SERAMAI 236 pakar ekonomi terkemuka dunia, termasuk dari Malaysia, menandatangani surat untuk mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Bank Dunia bertindak atas jurang kekayaan dunia yang semakin melebar. Surat yang diterajui pemenang Anugerah Nobel Sains Ekonomi, Joseph E. Stiglitz dan pakar ekonomi pembangunan, Jayati Ghosh itu antara lain membangkitkan isu jurang kekayaan yang melebar dalam tempoh beberapa dekad ini. Kata mereka, kekayaan dan kemiskinan melampau telah meningkat secara serentak dan mendadak buat pertama kali dalam tempoh 25 tahun. Jelasnya, antara 2019 hingga 2020, ketidaksaksamaan dunia meningkat lebih pantas berbanding mana-mana tempoh sejak Perang Dunia Kedua. ARTIKEL BERKAITAN: 63% kekayaan dunia…
KU SYAFIQ KU FOZI
PENGUMUMAN kerajaan untuk untuk mengikuti Model Gaji Progresif (PWM) yang dilaksanakan di Singapura adalah satu langkah positif, kata Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM). Namun, kata pertubuhan itu, kerajaan tidak perlu meninggalkan sistem gaji minimum yang sedia ada. Pengerusinya, Norsyahrin Hamidon berkata, PWM terbukti berkesan dalam meningkatkan gaji dan membaiki keadaan kerja pekerja bergaji rendah di beberapa sektor di Singapura. Namun, di Singapura, ia hanya dilaksanakan dalam empat sektor, iaitu pembersihan, keselamatan, landskap dan peruncitan. “Dalam sektor ini, peraturan gaji meliputi bukan sahaja pekerjaan bergaji rendah tetapi juga pekerjaan yang mempunyai kedudukan lebih tinggi seperti penyelia dan pengurus. “PWM berfungsi dengan…
BAHASA kita kaya dengan kepelbagaian kata dan makna. Ada kalanya, kalau kita kurang mendalami ilmu bahasa, makna sesetengah perkataan boleh mengelirukan. Ada perkataan yang banyak digunakan dalam nama makanan, binatang atau benda tetapi tidak ramai yang tahu makna sebenarnya. Apatah lagi, ia sering dikelirukan dengan nama tempat atau negara. Sebagai contoh, perkataan “bandung” dalam nama makanan mi bandung dan minuman sirap bandung. Ramai fikir, ia merujuk kepada nama tempat, Bandung di Indonesia. Begitu juga dengan nama buah, durian belanda. Adakah ia merujuk kepada negara Belanda? Relevan mahu kongsikan dengan anda maksud sebenar kedua-dua perkataan ini. Semoga maklumat ini memberi manfaat dan…
KITA jarang bercakap soal kematian di pejabat. Mati, selain aroma gelap dan udara kesedihannya, membawa bersama tabu-tabu yang jarang dibincangkan, lebih-lebih lagi dalam ruang kerja. Sedangkan kita tahu, semua orang akan melalui pengalaman kehilangan orang tersayang. Dalam lembar polisi syarikat dan akta, hal-hal seperti cuti ihsan buat yang kehilangan keluarga dan pampasan untuk pekerja yang meninggal dunia ada dicatatkan tetapi bagaimana dengan ruang yang tidak rasmi? Apabila ada pekerja bawahan yang kehilangan keluarga, apa respons yang baik boleh diberikan oleh seorang pengurus? Bagaimana sepatutnya rakan-rakan sekerja bereaksi? Hal-hal sebegini biasanya kita belajar dari pengalaman tetapi panduannya tetap boleh dicari. Pada…
MENURUT dokumen Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 yang dihasilkan oleh Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN), 84 peratus rakyat Malaysia mengakui mereka menyimpan tetapi terpaksa mengeluarkan semua simpanan pada hujung bulan untuk menampung keperluan harian. Malah, kira-kira 20 peratus orang dewasa yang bekerja di Malaysia tidak membuat simpanan dalam tempoh enam bulan sebelumnya. Ini hanya sebahagian daripada bukti krisis kecelikan kewangan di negara ini. Orang yang tidak celik kewangan akan mengalami kesukaran menguruskan kewangan peribadi, seterusnya menjerumuskan mereka dalam pelbagai masalah kewangan seawal usia muda. Sehubungan itu, usaha untuk mencelikkan rakyat Malaysia tentang pengurusan kewangan peribadi perlu diteruskan dan disambut pihak-pihak berkepentingan.…
KITA akui realiti, bukan semua orang mampu mendapatkan peralatan terbaik untuk fotografi hidupan liar, terutamanya pada usia muda. Namun, jangan risau. Menurut jurugambar hidupan liar, Izereen Mukri dan Hafiz Yazid, peralatan bukanlah segala-galanya. Malah, anda tidak perlu terus masuk ke hutan untuk mendapatkan gambar. “Hidupan liar ada di sekeliling kita. Paling mudah, lalat. Lalat ada bermacam-macam warna, dari mata sampai tubuhnya. Begitu juga nyamuk, belalang, mulakan dengan itu. Kamera telefon pun dah ada banyak fungsi. “Mulakan dengan yang kecil-kecil. Selepas itu boleh ambil gambar rama-rama dan sebagainya, selepas itu baru masuk ke hutan,” kata Izereen. ARTIKEL BERKAITAN: Merakam dan mengenal…
KITA sedang berada dalam dunia yang sengit persaingannya dan luas jurang kekayaannya. Laporan Oxfam International pada Januari lalu menunjukkan 63 peratus kekayaan dunia yang dicipta sejak Disember 2019 hingga Disember 2021 dimiliki golongan satu peratus paling kaya dalam dunia. Ini meninggalkan hanya 27 peratus kekayaan untuk dikongsi 99 peratus populasi dunia yang lain. Orang miskin dan sederhana bergaduh sesama sendiri untuk merebut pendapatan yang hanya cukup untuk menampung keperluan asas dan sedikit aktiviti kehendak yang lain. Sebab itu, tekanan kewangan menjadi semakin normal. Baik bagi mereka yang tiada wang untuk makan hari ini, untuk simpanan masa hadapan atau sekadar persepsi…
BAGI Mohamad Izereen Amat Mukri, 32, kisahnya bermula apabila dia kerap menonton saluran televisyen bertemakan hidupan liar, seperti National Geographic dan Discovery Channel. Dari situ minatnya terhadap hidupan liar tumbuh. Ia dimekarkan lagi dengan majalah-majalah antarabangsa yang dibacanya di sekolah menengah seperti Reader’s Digest. Minatnya terhadap alam sekitar dan hidupan liar menumbuh sehingga dia melanjutkan pelajaran dalam bidang ekologi. Untuk Izereen, minat terhadap hidupan liar yang datang dahulu. Berbeza dengan Muhammad Hafiz Mohd. Yazid, 32, minat terhadap fotografi yang timbul. Puncanya ringkas, sebab kecewa pada gambar yang diambilnya untuk rakan. “Saya suka daki bukit dahulu dan pada awalnya, saya tak…
DALAM bidang bahasa pun kadang-kadang timbul kontroversi yang menjadi perbahasan orang ramai. Antara kontroversi yang berlanjutan lama adalah tentang peribahasa “harapkan pagar, pagar makan padi”. Ada pihak yang mendakwa, perkataan sebenar dalam peribahasa itu ialah pegar, bukan pagar. Pegar merupakan spesies burung yang lebih dikenali sebagai ayam pegar. Menurut Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia, ia merupakan burung bersaiz sederhana yang boleh ditemui berhampiran kawasan sungai di hutan tanah pamah. Burung yang nama saintifiknya Lophura ignita/rufa ini tergolong dalam keluarga Phasianidae. Ia dikategorikan sebagai hampir terancam (NT) dalam Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN). Menurut maklumat yang…
SERAMAI 144,911 calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah ditawarkan tempat melanjutkan pengajian di universiti awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2023/2024. Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi dalam kenyataan pada 7 Julai berkata, jumlah tersebut merupakan 60.9 peratus daripada 239,609 permohonan yang diterima melalui UPUOnline. Jumlah permohonan tersebut meningkat sebanyak 2,448 (1.03 peratus) berbanding 237,161 permohonan yang diterima pada sesi sebelumnya. “Sebanyak 500 program pengajian telah ditawarkan bagi sesi kali ini dengan pecahan 143 Sijil, 47 Asasi, 309 Diploma dan satu Ijazah Sarjana Muda,” katanya. Menurut jabatan itu, daripada jumlah keseluruhan yang…