Facebook Twitter
    Trending
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kerja jadi mudah sebab kita ada kawan

    Kerja jadi mudah sebab kita ada kawan

    By April 18, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KAWAN di tempat kerja menjadikan sesebuah kerja mudah, malah menyeronokkan. - GAMBAR HIASAN/PRISCILLA DU PREEZ (Unsplash)

    “ORANG lesu (burnout) di tempat kerja bukan sebab kerjanya susah tapi sebab mereka tak ada kawan,” kata penulis dan futuris, Erwin Raphael McManus.

    Petikan kata-katanya dalam podsiar bersama The Minimalist itu bersunyi dalam kebingitan nasihat supaya orang tidak buat kawan di tempat kerja – bagi sesetengah orang, kerja hanya platform untuk kita terima gaji, maka jangan campurkan kehidupan peribadi dalam pekerjaan.

    Namun, McManus membawa nasihat yang berbeza. Baginya, kawan di tempat kerja yang menjadikan sesebuah kerja mudah, malah menyeronokkan.

    “Saya tahu bahawa kerja yang susah boleh jadi menyeronokkan jika kita ada kawan dan kerja yang mudah boleh jadi sukar jika kita berseorang,” katanya.

    McManus melihat sosok seorang kawan sebagai pendukung dan penyuntik semangat semasa bekerja. Ia memberi sebab untuk, sekurang-kurangnya, masuk ke pejabat. 

    Kita juga manusia

    Penulis buku Blue Zones for Happiness: Lessons from the World Happiest People, Dan Buettner berpendapat sama. Katanya, antara penentu utama seseorang suka akan kerjanya ialah kewujudan kawan baik di tempat kerja.

    Dengan mempunyai kawan baik di tempat kerja, kita lebih bersemangat dan suka pada pekerjaan yang dibuat. Buettner meletakkan faktor itu sebagai yang paling utama, berbanding menjadikan nyala rasa (passion) sebagai pekerjaan, tinggal dekat dengan pejabat dan pergi bercuti.

    Penulis dan penasihat kepemimpinan, Annie McKee pula memberikan alasan yang lebih asas: kita perlu kawan di tempat kerja sebab kita manusia.

    “Kalau kita mahu luangkan lapan hingga 12 jam di tempat kerja, kita perlu bersama dengan orang yang kita suka, hormat dan menyeronokkan,” katanya.

    McKee sedar tentang – apa yang dia sendiri katakan sebagai – mitos bahawa kita tak patut berkawan dengan rakan sepejabat kerana ia akan mengaburi penilaian terhadap mereka, terutamanya jika kita mempunyai jawatan yang lebih tinggi.

    Namun, hujahnya, penilaian juga boleh kabur jika kita tak kenal dengan rakan sepejabat. Kita tak tahu apa yang memotivasikan mereka, kesukaan mereka dan sedikit tentang kehidupan peribadi mereka.

    Maklumat-maklumat yang boleh diakses apabila kita berkawan itu juga penting supaya kita memandang rakan sekerja sebagai manusia yang ada turun-naik emosi dan jatuh-bangun motivasi. 

    Sebagai pengurus juga, kita boleh memimpin dengan lebih baik jika kita tahu maklumat-maklumat itu.

    Impak pandemik

    Dapatan daripada penyelidikan oleh firma analitik dan penasihat, Gallup menunjukkan keperluan untuk mempunyai kawan baik di tempat kerja semakin meningkat sejak pandemik. Ini berlaku ketika kerja jarak jauh dan hibrid semakin popular. 

    “Ibu bapa yang bekerja bergantung harap pada rakan sekerja mereka (yang juga seorang ibu atau bapa) ketika pandemik memerlukan mereka mengimbangi tanggungjawab mengajar anak di rumah dan bekerja.

    “Kawan baik di tempat kerja menawarkan galakan tanpa menghakimi ketika cabaran terbesar melanda; sokongan yang memberitahu – awak tak keseorangan,” tulis firma itu dalam laporannya. 

    Gallup juga percaya, kawan baik di tempat kerja ialah kunci keterlibatan pekerja dan kecemerlangan kerjaya.

    Malah, data firma itu menunjukkan yang mempunyai kawan baik di tempat kerja dikaitkan dengan kebolehuntungan syarikat, keselamatan, kawalan inventori dan pengekalan bakat.

    Terdapat lima kelebihan pekerja yang ada kawan baik di pejabat menurut Gallup, iaitu:

    • Hubungan yang lebih baik dengan pelanggan
    • Boleh selesaikan lebih banyak kerja dalam masa yang pendek
    • Menyokong tempat kerja selamat dengan kurang kemalangan dan kebimbangan
    • Berinovasi dan suka berkongsi idea
    • Seronok ketika bekerja

    Menurut Gallup, pekerja dengan kawan baik di tempat kerja boleh meningkatkan produktiviti syarikat. Pekerja sebegini mempunyai sistem sokongan yang kuat dan tempat bergantung apabila kesusahan.

    “Persahabatan yang tulen memperdalam rasa kepunyaan pekerja terhadap pekerjaannya dan membolehkan pekerja menjadi lebih berkesan, tak kira di mana atau waktu bila mereka bekerja.

    “Kawan baik di tempat kerja memainkan peranan penting ketika pejabat mengalami perubahan, ketidaktentuan dan memperkenal cara baharu bekerja.

    “Perubahan akan berlaku dan kawan baik di tempat kerja boleh saling memaklumkan dan bekerja bersama untuk menyesuaikan diri dengan proses serta teknologi baharu,” katanya. – RELEVAN

    featured kawan kerjaya tempat kerja
    Artikel Terkini

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.