Facebook Twitter
    Trending
    • Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan
    • Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023
    • 4 cara untuk mula membina kekayaan generasi
    • Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih
    • UKM juara Debat Perpaduan 2023
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

      September 27, 2023

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023
    • Pendidikan

      Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

      September 29, 2023

      Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

      September 28, 2023

      Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

      September 27, 2023

      UKM juara Debat Perpaduan 2023

      September 27, 2023

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

    6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

    By KU SYAFIQ KU FOZIMay 24, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MENYIMPAN itu mudah jika anda tahu helah-helah kewangan yang boleh dipakai. - GAMBAR HIASAN/TIMA MIROSHNICHENKO (Pexels)

    ANTARA asas pengurusan kewangan peribadi yang sering diulang-ulang ialah membina simpanan namun ia bukan mudah.

    Baik faktor disiplin diri atau paras gaji yang rendah, ramai yang bergelut untuk membina simpanan yang kukuh. Akhirnya, ramai yang hanya bergantung kepada simpanan wajib seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di usia tua.

    Membina simpanan itu sukar kerana tidak ramai yang menguasai teknik menguruskan kewangan peribadi melalui bajet. Dengan bajet yang berkesan dan tepat, pengurusan kewangan anda lebih lancar dan cekap.

    Namun, persoalannya, bagaimana mahu disiplinkan diri mengikut bajet yang telah dibuat?

    Relevan kongsikan enam helah kewangan untuk anda lebih berdisiplin dan dapat menyimpan dengan lebih baik, menurut Penolong Pengarang Kanan The Economic Times, Namrata Dadwal. 

    Selamat mencuba!

    • Menimbang gaji

    Apabila mahu membeli barang bukan keperluan, jangan hanya fikirkan nilai wang yang anda perlu belanja, sebaliknya ambil kira juga berapa banyak masa yang anda luangkan untuk mendapat wang sebanyak itu.

    Ramai yang mengambil remeh soal masa. Cuba kira, gaji yang anda peroleh setiap bulan itu nilainya berapa jam bekerja? Ambil gaji kasar sebulan, bahagikan dengan jumlah jam bekerja anda untuk bulan itu. Anda akan tahu berapa wang yang anda jana dalam masa sejam bekerja.

    Dengan cara ini, nilai wang yang anda mahu belanja itu lebih jelas. Kalau mahu beli kasut, contohnya, harganya bersamaan gaji anda bekerja selama 22 jam. Adakah ia berbaloi?

    Ini rahsia untuk mengelakkan perbelanjaan impulsif.

    • Nisbah emas

    Pecahkan perbelanjaan bulanan anda begini: belanja masa lalu, belanja semasa dan belanja masa hadapan. Belanja masa lalu itu komitmen hutang, belanja semasa itu barang-barang keperluan dan kehendak yang mahu dibeli dan belanja masa hadapan itu pelaburan serta simpanan.

    Tiga teras ini membantu anda mengkonsepkan perbelanjaan dengan lebih jelas dan cermat, selain membantu anda merancang bajet dengan lebih berkesan. Kira perbelanjaan anda dalam tempoh enam bulan sudah dan hasilkan nisbah belanja masa lalu, semasa dan masa hadapan anda.

    Dengan cara ini, corak perbelanjaan anda lebih mudah difahami dan ia memudahkan anda untuk merancang. Contohnya, jika anda sedang dalam proses untuk pulih dari bebanan hutang yang besar, tinggikan nisbah belanja masa lalu. Jika sudah pulih dan mahu tambah aset, lebihkan belanja masa hadapan.

    Menurut Dadwal, nisbah yang ideal ialah 10-60-30. Namun, anda lebih kenal diri dan corak perbelanjaan anda, maka susunlah nisbah emas anda sendiri.

    • Belanja secara tunai

    Tradisional tapi membantu. Berbanding berbelanja secara dalam talian menggunakan kad debit/kredit atau kod QR, gunakan wang tunai.

    Anda boleh asingkan wang tunai dalam sampul berbeza mengikut kategori perbelanjaan. Untuk makan satu sampul, untuk hiburan satu sampul, contohnya. Disiplinkan diri dan berbelanja hanya mengikut had yang telah ditetapkan untuk setiap sampul. 

    Ini memudahkan anda menjejak dan mengawal perbelanjaan. Pembayaran dalam talian beri ilusi yang wang anda tak akan habis. Berbeza kalau guna wang tunai, anda boleh nampak wang semakin menipis.

    • Kumpul wang, bukan hutang

    Untuk perbelanjaan besar yang boleh dijangka, amalkan menyimpan berbanding meminjam. Contohnya, jika anda ada merancang percutian, simpan sedikit demi sedikit sehingga ke tarikh yang dirancang. Begitu juga dengan komitmen tetap seperti bayaran insurans dan cukai jalan kereta.

    Jangan tunggu waktu nak berbelanja baru nak cari duit. Akhirnya, terpaksa meminjam. 

    Logik kewangannya mudah. Jika anda menyimpan, ada sedikit faedah yang dapat dikumpul. Berbanding berhutang, anda pula yang perlu membayar faedah.

    Fungsi simpanan dalam aplikasi bank sekarang semakin baik. Malah, anda boleh gunakan fungsi debit automatik setiap bulan. Tak terasa pun duit itu hilang.

    • Henti sejenak

    Apabila ada keinginan untuk membeli sesuatu, jangan terus buat keputusan. Berhenti dan fikirkan baik buruk pembelian itu sejenak.

    Sebagai contoh, ada produk yang menarik dalam Shopee yang anda mahu beli. Jangan terus beli sebaliknya masukkan dahulu dalam troli pembelian. Selepas dua atau tiga hari, lihat semula troli anda. Jika anda masih perlukan produk itu, baru buat pembelian.

    Penangguhan pembelian seperti ini membantu anda membuat keputusan dengan lebih rasional. Anda ada masa untuk fikirkan, adakah produk itu betul-betul diperlukan dan adakah ia sesuai dengan bajet anda ketika itu?

    • Beli dan simpan serentak

    Biasanya orang akan buat pilihan sama ada untuk berbelanja atau menyimpan. Kenapa tidak buat kedua-duanya?

    Begini caranya. Setiap kali anda berbelanja secara runcit, contohnya untuk beli jajan, makanan segera atau cenderahati, kira jumlah perbelanjaan anda itu setiap minggu. Setiap hujung minggu pula, simpan jumlah sama yang dibelanjakan.

    Ini akan membantu anda menyedari perbelanjaan yang anda buat dan bertanggungjawab dengan perbelanjaan itu. Semakin banyak anda belanja, semakin banyaklah yang anda simpan.

    Beberapa tabung dalam talian juga ada fungsi ini. Ia menjejak perbelanjaan anda dan jika anda terlebih belanja, secara automatik jumlah sama disimpan dalam tabung. – RELEVAN

    featured kewangan kewangan peribadi simpanan
    Artikel Terkini

    Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

    September 29, 2023

    Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

    September 28, 2023

    4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

    September 27, 2023

    Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

    September 27, 2023

    UKM juara Debat Perpaduan 2023

    September 27, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.