Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 inti utama pengurusan kewangan peribadi

    5 inti utama pengurusan kewangan peribadi

    By KU SYAFIQ KU FOZIJuly 17, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ORANG yang tidak celik kewangan akan mengalami kesukaran menguruskan kewangan peribadi, seterusnya menjerumuskan mereka dalam pelbagai masalah kewangan seawal usia muda. - GAMBAR HIASAN/TIMA MIROSHNICHENKO (Pexels)

    MENURUT dokumen Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 yang dihasilkan oleh Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN), 84 peratus rakyat Malaysia mengakui mereka menyimpan tetapi terpaksa mengeluarkan semua simpanan pada hujung bulan untuk menampung keperluan harian.

    Malah, kira-kira 20 peratus orang dewasa yang bekerja di Malaysia tidak membuat simpanan dalam tempoh enam bulan sebelumnya.

    Ini hanya sebahagian daripada bukti krisis kecelikan kewangan di negara ini. Orang yang tidak celik kewangan akan mengalami kesukaran menguruskan kewangan peribadi, seterusnya menjerumuskan mereka dalam pelbagai masalah kewangan seawal usia muda.

    Sehubungan itu, usaha untuk mencelikkan rakyat Malaysia tentang pengurusan kewangan peribadi perlu diteruskan dan disambut pihak-pihak berkepentingan.

    Relevan antara portal yang menggalakkan usaha pendidikan kewangan secara ringkas dan santai kepada rakyat Malaysia.

    Sehubungan itu, dalam artikel ini, Relevan mahu menerangkan hal yang paling asas tentang pengurusan kewangan peribadi, iaitu makna pengurusan kewangan peribadi.

    Apa itu pengurusan kewangan peribadi?

    Menurut Investopedia, kewangan peribadi merupakan istilah yang merangkumi pengurusan wang, simpanan dan pelaburan.

    Pengurusan kewangan peribadi merangkumi bermacam hal, termasuk pembinaan belanjawan, perbankan, insurans, gadai janji, pelaburan serta perancangan persaraan, cukai dan hartanah.

    Setiap daripada kita mempunyai matlamat kewangan tersendiri. Paling asas, mahu punya cukup wang untuk keperluan asas setiap hari. Jika hal asas sebegini sudah boleh dipenuhi, kita akan bina matlamat lain, seperti mahu melancong setiap tahun, membeli rumah atau mencapai kebebasan kewangan.

    Bagaimana anda menguruskan kewangan peribadi akan menentukan gagal-jaya matlamat-matlamat itu. Sebab itu penting untuk kita faham kewangan peribadi dan cara terbaik untuk menguruskannya.

    Terdapat lima inti utama kewangan peribadi yang perlu difahami supaya kita boleh menguruskan kewangan peribadi dengan baik, iaitu:

    • Pendapatan

    Pendapatan merupakan permulaan pengurusan kewangan peribadi. Ia merupakan sumber wang yang mahu diurus, termasuk daripada gaji, pulangan pelaburan atau perkara lain.

    Aliran masuk ini perlu diurus dan disusun sebagai perbelanjaan, simpanan, pelaburan atau perlindungan.

    • Perbelanjaan

    Jika pendapatan aliran masuk, perbelanjaan pula aliran keluar. Komponen perbelanjaan biasanya banyak, termasuk bayaran sewa, gadai janji, barang runcit, belanja makan, perabot rumah, pembaikian rumah, kos melancong dan hiburan.

    Menguruskan perbelanjaan adalah aspek penting dalam kewangan peribadi. Seseorang individu perlu memastikan perbelanjaan mereka kurang berbanding pendapatan jika tidak mahu terperangkap dalam hutang yang tidak perlu.

    Secara kewangan, hutang sangat berbahaya, lebih-lebih lagi hutang dengan kadar faedah tinggi seperti hutang kad kredit.

    • Simpanan

    Selepas pendapatan dan perbelanjaan, ada simpanan. Setiap orang patut meletakkan sasaran untuk mempunyai simpanan yang cukup bagi perbelanjaan-perbelanjaan besar atau kecemasan.

    Walaupun sukar, lebih-lebih lagi jika anda ada pendapatan yang cukup-cukup makan sahaja untuk keperluan, ia tetap perlu diusahakan bagi mengelakkan kesukaran pada masa hadapan.

    Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan tentang simpanan. Pertama, kita perlu sedar, jika kita menyimpan wang dalam akaun simpanan, nilai wang tersebut akan berkurang disebabkan inflasi. Sebab itu, ada yang memilih untuk menyimpan dalam akaun pelaburan supaya nilainya bertambah dari masa ke masa.

    Namun, tak boleh juga semua simpanan kita jadikan pelaburan kerana kita perlu fikirkan tentang kecairan. Untuk simpanan kecemasan, ia perlu mudah dikeluarkan apabila perlu. 

    • Pelaburan

    Pelaburan melibatkan aktiviti membeli aset kewangan, seperti saham dan bon untuk mendapatkan pulangan terhadap wang yang dibelanjakan. Kita melabur untuk meningkatkan kekayaan diri melebihi nilai yang dilaburkan.

    Namun, pelaburan datang dengan risiko kerana tak semua aset kewangan yang kita miliki akan meningkat nilainya.

    Sebab itu, penting untuk ada ilmu pelaburan sebelum melibatkan diri dalam aktiviti ini. Tetapi kalau tak ada masa atau sukar untuk belajar, boleh sahaja kita upah profesional untuk mengendalikan pelaburan kita.

    • Perlindungan

    Dalam konteks ini, perlindungan bermakna langkah yang diambil seseorang untuk melindungi diri mereka daripada kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan atau ditimpa penyakit, dengan tujuan untuk mengekalkan keadaan kewangan mereka.

    Ini termasuk insurans nyawa dan kesihatan, atau perancangan persaraan dan hartanah.

    Melalui insurans atau perancangan persaraan, anda boleh mengelakkan kehilangan wang yang banyak apabila ditimpa kecelakaan atau memasuki usia persaraan. – RELEVAN

    Previous ArticleSayangi dirimu, hentikan overthinking dengan 5 tip mudah ini
    Next Article Apa itu pineal dan kenapa kelenjar kecil di otak ini sangat penting?

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.