Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 masalah mental paling biasa berlaku pada warga emas

    5 masalah mental paling biasa berlaku pada warga emas

    By Umi FatehahApril 23, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 masalah mental paling biasa berlaku pada warga emas. - GAMBAR HIASAN JIXIAO HUANG/UNSPLASH

    ISU kesihatan mental sering dibincangkan dalam kalangan masyarakat lebih-lebih lagi berkaitan generasi muda. Namun, bagaimana pentingnya untuk menjaga kesihatan mental generasi muda, isu ini juga penting dalam kalangan warga emas. 

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa penduduk dunia yang berumur 60 tahun ke atas akan meningkat kepada 22 peratus pada 2050 berbanding 12 peratus pada 2015. 15 peratus daripada populasi itu, setakat Disember 2017, sudah pun mengalami masalah kesihatan mental.

    Walaupun kebanyakan penyakit mental bermula pada zaman kanak-kanak atau remaja, warga emas khususnya terdedah untuk mengalami kesan negatif yang berkaitan dengan penyakit mental. 

    Mereka lebih berkemungkinan mengalami perubahan besar dalam kehidupan seperti kemerosotan kesihatan fizikal, perubahan gaya hidup yang drastik, kehilangan orang yang disayangi dan kurang bersosial.

    Berikut merupakan lima masalah kesihatan mental yang paling biasa berlaku dalam kalangan warga emas.

    1. Kemurungan

    Ia juga merupakan masalah kesihatan mental yang paling biasa berlaku dalam kalangan warga emas. Ia boleh berlaku disebabkan oleh pengasingan sosial atau simptom demensia.

    Dalam keadaan apabila seorang warga emas berasa keseorangan, mereka bukan memerlukan sekadar peneman di sisi, sebaliknya seorang kawan. Meskipun mereka dikelilingi orang yang ramai, mereka masih boleh rasa sunyi. 

    Oleh itu, ahli keluarga lain hendaklah memainkan peranan untuk berkomunikasi dan mengajak warga emas melakukan apa-apa aktiviti bersama supaya mereka tidak sunyi.

    1. Bipolar

    Bipolar yang berlaku di usia yang lewat boleh menjadi sukar untuk didiagnosis kerana simptomnya seakan-akan sama dengan demensia. Gejalanya boleh termasuk tingkah laku manik, berkhayal, kekeliruan, hiperaktif, psikosis, pergolakan serta isu kognitif seperti masalah ingatan, kehilangan pertimbangan dan persepsi.

    Memandangkan simptom-simptom ini juga lazimnya dialami apabila seseorang berumur, ia menjadikannya satu keadaan yang sukar untuk didiagnosis dan biasanya boleh didiagnosis secara salah dalam kalangan warga yang lebih tua.

    1. Skizofrenia

    Skizofrenia juga mempunyai simptom yang sama seperti demensia iaitu halusinasi dan paranoia. Keadaan ini biasanya berlaku dalam kalangan orang dewasa berumur 45 tahun dan ke atas.

    Skizofrenia, bagaimanapun, masih boleh berlaku pada sebarang peringkat umur dan sudah menjejaskan 20 juta orang di seluruh dunia. Gangguan mental yang kronik dan teruk ini dicirikan sebagai gangguan dalam pemikiran, persepsi, emosi, bahasa dan tingkah laku. 

    Orang yang menghidap skizofrenia adalah dua hingga tiga kali lebih berkemungkinan mati awal disebabkan penyakit fizikal seperti kardiovaskular, penyakit metabolik atau jangkitan. Namun, kesemua penyakit yang disebutkan di atas boleh dicegah.

    Skizofrenia adalah keadaan yang boleh dirawat  kerana ubat-ubatan dan sokongan psikososial telah dilihat sebagai rawatan yang berkesan. 

    1. Kebimbangan (anxiety)

    Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), hampir separuh daripada orang dewasa yang lebih tua yang mengalami kemurungan turut menunjukkan simptom-simptom kebimbangan.

    Kebimbangan juga dikaitkan dengan pelbagai faktor seperti masalah tidur, kesan sampingan perubatan, penyalahgunaan alkohol dan dadah, kecacatan fizikal, tekanan, trauma serta banyak lagi. 

    Berikut adalah beberapa gejala yang perlu diperhatikan:

    • Risau yang berlebihan
    • Rasa gugup
    • Keletihan kronik
    • Kerengsaan
    • Kualiti tidur yang buruk

    Gejala ini boleh menjejaskan cara seseorang bergaul, bekerja dan melakukan aktiviti harian. Adalah penting bagi warga tua untuk mendapatkan rawatan di rumah, sokongan perubatan atau emosi dan terapi untuk mencegah keadaan ini menjadi lebih teruk.

    1. Gangguan makan (bulimia disorder)

    Bulimia dan anoreksia nervosa adalah gangguan pemakanan biasa yang boleh berlaku dalam kalangan warga emas. Tingkah laku dan isu psikologi yang memburukkan keadaan ini kebiasaannya sukar dikesan, menjadikannya lebih berbahaya. Berikut adalah beberapa gejala yang perlu diperhatikan:

    • Turun naik berat
    • Kelemahan otot
    • Hilang selera makan
    • Pening kronik
    • Penggunaan julap
    • Penyembuhan perlahan
    • Defisit ingatan

      – RELEVAN

    featured kesihatan mental
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.