Facebook Twitter
    Trending
    • Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya
    • ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian
    • Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini
    • Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha
    • Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat
    • Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA
    • 5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian
    • Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

      May 28, 2026

      Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

      May 27, 2026

      Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

      May 26, 2026

      Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

      May 26, 2026

      Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

      May 22, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026
    • Kerjaya

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kesan perubahan iklim kepada pekerja dan dunia kerjaya

    Kesan perubahan iklim kepada pekerja dan dunia kerjaya

    By KU SYAFIQ KU FOZIMay 3, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BENCANA alam merupakan antara kesan perubahan iklim yang menjadi ancaman kepada pekerja. - GAMBAR HIASAN/SADIQ NAFEE (Unsplash)

    SEPERTI tahun-tahun sebelumnya, 1 Mei menjadi hari seluruh dunia meraikan golongan pekerja. 

    Di Malaysia, singkatan baharu Kementerian Sumber Manusia, iaitu Kesuma dijadikan tumpuan apabila tema yang diumumkan ialah Pekerja Kesuma Bangsa. Di peringkat dunia, jaminan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dalam perubahan iklim menjadi tumpuan.

    Mungkin sukar untuk melihat perkaitan antara perubahan iklim dengan pekerja. Perubahan iklim isu yang luas.

    Namun, akibat perubahan iklim, kira-kira 136 juta pekerjaan berada dalam ancaman. Ini berdasarkan jangkaan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bahawa menjelang 2030, 3.8 peratus daripada jumlah jam bekerja boleh terhapus disebabkan peningkatan suhu dunia.

    Sebab itu perubahan iklim menjadi tumpuan dalam sambutan Hari Pekerja tahun ini, lebih-lebih lagi kerana kesan perubahan iklim akan lebih dirasai golongan pekerja kolar biru dan buruh kasar.

    Forum Ekonomi Dunia (WEF) juga menggariskan tiga kesan utama krisis iklim terhadap dunia kerjaya dan pekerja. Berikut Relevan jelaskannya untuk anda.

    Menjejaskan kesihatan

    ILO menyenaraikan pelbagai kesan perubahan iklim terhadap kesihatan pekerja, terutamanya disebabkan haba berlebihan. Kesan kesihatannya termasuk tekanan haba, strok haba, rabdomiolisis, penyakit buah pinggang dan bermacam lagi.

    Menurut ILO, sekurang-kurangnya 2.41 bilion pekerja terdedah dengan haba berlebihan di tempat kerja setiap tahun.

    Setiap tahun juga, terdapat 22.85 juta kecederaan pekerjaan, 18,970 kematian berkaitan kerja dan 2.09 juta tahun hayat pelarasan tunaupaya (DALYs) dikaitkan dengan haba berlebihan.

    Tak cukup dengan itu, kesan perubahan iklim lain seperti radiasi ultraviolet, peristiwa cuaca ekstrem, pencemaran udara di tempat kerja, penyakit bawaan vektor dan agrokimia juga membawa ancaman kepada kesihatan pekerja. 

    Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) menggariskan lima kesan kesihatan utama perubahan iklim, iaitu:

    • Penyakit berkaitan haba
    • Penyakit pernafasan
    • Kesan kesihatan fizikal dan mental
    • Penyakit bawaan serangga
    • Kesan kesihatan disebabkan racun serangga

    Menjejaskan produktiviti

    Kajian mendapati produktiviti pekerja akan menurun sebaik sahaja suhu sekitar melepasi 24 hingga 25 darjah Celsius. Pada 33 hingga 34 darjah Celsius, produktiviti boleh berkurang hingga separuh untuk kerja-kerja manual.

    Kesan kesihatan perubahan iklim, seperti penyakit fizikal dan gangguan kesihatan mental juga boleh memberi kesan kepada produktiviti pekerja.

    Ini bermakna, bukan pekerja saja yang akan menanggung kesan perubahan iklim, malah syarikat. Pengurangan produktiviti bererti keuntungan syarikat juga akan menurun.

    Lebih parah, negara-negara tropika seperti di sub-Sahara Afrika, Asia Selatan dan Asia Tenggara – yang menempatkan banyak negara berpendapatan rendah dan sederhana – akan lebih terkesan, menurut kajian di The Lancet.

    Menjejaskan peluang pekerjaan

    Peristiwa cuaca ekstrem seperti banjir, kemarau, kebakaran hutan dan taufan boleh merosakkan aset perniagaan, laluan pengangkutan serta infrastruktur, seterusnya menyebabkan kehilangan pekerjaan.

    Ancaman tersebut menyebabkan golongan pekerja lebih terdedah dengan pengangguran dan kehilangan kerja mendadak. Umum tahu, kerugian perniagaan memberikan kesan yang lebih besar kepada golongan pekerja, terutamanya pekerja bawahan.

    Menurut firma penasihat risiko, AON, peristiwa berkaitan iklim telah mendatangkan kerugian sebanyak AS$313 bilion (RM1.49 trilion) di seluruh dunia pada 2022.

    Jumlah tersebut empat peratus lebih tinggi berbanding purata abad ke-21, membayangkan jumlah yang lebih tinggi untuk tahun-tahun seterusnya jika impak perubahan iklim tidak dikurangkan.

    Namun, perubahan iklim juga membawa peluang pekerjaan yang baharu. 

    Menurut laporan Masa Hadapan Pekerjaan WEF pada 2023, peralihan kepada tenaga mampan dan penyesuaian perubahan iklim akan mencipta lebih banyak pekerjaan. 

    Ini memberi ruang kepada pekerja untuk menukar kemahiran dan mengisi kekosongan yang ada. – RELEVAN

    Previous ArticleGen Z, kebajikan dan kepuasan pekerja
    Next Article Mengenali “Pahlawan Gikuyu”: Terjemahan wawancara Ngugi wa Thiong’o (Bahagian 1)

    Artikel berkaitan

    Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

    May 29, 2026

    ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

    May 28, 2026

    Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

    May 28, 2026

    Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

    May 27, 2026

    Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

    May 26, 2026

    Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

    May 26, 2026
    Artikel Terkini

    Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

    May 29, 2026

    ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

    May 28, 2026

    Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

    May 28, 2026

    Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

    May 27, 2026

    Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

    May 26, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.