Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mencari nikmat yang paling padat

    Mencari nikmat yang paling padat

    By April 25, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    WALAU sedih, kita tetap cari nikmat yang paling padat. - GAMBAR HIASAN/AARON ANDREW ANG (Unsplash)

    ADA kajian mendapati, wanita menangis 30 hingga 64 kali setahun berbanding lima hingga 17 kali untuk lelaki.

    Tapi ini bukan perbahasan jantina, tak kisah siapa yang lebih banyak menangis. Lebih mustahak, kita sebagai manusia mengalami dan merasai kesedihan.

    Mungkin kerana kehilangan, kematian atau sekadar empati. Kita sedih, kita menangis dan pada tahap tertentu, kesedihan boleh beri kesan pada kesihatan, baik mental atau fizikal.

    Untuk mengelak daripada menangis bukan senang tapi kita boleh usahakan berdamai — dengan takdir, dengan manusia yang buat kita menangis atau lebih mendalam lagi, dengan Tuhan.

    Ada banyak misteri dalam dunia. Antara yang terulung ialah susunan Tuhan untuk hidup kita. Dia boleh beri ujian, Dia boleh beri nikmat dan dalam banyak masa, bagaimana ujian dan nikmat itu diberi di luar radar faham kita.

    Cahaya nikmat

    Ian MacKaye mencadangkan supaya kita berdamai dengan ketidakfahaman. Tokoh punk dan budaya DIY itu mengakui dirinya sukar untuk merasa gelisah kerana sejak awal, dia sudah berdamai dengan hal-hal yang tak boleh difahami.

    “Saya terima hal yang saya tak boleh nak faham, yang saya takkan faham dan saya berdamai dengan itu,” katanya dalam wawancara bersama majalah Huckmag.

    MacKaye juga ada pendirian tentang “mengubah sumber cahaya”. Itu cara dia menghadapi sesuatu yang sukar, iaitu dengan melihat sesuatu keadaan dari perspektif yang berbeza.

    Ini mengingatkan saya pada dua perkara. Satu, dialog Afdlin Shauki dengan Beego dalam filem Gila-Gila Pengantin Remaja. 

    Afdlin cuba menjelaskan konsep anjakan paradigma dengan memberikan contoh kelemahannya semasa sekolah, iaitu perut buncit dan badan besar yang dijadikan kekuatan apabila dewasa – dia jadi bouncer kelab berbekalkan tubuh yang besar itu.

    Dua, sajak ringkas Sasterawan Negara, A. Samad Said bertajuk Nikmat. Tulis Pak Samad,

    “segala yang dihasrat
    tapi tak dapat
    adalah nikmat
    yang paling padat”

    Sajak ini mengajar kita melihat kehilangan atau kekecewaan sebagai anugerah. Syaratnya, kita beriman bahawa perancangan Tuhan lebih baik. 

    Kalau ada iman itu, kita faham bahawa hal-hal yang kita hilang atau terlepas adalah peluru yang dielak; kita dapat mengelak sebab Tuhan bantu. Sebab itu, ia jadi nikmat yang paling padat.

    Kita belajar

    Melihat yang tak dapat sebagai nikmat ialah satu jalan alternatif – dalam bahasa MacKaye, mengubah sumber cahaya; dalam bahasa Pak Su Afdlin Shauki, anjakan paradigma.

    Melihat beban sebagai kurnia juga jalan alternatif. Mencari kemudahan dalam kesukaran juga jalan alternatif. Sebab sesungguhnya, dalam setiap kesukaran ada kemudahan. Itu firman Allah dalam surah al-Insyirah. 

    Allah menjanjikan kemudahan dalam setiap kesukaran, maka hanya tinggal kita nak mencarinya atau tidak.

    Pastilah tidak mudah untuk mencari hikmah dalam  kesukaran apabila diri dirundung sedih dan kecewa tetapi Allah menjanjikan harapan dan jalan keluar. Sekurang-kurangnya, kita tahu ia sentiasa ada.

    Dengan keyakinan bahawa dalam setiap kesukaran ada kemudahan dan segala yang dihasrat tapi tak dapat adalah nikmat yang paling padat, mungkin kita boleh kurang bersedih. 

    Kita boleh mula lihat hujan sebagai rahmat, biar basah kuyup ia bukan beban. Kita cari sayang dalam benci, merendah diri dan membuka hati. 

    Walau sukar dan nampak mustahil, kita tetap cuba cari helai daun yang hijau dalam terbentang luas kemarau. Kita mula melihat gelas separuh penuh dengan cara berbeza sebab mungkin yang kosong itu kita perlu.

    Kita cuba cari syukur dalam tiap-tiap dugaan Tuhan. Sukar namun kita belajar.

    Tiga perenggan di atas saya gubah dari lirik lagu Belajar oleh Wani Ardy. Saya fikir lagu itu, seluruhnya, ialah penutup terbaik artikel ini. 

    Jemput dengar dan kalau sedap, kongsikan pada orang tersayang. – RELEVAN

    featured kesedihan motivasi muzik pendidikan puisi
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.