Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Permohonan UPU meningkat, 144,911 calon ditawarkan tempat

    Permohonan UPU meningkat, 144,911 calon ditawarkan tempat

    By July 7, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    JUMLAH permohonan yang dibuat dalam UPUOnline untuk sesi akademik 2023/2024 meningkat berbanding sesi sebelumnya. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    SERAMAI 144,911 calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah ditawarkan tempat melanjutkan pengajian di universiti awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2023/2024.

    Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi dalam kenyataan pada 7 Julai berkata, jumlah tersebut merupakan 60.9 peratus daripada 239,609 permohonan yang diterima melalui UPUOnline.

    Jumlah permohonan tersebut meningkat sebanyak 2,448 (1.03 peratus) berbanding 237,161 permohonan yang diterima pada sesi sebelumnya.

    “Sebanyak 500 program pengajian telah ditawarkan bagi sesi kali ini dengan pecahan 143 Sijil, 47 Asasi, 309 Diploma dan satu Ijazah Sarjana Muda,” katanya.

    Menurut jabatan itu, daripada jumlah keseluruhan yang mendapat tawaran, seramai 79,668 calon telah ditawarkan di universiti awam manakala seramai 65,243 calon ditawarkan tempat di Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA yang menawarkan program pengajian berfokuskan teknik dan vokasional (TVET).

    ARTIKEL BERKAITAN: Calon gagal UPU diberi masa 10 hari buat rayuan, ikuti langkah ini

    Dari segi pecahan jantina pula, seramai 61,286 calon lelaki dan 83,625 calon perempuan telah berjaya mendapat tawaran. Bagaimanapun, kadar kejayaan lelaki adalah lebih tinggi, iaitu 61.7 peratus berbanding 60.4 peratus untuk perempuan.

    “Tawaran Laluan Khas secara keseluruhan adalah sebanyak 14,619 dengan 13,649 bagi kategori B40, 346 Orang Kurang Upaya (OKU), 335 Atlet dan 289 Orang Asli.

    “Selain itu, seramai 26 calon lepasan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mendapat tawaran,” katanya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Bagaimana pemilihan ke universiti melalui UPU dibuat?

    Dari segi kaum, seramai 130,819 calon Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli mendapat tawaran. Ia bersamaan 62.6 peratus daripada 208,833 calon yang layak.

    “Manakala calon daripada kaum Cina yang mendapat tawaran adalah seramai 5,477 (52.4 peratus) berbanding 10,447 calon yang layak.

    “Bagi calon daripada kaum India dan lain-lain, bilangan calon yang mendapat tawaran adalah 8,615 (46.5 peratus) daripada jumlah calon yang layak, iaitu 18.525 orang,” jelas jabatan itu.

    Katanya lagi, terdapat juga calon yang tidak mendapat tawaran kerana tidak memenuhi syarat am atau syarat khas program pengajian, tiada kekosongan tempat terutamanya untuk program kompetitif, gagal dala saringan temu duga atau ujian bagi program pengajian yang menetapkan syarat sedemikian dan mempunyai kedudukan merit yang rendah.

    ARTIKEL BERKAITAN: Pelbagai faktor tentukan kemasukan ke universiti, akademik sahaja bukan penentu

    Jabatan Pendidikan Tinggi juga mendapati, terdapat seramai 164,028 daripada 403,637 calon yang menduduki SPM 2022 tidak memohon UPUOnline atas beberapa faktor.

    Ini termasuk telah mendapat tawaran menyambung pengajian pelajaran ke Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Tingkatan Enam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan luar negara atau mendapat tawaran biasiswa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan sebagainya.

    Jabatan itu juga menegaskan, kemasukan pelajar ke institusi-institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak tanpa mengira kaum, agam, jantina, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal untuk markah merit tertinggi hingga terendah.

    “Prinsip meritokrasi tersebut adalah berasaskan pencapaian akademik (90 peratus) dan pencapaian kokurikulum (10 peratus).

    “Kejayaan mendapat tempat adalah bergantung kepada markah merit, memenuhi syarat am dan syarat khas program pengajian, perakuan temu duga atau ujian bagi yang memerlukan syarat berkenaan, kekosongan tempat dan keutamaan pilihan,” jelasnya. – RELEVAN

    featured pendidikan SPM 2022 universiti upu
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.