Facebook Twitter
    Trending
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Awasi tekanan kewangan, kita boleh murung kerana wang

    Awasi tekanan kewangan, kita boleh murung kerana wang

    By KU SYAFIQ KU FOZIJuly 13, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ADA kajian yang menemui perkaitan jelas antara tekanan kewangan dengan kemurungan. - GAMBAR HIASAN/ANDREW NEEL (Pexels)

    KITA sedang berada dalam dunia yang sengit persaingannya dan luas jurang kekayaannya.

    Laporan Oxfam International pada Januari lalu menunjukkan 63 peratus kekayaan dunia yang dicipta sejak Disember 2019 hingga Disember 2021 dimiliki golongan satu peratus paling kaya dalam dunia.

    Ini meninggalkan hanya 27 peratus kekayaan untuk dikongsi 99 peratus populasi dunia yang lain. Orang miskin dan sederhana bergaduh sesama sendiri untuk merebut pendapatan yang hanya cukup untuk menampung keperluan asas dan sedikit aktiviti kehendak yang lain.

    Sebab itu, tekanan kewangan menjadi semakin normal. Baik bagi mereka yang tiada wang untuk makan hari ini, untuk simpanan masa hadapan atau sekadar persepsi bahawa kewangan semakin menyempit.

    Di Australia, menurut kajian oleh Universiti Kebangsaan Australia, satu perempat rakyatnya hidup susah dengan kadar pendapatan sedia ada. Mac lalu, di negara sama, talian sokongan hayat Lifeline melaporkan peningkatan permintaan sokongan berkaitan isu kewangan.

    Di Malaysia, laporan-laporan spesifik sebegitu tidak ditemui tetapi tidak mustahil, situasi sama juga sedang berlaku. Cabaran kos sara hidup, kadar gaji yang rendah dan krisis simpanan hari tua sedang berlaku. Ini antara faktor-faktor yang menyumbang kepada tekanan kewangan.

    Memahami tekanan kewangan

    Banyak faktor tekanan kewangan berada di luar kawalan kita. Namun, kefahaman terhadap isu ini dapat membantu kita mencari jalan keluar.

    Pertama, kita fahamkan dahulu maksud tekanan kewangan.

    Ia merujuk kepada kesukaran untuk memenuhi keperluan perbelanjaan semasa atau berasa bimbang terhadap kelapangan kewangan semasa atau masa hadapan. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa itu kebimbangan kewangan?

    Untuk memudahkan kefahaman anda terhadap tekanan kewangan, kita pecahkan situasinya kepada dua, iaitu situasi objektif dan subjektif.

    Situasi objektif adalah berkenaan kesukaran kewangan apabila kita tidak mempunyai wang yang cukup untuk keperluan atau komitmen hutang.

    Situasi subjektif pula merujuk kepada persepsi tentang kewangan semasa atau masa hadapan yang menyebabkan kebimbangan dan tekanan.

    Kedua-dua situasi ini berkaitan tetapi tidak eksklusif. Malah, ia tidak terhad kepada mereka yang mengalami kesempitan kewangan dan tidak semua yang sempit kewangannya akan mengalami tekanan ini..

    Ada orang yang mempunyai kesukaran kewangan tetapi tidak berasa bimbang yang melampau. Ada juga orang yang mempunyai kelapangan kewangan tetapi masih berasa bimbang dan tertekan terhadap situasi kewangannya.

    Punca tekanan kewangan

    Ada banyak faktor yang boleh mempengaruhi tahap tekanan kewangan yang anda alami. Sekali lagi, kita pecahkan kepada dua untuk mudah faham.

    Pertama, faktor kontekstual yang merujuk kepada pengaruh pada tahap masyarakat terhadap landskap kewangan semasa. Ini termasuk kadar pertumbuhan ekonomi, prestasi pasaran, polisi kerajaan dan pengagihan kekayaan.

    Ketika ini, ramai yang mengeluh tentang kos sara hidup yang semakin tinggi. Ia sebahagiannya dipengaruhi oleh pertumbuhan ekonomi dunia, nilai mata wang negara dan polisi kerajaan. 

    ARTIKEL BERKAITAN: 6 tanda kebimbangan kewangan

    Kedua, faktor peribadi yang berbeza untuk setiap orang. Ini termasuk ciri-ciri demografik seperti umur, jantina, tahap pendidikan dan kumpulan etnik yang boleh mempengaruhi ketercapaian seseorang terhadap sumber kewangan.

    Faktor peribadi lain yang boleh mempengaruhi tekanan kewangan termasuk tahap kecelikan dan amalan kewangan, ciri personaliti yang mempengaruhi tingkah laku dan persepsi serta peristiwa hidup utama yang memberi kesan kepada kewangan, seperti perkahwinan, kelahiran anak atau persaraan. 

    Yang miskin lebih terkesan

    Seperti tekanan lain, tekanan kewangan yang tinggi juga boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan dan kesejahteraan manusia. Ia malah boleh meningkatkan kegawatan psikologi, kebimbangan dan kemurungan.

    Kajian oleh Naijie Guan dan empat penyelidik lain  menunjukkan terdapat bukti jelas yang boleh mengaitkan tekanan kewangan dengan kemurungan. Malah, risiko kemurungan terbesar adalah dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah.

    Satu tinjauan yang disiarkan dalam portal Perpustakaan Perubatan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) pula mendapati perkaitan antara kerisauan kewangan yang tinggi dalam kalangan orang dewasa dengan pelbagai kegawatan psikologi.

    Mereka yang mengalami kegawatan tersebut kebanyakannya dari golongan yang tidak berkahwin, tidak bekerja, berpendapatan rendah dan mereka yang menyewa.

    Sehubungan itu, mereka yang lebih rentan kewangannya secara objektif lebih terdedah kepada kesan psikologi negatif akibat tekanan kewangan. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Adakah anda sudah celik kewangan? Perhatikan 7 ciri ini

    Namun, ia tidak bermakna mereka yang selesa secara kewangan tidak terkesan. Kajian oleh Universiti Cambridge ke atas golongan berusia di Australia, AS dan Korea Selatan mendapati, bukan hanya situasi kewangan yang mempengaruhi kesejahteraan hidup seseorang, malah kepuasan mereka terhadap harta yang dimiliki.

    Ini bermakna, kalau anda ada cukup wang tapi masih belum berpuas hati dengan situasi kewangan sendiri, anda juga berpotensi mengalami tekanan kewangan yang tinggi, seterusnya mempengaruhi kesihatan tubuh dan mental.

    Murung kerana wang

    Tekanan kewangan tak sepatutnya dipandang ringan – itu kesimpulan yang boleh kita buat.

    Mungkin ada yang fikir ia normal, hanya sebahagian cabaran hidup tetapi jika tidak diurus dengan baik, ia boleh mengakibatkan masalah lain seperti kemurungan, kebimbangan dan kemerosotan kesihatan fizikal.

    Ini juga sepatutnya menjadi penggera kepada kerajaan untuk berusaha mengatasi isu seperti kenaikan harga barang, struktur gaji yang rendah dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

    Di peringkat masyarakat pula, desakan-desakan sosial seperti keperluan memiliki kereta, majlis kahwin yang gah dan gaya hidup mewah perlu dihentikan. Ia hanya menambah tekanan buat mereka yang baru hendak mula membina hidup.

    Terakhir, di peringkat peribadi, berusahalah menguruskan kewangan dengan sebaiknya. Utamakan simpanan dan perbelanjaan perlu dahulu jika kita belum mampu untuk hidup mewah.

    Perkaitan antara tekanan kewangan dengan kesihatan mental perlu diambil serius semua pihak. Kita tidak mahu melahirkan generasi yang murung kerana wang sebab terpaksa bertarung demi peluang. – RELEVAN

    featured kemurungan kesihatan mental kewangan tekanan kewangan
    Artikel Terkini

    7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

    September 26, 2023

    Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

    September 26, 2023

    Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

    September 26, 2023

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.