022, antara perkataan baharu yang paling mendapat perhatian dalam dunia pekerjaan ialah henti senyap (quiet quitting). Menurut McRae dan Aykens, para pegawai sumber manusia pada 2023 akan cuba menggunakan konsep yang sama untuk syarikat, iaitu dengan melantik senyap (quiet hiring).

    Lantik senyap merujuk kepada amalan syarikat untuk terus memperoleh kemahiran dan kebolehan baharu tanpa menambah pekerja tetap.

    Melalui pelantikan senyap, jabatan sumber manusia akan menumpukan perhatian kepada bakat sedia ada dalam syarikat. Melalui latihan yang bersesuaian, mereka dapat memenuhi keperluan syarikat tanpa menambah pekerja.

    Syarikat juga akan memaksimumkan peluang peningkatan kemahiran untuk pekerja sedia ada. Berbanding melantik pekerja baharu yang mempunyai kemahiran tertentu, mereka akan melatih pekerja sedia ada dengan kemahiran tersebut.

    Selain itu, syarikat juga akan memanfaatkan rangkaian alumni syarikat atau menggunakan pekerja gig/sambilan agar proses melantik pekerja lebih fleksibel, hanya gunakan mereka ketika diperlukan.

    • Keanjalan hibrid

    Untuk pekerja pengkeranian atau mereka yang bekerja di hadapan komputer sepanjang hari, waktu atau lokasi kerja yang anjal itu sudah biasa. Namun, untuk 2023, Gartner menjangkakan keanjalan itu akan sampai pada pekerja barisan hadapan pula, seperti dalam sektor pembuatan dan kesihatan.

    Syarikat-syarikat kini dalam usaha untuk menambah baik pengalaman pekerja. Antara penambahbaikan yang ditunggu-tunggu pekerja ialah waktu dan lokasi kerja yang anjal.

    Menurut kaji selidik Gartner, terdapat tiga jenis keanjalan yang paling menarik perhatian pekerja, iaitu kawalan ke atas jadual kerja sendiri, cuti berbayar dan kestabilan jadual kerja.

    Selain itu, pekerja barisan hadapan juga berminat dengan keanjalan lain, seperti apa yang mereka kerjakan, dengan siapa mereka bekerja dan jumlah kerja yang dilakukan.

    • Sokongan untuk pengurus

    Salah faham besar dalam pengurusan syarikat: semua sokongan perlu diberikan kepada pekerja bawahan kerana mereka yang menggerakkan operasi syarikat. Ini buat kita lupa pada insan lain yang turut menggerakkan operasi syarikat, terutamanya pengurus bawahan dan pertengahan.

    Bos juga manusia, kawan. Dengan persekitaran dan keperluan pekerjaan yang sering berubah, mereka selalu ditekan tanpa sokongan yang secukupnya. Macam daging burger, ditekan dari atas dan bawah.

    Menurut Gartner, dua tindakan utama perlu diambil syarikat bagi meringankan bebanan ke atas pengurus.

    Pertama, sediakan sokongan dan latihan yang segar untuk mereka. Segar bermaksud ia mesti sesuai dengan situasi semasa. Sokongan dan latihan pada 2019 – sebelum pandemik – sudah tidak cocok dengan situasi sekarang.

    Kedua, perjelaskan keutamaan pengurus. Terangkan dengan baik apa tugas dan peranan mereka di syarikat.

    • Calon tidak tradisional

    Menurut Gartner, terdapat dua trend utama pengambilan calon pekerja yang muncul ketika ini.

    Pertama, calon pekerja lebih cenderung kepada laluan kerjaya yang tidak linear. Maksudnya, mereka tidak kisah untuk memohon pekerjaan di luar bidang kepakaran dan pendidikan.

    “56 peratus calon dilaporkan memohon pekerjaan di luar bidang kepakaran semasa dan kami menjangkakan statistik ini akan meningkat pada tahun-tahun mendatang,” kata Gartner.

    Kedua, syarikat tidak lagi boleh memenuhi keperluan bakat mereka melalui kaedah pensumberan tradisional dan kolam calon (candidate pools).

    Malah, pengurus pengambilan juga sudah tidak berfokus kepada pengalaman industri dan kemahiran teknikal seperti dahulu.

    Kata Gartner, untuk mengisi jawatan penting pada 2023, syarikat perlu lebih selesa menilai calon semata-mata melalui kebolehan mereka untuk jawatan yang dipohon, bukan kelayakan dan pengalaman.

    • Trauma pandemik

    Pandemik memberikan pengalaman buruk kepada ramai orang, termasuk para pekerja. 

    Dalam tempoh itu dan sehingga sekarang, cabaran kesihatan mental yang dilalui pekerja boleh menyebabkan kejatuhan produktiviti dan prestasi serta peningkatan kemarahan, peletakan jawatan tanpa notis, konflik tempat kerja dan penurunan prestasi mengejut.

    Menurut Gartner, 82 peratus pekerja menekankan kepentingan untuk syarikat melihat mereka sebagai manusia, bukan pekerja semata-mata.

    Terdapat tiga langkah yang boleh diambil syarikat untuk menangani isu ini.

    Pertama, berikan rehat proaktif bagi membolehkan pekerja mengekalkan prestasi dan ketahanan emosi. Ini berbeza dengan rehat reaktif: beri cuti kepada pekerja sebagai pemulihan selepas prestasi dan emosi pekerja sudah jatuh.

    Kedua, berikan peluang perbincangan bagi membincangkan cabaran pekerja, termasuk dalam topik-topik yang sukar dan sensitif. Ini perlu dilakukan tanpa prejudis, penghakiman dan hukuman.

    Ketiga, menyediakan kaunselor trauma untuk sesi kaunseling di tempat kerja. Syarikat juga boleh melatih pengurus berkenaan konflik tempat kerja dan cara menjalankan perbincangan tentang topik sukar dengan pekerja.

    INFOGRAFIK OLEH HANNAN AB RAHMAN
    • Kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman

    Kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) menjadi trend dalam kalangan syarikat. Tujuannya murni, bagi memastikan tidak ada pekerja dari kaum, kumpulan ekonomi atau seksualiti tertentu rasa ditindas.

    Namun, usaha ini mendapat tentangan daripada pekerja. Menurut Gartner, 42 peratus pekerja percaya usaha DEI syarikat mereka memecahbelahkan pekerja. Dua pertiga pekerja juga bersetuju bahawa lebih ramai pekerja rasa terasing akibat usaha tersebut.

    Usaha ini jika tidak disemak semula boleh mengurangkan penglibatan pekerja dan keterangkuman di tempat kerja, yang akhirnya akan menimbulkan pergeseran.

    Pada 2023, pemimpin yang baik akan menangani tentangan terhadap DEI lebih awal sebelum ia melarat.

    • Risiko data

    Syarikat kini menggunakan pelbagai teknologi untuk mengumpul data tentang kesihatan, situasi keluarga, kehidupan, kesihatan mental sehingga corak tidur pekerja dengan tujuan baik, untuk memenuhi keperluan pekerja dengan lebih baik.

    Namun, ia boleh mewujudkan krisis privasi. Tanpa kawalan yang sepatutnya, ia boleh melanggar sempadan antara syarikat dengan pekerja apabila maklumat-maklumat peribadi pekerja berada dalam tangan syarikat.

    Pada 2023, majikan mesti mengutamakan ketelusan dari segi pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan data pekerja, selain membenarkan pekerja untuk menolak amalan yang tidak disenangi.

    • Ketelusan algoritma

    Syarikat yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin (machine learning) dalam proses pengambilan pekerja perlu lebih telus.

    Ini termasuk dari segi penggunaan AI, penerbitan audit data dan kebenaran untuk pekerja tidak menyertai proses-proses yang diterajui AI.

    Dengan penggunaan AI dalam proses pengambilan, implikasi etika amalan tersebut untuk keadilan, kepelbagaian, keterangkuman dan privasi data menjadi semakin membimbangkan.

    • Kemahiran sosial generasi Z

    Menurut Gartner, 46 peratus pekerja generasi Z beranggapan pandemik menyukarkan usaha mereka untuk mencapai matlamat pendidikan atau kerjaya. 51 peratus pula berkata, pendidikan  tidak mempersiapkan mereka dengan kemahiran untuk memasuki pasaran kerja.

    Generasi Z tidak berpeluang mengambangkan kemahiran sosial seperti berunding, membina rangkaian, bercakap dengan yakin di hadapan orang dan membina stamina sosial serta memberikan perhatian penuh untuk bekerja dalam tempoh yang panjang dalam persekitaran fizikal.

    Kekurangan pengalaman dan kesediaan ini boleh memberi kesan negatif kepada syarikat, terutamanya jika mereka mahu mendapatkan bakat yang murah dalam pasaran bakat.

    Namun, bukan generasi Z sahaja yang terkesan. Kemahiran sosial semua orang semakin terhakis sejak 2020. 

    Letih upaya, kelesuan dan ketidakjaminan kerjaya yang semuanya meningkat ketika pandemik memberi kesan negatif kepada prestasi pekerja. – RELEVAN

    featured kerjaya majikan pekerja
    Artikel Terkini

    Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

    September 29, 2023

    Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

    September 28, 2023

    4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

    September 27, 2023

    Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

    September 27, 2023

    UKM juara Debat Perpaduan 2023

    September 27, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.