Facebook Twitter
    Trending
    • Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan
    • Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023
    • 4 cara untuk mula membina kekayaan generasi
    • Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih
    • UKM juara Debat Perpaduan 2023
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

      September 27, 2023

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023
    • Pendidikan

      Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

      September 29, 2023

      Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

      September 28, 2023

      Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

      September 27, 2023

      UKM juara Debat Perpaduan 2023

      September 27, 2023

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

    90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

    By KU SYAFIQ KU FOZIMay 17, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KUMPULAN makanan dan minuman merupakan penyumbang utama kenaikan inflasi pada 2022. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    INDEKS Harga Pengguna (IHP) yang mengukur kadar inflasi negara meningkat kepada 3.3 peratus pada 2022, berbanding 2.5 peratus pada tahun sebelumnya. 

    Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, peningkatan itu didorong terutamanya oleh kumpulan makanan dan minuman yang meningkat kepada 5.8 peratus; restoran dan hotel (5.0 peratus); pengangkutan (4.7 peratus) serta hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.5 peratus).

    Kata beliau, kumpulan makanan dan minuman mencatatkan peningkatan berbanding 1.7 peratus pada 2021 dengan 90 peratus barangan makanan mencatatkan kenaikan harga.

    Kumpulan makanan dan minuman merupakan komponen terbesar dalam perbelanjaan isi rumah Malaysia dengan sumbangan 29.5 peratus daripada wajaran IHP.

    “Komponen makanan di rumah meningkat 5.3 peratus berbanding 2.1 peratus pada 2021. Makanan di luar rumah juga meningkat 6.6 peratus berbanding 1.4 peratus pada tahun sebelumnya,” katanya dalam kenyataan pada 17 Mei.

    Menurut Mohd. Uzir, inflasi bagi kumpulan restoran dan hotel meningkat ketara sebanyak 5.0 peratus kepada 139.5 mata pada 2022 berbanding 132.9 mata pada 2021.

    Jelas beliau, subkumpulan perbelanjaan di restoran dan kafe meningkat sebanyak 5.3 peratus berbanding 0.8 peratus pada 2021.

    “Kenaikan kopi/nescafe (7.4 peratus); minuman bermalt (7.3 peratus) dan teh (6.0 peratus) merupakan penyumbang utama kepada kenaikan subkumpulan ini.

    “Ini disebabkan oleh kenaikan harga input bahan minuman seperti susu pekat yang memberi tekanan kepada peniaga untuk menaikkan harga minuman.

    “Selain itu, subkumpulan perkhidmatan penginapan turut merekodkan peningkatan 3.7 peratus berbanding -1.8 peratus pada 2021, selari dengan pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April 2022,” katanya.

    Selain itu, menurut Mohd. Uzir, inflasi bagi kumpulan pengangkutan menunjukkan peningkatan yang lebih perlahan, iaitu 4.7 peratus pada 2022 berbanding 11.0 peratus pada 2021.

    Kata beliau, peningkatan perlahan itu disumbangkan oleh subkumpulan pengurusan alat pengangkutan persendirian yang menyederhana kepada 5.8 peratus berbanding 14.1 peratus pada 2021.

    “Ini adalah disebabkan oleh tamatnya kesan asas rendah berikutan penetapan harga siling petrol tanpa plumbum RON95 kepada RM2.05 seliter pada Mac 2021. Purata harga petrol tanpa plumbum RON95 pada 2022 meningkat sebanyak 1.1 peratus (RM2.05) tahun ke tahun berbanding 21.2 peratus (RM2.03) pada 2021.

    “Namun begitu, purata harga petrol tanpa plumbum RON97 meningkat ketara kepada RM3.97 seliter berbanding RM2.65 pada 2021.

    “Peningkatan subkumpulan ini turut disumbangkan alat ganti dan aksesori untuk pengangkutan persendirian yang meningkat sebanyak 6.0 peratus berbanding 1.1 peratus pada 2021.

    “Peningkatan harga alat ganti kenderaan adalah kesan daripada bekalan alat ganti yang terjejas teruk di peringkat global semenjak pandemik, konflik antara Rusia dengan Ukraine serta perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan China,” jelasnya.

    Sementara itu, Mohd. Uzir berkata, peningkatan inflasi Malaysia pada 2022 adalah seiring dengan kenaikan harga majoriti komoditi, pengukuhan dolar AS berbanding mata wang utama dan ketegangan geopolitik antara Rusia dengan Ukraine.

    Kata beliau, kejadian seperti banjir dan tanah runtuh juga telah menyebabkan gangguan dalam bekalan produk pertanian, menyebabkan kekurangan bekalan makanan dan kenaikan harga.

    “Dalam usaha pemulihan ekonomi yang pandemik Covid-19, kerajaan telah membuka semula sektor pelancongan pada April 2022 kepada pelancong antarabangsa dari negara seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.

    “Ini telah memberi kesan kepada inflasi kumpulan restoran dan hotel yang mencatatkan 5.0 peratus pada 2022 berbanding 0.4 peratus pada 2021.

    “Sepanjang 2022, inflasi tertinggi dicatatkan pada Ogos 2022, iaitu pada 4.7 peratus. Ini disebabkan kesan asas yang lebih rendah pada 2021 berikutan diskaun bil elektrik yang diberikan kepada pengguna domestik di bawah Pakej Kesejahteraan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi Negara (Pemulih) dari Julai hingga September 2021,” jelasnya. – RELEVAN

    DOSM featured IHP inflasi kewangan
    Artikel Terkini

    Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

    September 29, 2023

    Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

    September 28, 2023

    4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

    September 27, 2023

    Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

    September 27, 2023

    UKM juara Debat Perpaduan 2023

    September 27, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.