Facebook Twitter
    Trending
    • Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar
    • Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang
    • Ajar anak cara congak
    • Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih
    • 8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan
    • 5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama
    • Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya
    • 5 album yang berusia 10 tahun pada 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih

      November 29, 2023

      7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’

      November 27, 2023

      Alergi makanan boleh bawa maut, kenali punca dan gejala  

      November 23, 2023

      8 petanda stres pada kulit muka selain jerawat

      November 21, 2023

      Populariti merkuri dalam kecantikan, sebab dan kesan buruknya

      November 20, 2023
    • Kewangan

      Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar

      November 30, 2023

      Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang

      November 30, 2023

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      1 daripada 3 rakyat Malaysia tidak celik kewangan

      November 22, 2023

      6.3 juta bersara dengan RM42 sebulan, ini kelemahan lain perlindungan sosial warga emas di Malaysia

      November 21, 2023
    • Pendidikan

      Ajar anak cara congak

      November 29, 2023

      8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

      November 28, 2023

      5 album yang berusia 10 tahun pada 2023

      November 27, 2023

      7 cara memperkuat ingatan 

      November 24, 2023

      Kes perceraian meningkat 43.1% pada 2022, paling banyak libatkan pasangan berumur 30-39 tahun

      November 23, 2023
    • Kerjaya

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya

      November 28, 2023

      Malas bekerja? 7 tip ini untuk anda, nombor 5 paling menarik

      November 24, 2023

      5 sebab penting meraikan kejayaan pekerja

      November 22, 2023

      Jumlah siswazah menganggur berkurang, peningkatan tinggi dalam kategori majikan dan bekerja sendiri

      November 20, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Huraian 10 inisiatif memperkasa kebajikan guru oleh Kementerian Pendidikan

    Huraian 10 inisiatif memperkasa kebajikan guru oleh Kementerian Pendidikan

    By KU SYAFIQ KU FOZIMay 16, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KEMENTERIAN Pendidikan menggariskan 10 inisiatif bagi memperkasa kebajikan guru sebagai hadiah Hari Guru 2023. - GAMABR HIASAN/UTUSAN

    SAMBUTAN Hari Guru tahun ini disambut dengan pengumuman 10 inisiatif bagi memperkasa kebajikan guru oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

    Berasaskan tema “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani”, inisiatif tersebut disusun bagi memastikan persekitaran pekerjaan yang lebih kondusif serta memelihara emosi, fizikal dan intelektual guru-guru.

    Fadhlina dalam satu hantaran Facebook turut berkata, inisiatif itu berinspirasi daripada wawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memastikan pendidikan menjadi hak dari lahir untuk setiap anak-anak Malaysia.

    Kata beliau, bagi menjayakan wawasan tersebut, ekosistem pendidikan terbaik perlu dibangunkan dengan menepati apa yang digariskan dalam rukun MADANI.

    “Saya percaya komponen utamanya adalah guru-guru insani yang kita raikan hari ini,” katanya.

    Fadhlina melalui ucapannya dalam Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada 16 Mei juga berkata, kesemua inisiatif tersebut dapat membantu mengurangkan kos sara hidup guru, merancakkan ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan negara.

    Sehubungan itu, berdasarkan ucapan Menteri Pendidikan, Relevan ingin berkongsi huraian terhadap kesemua 10 inisiatif yang telah diumumkan.

    • Lawatan sekolah pada hari persekolahan

    Surat Pekeliling Ikhtisas 5/2022 menetapkan bahawa lawatan sekolah pada hari persekolahan mestilah tidak melebihi dua kali dalam setahun bagi setiap sekolah. Ini menyebabkan ada murid yang terlepas untuk menyertai lawatan.

    Kementerian Pendidikan berhasrat untuk menambah baik surat pekeliling tersebut dengan membenarkan lawatan sekolah dua kali dalam setahun bagi setiap murid. Ini bermakna, sekolah boleh melaksanakan lebih daripada dua lawatan dalam setahun, asalkan seorang murid tidak menyertainya lebih daripada dua kali.

    Kata Fadhlina, lawatan tersebut boleh dilakukan mengikut keperluan, kemampuan dan kesesuaian sekolah. Lawatan itu juga akan diambil kira sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

    • Peluasan Sekolah Model Khas Komprehensif (K9)

    Kementerian Pendidikan akan menambah 10 buah lagi Sekolah K9 bagi mengatasi isu keciciran murid, khususnya di kawasan pedalaman dan orang asli.

    Sekolah K9 merupakan sekolah model khas yang menggabungkan pendidikan rendah dan menengah di bawah satu bumbung. Ia mengumpulkan pelajar dari Tahun 1 hingga Tingkatan 3 di bawah pentadbiran Guru Besar Sekolah Rendah.

    Sekolah model khas ini bertujuan menangani isu keciciran murid sewaktu transisi dari Tahun 6 ke Tingkatan 1 serta memastikan kemudahan Sekolah Kurang Murid (SKM) digunakan secara optimum selain dapat menjimatkan kos perbelanjaan membina sekolah menengah baharu.

    • Peluasan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK)

    SBJK merupakan projek bagi menyediakan akses pendidikan formal kepada kanak-kanak jalanan. Sekolah ini telah didirikan di Kuala Lumpur bagi membantu kanak-kanak rentan.

    Kementerian Pendidikan berhasrat meluaskan inisiatif itu ke negeri Sabah bagi memberikan akses pendidikan yang formal kepada kanak-kanak terpinggir. Ia sebahagian usaha kementerian bagi memastikan tidak ada kanak-kanak yang ketinggalan dari segi pendidikan.

    • Memperkasa pengurusan pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

    Menteri Pendidikan memberikan komitmen untuk menyelesaikan semua isu kekurangan guru di seluruh negara melalui kerjasama Kementerian Pendidikan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

    Inisiatif itu akan digerakkan melalui peluasan pengambilan graduan berpotensi tinggi dari universiti swasta dan luar negara bagi mata pelajaran kritikal yang sukar mendapat calon dari universiti awam.

    Antara subjek yang disebut oleh menteri ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Reka Bentuk Teknologi. 

    • Pemakaian baju korporat rasmi Kementerian Pendidikan

    Kementerian Pendidikan bersetuju memberikan kebenaran dan kelonggaran kepada guru dari semua institusi pendidikan di bawahnya untuk memakai baju korporat bagi memberikan keselesaan semasa bertugas.

    • Pemansuhan kutipan sumbangan sambutan Hari Guru

    Sesuai dengan hasrat untuk memperkasa kebajikan guru, Kementerian Pendidikan mengambil keputusan untuk memansuhkan sebarang kutipan sumbangan sambutan Hari Guru dalam kalangan guru.

    Sambutan Hari Guru bermula tahun ini akan disambut di peringkat kebangsaan dan sekolah sahaja.

    • Peranan kumpulan Guru Insani Malaysia

    Kementerian Pendidikan akan mempertingkat peranan kumpulan Guru Insani Malaysia dengan memperluas penglibatan semua guru termasuk pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam kumpulan tersebut.

    Guru-guru boleh mendaftar di portal Guru Insani Malaysia mengikut teras kesukarelawanan, riadah dan sukan, perpaduan, kebajikan dan kemasyarakatan, keilmuan serta profesionalisme.

    • Peranan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO)

    Peranan YGTHO akan terus diperkukuh bagi meningkatkan profesionalisme dan kebajikan guru. 

    Setakat 2017 hingga Mei 2023, YGTHO telah membelanjakan RM57.8 juta bagi tujuan tersebut. Antara program yang telah dilaksanakan dengan kerjasama yayasan tersebut ialah Apa Khabar Guru?, Selamat Hari Guru dan Ziarah Cakna Guru.

    • Penambahbaikan Standard Guru Malaysia (SGM) 2.0

    SGM 2.0 akan memastikan guru mendapat peluang mempertingkat kerjaya ke jawatan yang lebih tinggi melalui latihan yang berfokus dan relevan untuk mempersiap diri sebagai pemimpin pelapis.

    Laluan peningkatan kerjaya yang disediakan juga lebih luas serta sesuai dengan kekuatan, bakat dan pilihan guru sendiri.

    Penyertaan guru dalam SGM 2.0 melalui Sistem Guru Malaysia diiktiraf dan dianugerahkan mata kredit dalam sistem pengurusan latihan Kementerian Pendidikan.

    • Program Cuti-Cuti Cikgu mampu milik

    Kementerian Pendidikan dengan kerjasama rakan strategik menyediakan peluang untuk guru-guru melalui Program Cuti-Cuti Cikgu yang mampu milik.

    Program itu ditawarkan melalui potongan harga tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan darat dan taman tema dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Budaya, Kementerian Pengangkutan, Air Asia, Traveloka dan Bank Rakyat. – RELEVAN

    featured guru Hari Guru Kementerian Pendidikan pendidikan sekolah
    Artikel Terkini

    Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar

    November 30, 2023

    Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang

    November 30, 2023

    Ajar anak cara congak

    November 29, 2023

    Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih

    November 29, 2023

    8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

    November 28, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.