Facebook Twitter
    Trending
    • Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam
    • Bolehkah wasiat dicabar?
    • Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya
    • Jangan malas buat kerja sekolah!
    • Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?
    • Wasiat bukan hanya untuk orang berharta
    • Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga
    • Urus pusaka tanpa tekanan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Merakam dan mengenal hidupan liar melalui fotografi

    Merakam dan mengenal hidupan liar melalui fotografi

    By KU SYAFIQ KU FOZIJuly 13, 2023Updated:July 13, 20236 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    HAFIZ (kiri) dan Izereen bersama membina minat dan kerjaya dalam fotografi hidupan liar. - SHIDDIEQIIN ZON/RELEVAN

    BAGI Mohamad Izereen Amat Mukri, 32, kisahnya bermula apabila dia kerap menonton saluran televisyen bertemakan hidupan liar, seperti National Geographic dan Discovery Channel. Dari situ minatnya terhadap hidupan liar tumbuh.

    Ia dimekarkan lagi dengan majalah-majalah antarabangsa yang dibacanya di sekolah menengah seperti Reader’s Digest. Minatnya terhadap alam sekitar dan hidupan liar menumbuh sehingga dia melanjutkan pelajaran dalam bidang ekologi.

    Untuk Izereen, minat terhadap hidupan liar yang datang dahulu. Berbeza dengan Muhammad Hafiz Mohd. Yazid, 32, minat terhadap fotografi yang timbul. Puncanya ringkas, sebab kecewa pada gambar yang diambilnya untuk rakan.

    “Saya suka daki bukit dahulu dan pada awalnya, saya tak suka pada orang yang selalu nak ambil gambar ketika mendaki. Kadang-kadang mereka halang laluan.

    “Sampailah suatu hari, saya daki Bukit Tabur bersama rakan. Rakan saya tolong ambil gambar saya di puncak, kemudian saya pula bantu ambil gambar dia.

    “Apabila diletak sebelah-sebelah, gambar yang saya ambil buruk. Rasa segan dengan kawan. Dari situ saya mula belajar ambil gambar cantik-cantik, guna telefon saja dulu,” cerita Hafiz.

    Hafiz menguji kemahiran merakam fotonya dalam satu kembaranya ke seluruh Semenanjung Malaysia. Sebab itu, dari segi genre, Hafiz bermula dengan genre kembara dan landskap sebelum masuk ke wilayah hidupan liar.

    Minat jadi kerjaya

    Izereen dan Hafiz bersahabat dari sekolah tetapi minat kedua-duanya terhadap fotografi tidak sepenuhnya terbit ketika itu. Kedua-duanya mengambil haluan pendidikan yang berbeza – Izereen dalam bidang ekologi, Hafiz dalam bioteknologi.

    “Kerjaya saya bermula dengan Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia, saya buat penyelidikan tentang harimau di Royal Belum, Perak. Beruntungnya saya, mereka ada sediakan kamera asas untuk pekerja.

    “Kerja saya itu perlu banyak masuk hutan, jadi ramai yang tak nak bawa kamera itu sebab berat. Saya ambil kesempatan untuk bawa kamera dan mula teroka, apa tetapan yang sesuai, macam mana cara nak dekatkan diri dengan haiwan liar,” kongsi Izereen.

    ARTIKEL BERKAITAN: Menganjak hobi jadi kerjaya: Kembara Eizuwan menjadi pencipta kandungan

    Dengan pengalaman asas yang ada, Izereen belajar pelbagai kemahiran melalui tunjuk ajar komuniti, tutorial di Youtube dan usaha sendiri.

    Mengetahui Hafiz juga sudah membina minat dalam fotografi, dia mengajak rakannya itu untuk bersama mengambil gambar burung di Johor.

    “Pagi saya layan dia dulu ambil gambar landskap, matahari terbit. Selepas itu, dia pula layan saya ambil gambar burung,” kata Izereen, mengimbas detik awal minatnya terhadap fotografi hidupan liar bertembung dengan Hafiz.

    Izereen kini bertugas di sebuah syarikat pemaju hartanah sebagai ahli ekologi, Hafiz pula sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan bekerja secara sambilan sebagai jurugambar pelbagai genre.

    Kedua-dua mereka mendapat manfaat dari segi kerjaya melalui minat terhadap fotografi hidupan liar. 

    Menjadi kelebihan

    Untuk bekerja sepenuh masa sebagai jurugambar hidupan liar di Malaysia memang sukar. Izereen dan Hafiz sendiri mengakui, mereka tidak dapat meraih pendapatan yang lumayan dan konsisten daripada minat tersebut.

    Walau bagaimanapun, dalam kes Izereen, kemahiran fotografi memberi kelebihan dalam kerjayanya sebagai ahli ekologi.

    “Sebagai ahli ekologi, tak wajib pun untuk kita tahu ambil gambar. Tapi apabila kita perlu bersaing untuk dapatkan sesuatu projek contohnya, kita ada kelebihan. 

    “Ahli ekologi lain kenal 100 spesies burung tapi saya kenal 100 spesies burung dan boleh beri 50 gambar spesies burung, di situ dah ada kelebihan,” jelasnya.

    Hal sama turut terguna pakai jika ada yang berminat mahu membina kerjaya sebagai pemandu pelancong, kongsi Izereen. Berbanding pemandu pelancong yang hanya kenal binatang liar atau burung, mereka yang tahu fotografi hidupan liar mempunyai kelebihan, terutamanya apabila pelancong yang datang memang mahu mengambil gambar hidupan liar.

    Minat terhadap fotografi hidupan liar dan kerjayanya sebagai ahli ekologi saling memberi manfaat. Namun, terang Izereen, dia hanya sebahagian kecil orang yang bertuah dapat mempertemukan minat dengan kerjaya sebegitu. 

    GAMBAR Ular Kapak Tokong (Wagler’s Pit Viper) yang diambil Hafiz di Terengganu. Gambar ini mendapat tempat ketiga dalam pertandingan foto Pulih Alam Kita 2021 kategori hidupan liar anjuran Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia. – IHSAN HAFIZ YAZID

    Seperti Hafiz, jalannya lebih sukar. Apabila bergerak secara sambilan, dia perlu berusaha membina nama dan rangkaian untuk mendapat kerja-kerja yang boleh mendatangkan upah lumayan.

    Ketika ini, pendapatan melalui fotografi hidupan liar banyak diperolehinya melalui upah oleh syarikat-syarikat dan kadang kala, dia menyertai pertandingan.

    “Saya pernah bekerja secara separuh masa sebagai jurutinjau lapangan (field surveyor) yang mana kami perlu merekodkan hidupan-hidupan liar yang hidup di satu-satu kawasan.

    “Saya juga pernah dibayar untuk projek pengumpulan gambar hidupan liar di Cameron Highland. Mereka nak buat buku mewah (coffee table book) untuk binatang-binatang di sana,” kongsi Hafiz.

    ARTIKEL BERKAITAN: Selam dunia fotografi bersama Abeden dan Khairul Amin

    Peluang untuk meraih pendapatan dalam fotografi hidupan liar memang ada, namun ia perlu dipasang dengan kemahiran lain seperti rangkaian dan pembinaan jenama. Pokoknya, anda perlu kuat bersaing dan menonjolkan diri.

    Ada juga jurugambar yang menjual gambar cetak sebagai perhiasan cuma pasarannya di Malaysia agak terhad kerana pegangan agama dan budaya.

    Rebut peluang

    Dunia fotografi ada banyak peluang yang terbentang luas. Sebagai bahan dokumentasi yang asas, banyak pihak yang sanggup berbelanja untuk mendapatkan gambar yang cantik dan tulen.

    Izereen berkongsi bagaimana banyak syarikat kini meletakkan konsep alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sebagai keutamaan.

    “Contohnya untuk syarikat pemaju, mereka perlu meletakkan sasaran biodiversiti bandar apabila memajukan sesuatu kawasan. Gambar-gambar hidupan liar diperlukan sebagai alat pemasaran.

    “Ada juga syarikat yang gunakan gambar stok dari internet tetapi susah nak dapat gambar hidupan liar yang terkini dan memang dari kawasan yang ingin dimajukan. Kalau mahu yang tulen, mereka akan upah jurugambar hidupan liar untuk dapatkan gambar tersebut,” katanya.

    GAMBAR Enggang Badak (Rhinoceros Hornbill) yang diambil Izereen di Kompleks Hutan Merapoh, Pahang. – IHSAN IZEREEN MUKRI

    Fotografi hidupan liar bukan sekadar mengambil gambar, anda akan mengumpul banyak pengetahuan tentang hidupan liar juga. Tentang nama spesies, sifat haiwan dan cara mendekati haiwan – pengetahuan ini dikutip sepanjang kembara menjadi jurugambar hidupan liar.

    Hafiz mengambil kesempatan itu untuk menjadi pendidik tentang hidupan liar di media sosial. Perkongsiannya di TikTok sering mencuri perhatian.

    Dia kini telah mengumpul lebih 3,000 pengikut di TikTok dengan lebih sejuta jumlah tontonan. Itu juga antara usahanya menempa nama dalam bidang itu.

    ARTIKEL BERKAITAN: Besar pengaruh, besarlah tanggungjawab

    Sumber pendapatan mereka juga tidak terhad kepada fotografi hidupan liar. Seperti Izereen, dia juga berjinak-jinak terlibat dalam fotografi sukan. Hafiz pula membina portfolio dalam fotografi acara muzik.

    “Antara kemahiran yang dalam fotografi ialah mendapatkan detik yang tepat dan sentiasa cepat. Kemahiran ini berguna apabila saya mengambil gambar dalam acara-acara,” kata Hafiz.

    Hal sama turut dikongsi Izereen. Ketangkasan mengubah tetapan dan mendapatkan detik terbaik turut diguna pakai dalam fotografi sukan.

    Namun, ia tidak bermakna anda perlu merasai pengalaman dalam fotografi hidupan liar dahulu untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran itu. Setiap genre fotografi mempunyai kemahiran utama masing-masing. Pemindahan kemahiran itu boleh berlaku dari mana-mana genre ke genre yang lain. – RELEVAN

    featured fotografi hidupan liar Ikon Relevan kerjaya
    Artikel Terkini

    Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

    May 23, 2025

    Bolehkah wasiat dicabar?

    May 22, 2025

    Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

    May 21, 2025

    Jangan malas buat kerja sekolah!

    May 21, 2025

    Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

    May 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.