Facebook Twitter
    Trending
    • ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    • Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya
    • Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja
    • Apa erti bekerja dalam kehidupan?
    • Memahami hak sebagai pekerja
    • Yuri Gagarin, manusia pertama jelajah angkasa lepas
    • 15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025

      Apa nak buat dengan duit raya?

      April 3, 2025

      Berbaloikah iftar di bufet hotel? 

      March 20, 2025

      5 tip belanja raya dengan bijak: Bahagia beraya, poket tak merana

      March 13, 2025
    • Pendidikan

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025

      Pencapaian SPM 2024 terbaik dalam tempoh 11 tahun

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025

      Apa erti bekerja dalam kehidupan?

      May 1, 2025

      Memahami hak sebagai pekerja

      May 1, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    By KU SYAFIQ KU FOZIMay 31, 2023Updated:May 31, 20237 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    INI bukan senarai buku terbaik yang ada di PBAKL 2023, cuma pilihan peribadi yang ingin dikongsi bersama semua. - GAMBAR RELEVAN

    SAYA datang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) tahun ini dengan mentaliti yang lebih luwes dan fleksibel. Tidak ada senarai buku yang mahu dibeli mahupun belanjawan khusus.

    Sikap ini tidak patut dicontohi tetapi sekali-sekala, saya juga mahu rasa sedikit perasaan berbelanja tanpa pedoman seperti orang kaya walaupun hakikatnya saya tak banyak duit.

    Ada 10 buku yang saya beli tahun ini dalam kunjungan pertama pada 30 Mei. Kalau ada kunjungan kedua atau seterusnya, jumlahnya mungkin bertambah. Kita tengok nanti macam mana.

    Jika tahun lepas saya berkongsi reruai pilihan Relevan, tahun ini saya cuma mahu berkongsi buku-buku yang saya beli. Mana tahu, ia dapat membuka hati anda untuk membeli buku yang sama.

    Sedikit penafian, buku-buku ini ialah pilihan peribadi. Saya beli buku yang saya nak baca. Kalau ia tidak sehaluan dengan selera anda, minta maaf. Memang ada buku yang lebih baik tetapi mungkin tidak masuk senarai kerana faktor harga dan tema.

    Saya juga bukan dalam fasa membaca novel atau cerpen, maka memang tak ada buku jenis itu dalam senarai ini.

    ARTIKEL BERKAITAN: Lima reruai pilihan Relevan di PBAKL2022

    • Rebel Playlist: 45 Lirik Lagu Memberontak Hasil Ciptaan Nasir Jani (Nasir Jani/Rabak-Lit)
    Rebel Playlist oleh Nasir Jani

    Rebel Playlist merupakan antara buku baharu yang diterbitkan Rabak-Lit khusus untuk PBAKL 2023. Pelancarannya meriah pada 27 Mei lalu; penuh WTC dengan mat rock.

    Buku ini mengumpulkan 45 lirik ciptaan Nasir Jani yang dihasilkan sejak 1987 hingga 2007. Setiap lirik yang ditampilkan dalam lagu ini juga disertakan ulasan dan catatan daripada Pak Nasir sendiri.

    Yang paling menarik pastilah kisah di sebalik penciptaan lirik Srikandi Cintaku. Ada kontroversi mengatakan lirik itu sebenarnya dicipta oleh orang lain. Pak Nasir jawab kesemuanya dalam buku ini, termasuk mendedahkan maksud sebenar di sebalik lirik tersebut.

    • Persoalan Mustahak: Ruang Seni Budaya Bahasa Agama Sebagai Pertunjukan (Benz Ali/Gerakbudaya Enterprise)
    Persoalan Mustahak oleh Benz Ali

    Walaupun tidak pernah berguru lutut-ke-lutut, saya anggap Benz Ali sebagai guru penulisan saya. Karya sulungnya, Antithesis yang dibaca pada usia muda membentuk gaya penulisan dan fikiran saya.

    Apabila Benz mengumumkan ada buku baharu yang akan diterbitkan dan buku itu pula ada berbicara tentang seni dan muzik, saya tak fikir panjang untuk menyambarnya.

    Buku ini membicarakan topik yang rencam. Ada sosial, politik, sastera, seni dan agama. Kalau suka penulisan yang keras dan memberontak, buku ini wajib dimiliki.

    • GAMPANG! : Kumpulan Pomes Jack Malik 2019 – 2022 (Jack Malik/Rabak-Lit)
    GAMPANG! oleh Jack Malik

    Kumpulan puisi ketiga Jack Malik dan ia merupakan antara buku terbitan baharu Rabak-Lit untuk PBAKL 2023. 

    GAMPANG! ialah himpunan kata-kata kasih-benci Jack kepada Ipoh. Sebagai kota yang melahirkan Muck, Mohd Jayzuan, Projek Rabak dan Ipoh Music Symposium, saya wajib meneliti kasih-benci Jack terhadap Kota Borak kegemaran ini.

    Lebih 50 sajak dikumpulkan dalam buku ini dan satu markah bonus buat Jack: dia berjaya dapatkan Affendi Salleh sebagai penulis prakata. Mantap!

    • dot dot dot (U-Wei bin Haji Saari/Forum Press)
    dot dot dot oleh U-Wei Haji Saari

    Pada raut wajah, gagap cakap dan gaya pakaiannya, kita tahu U-Wei bukan seniman biasa. Bukan semua filemnya sudah saya tonton tapi imej wajah garang Khalid Salleh dalam Jogho dan Kaki Bakar selalu menjelma dalam kepala.

    Saya menjadi lebih tertarik kepada U-Wei apabila Ipoh Music Symposium menjemputnya dalam satu sesi forum. Dari situ saya dapat lihat sisi lainnya sebagai seorang pengumpul muzik. Saya mula lihat U-Wei sebagai seniman yang kaya pengetahuan dalam pelbagai disiplin.

    Melalui senarai kandungannya, buku ini dijangka menjadi simpanan berharga saya. U-Wei bercerita tentang Pak Samad, Covid-19 dan rock kapak. Ini mahal.

    • Merakam Sejarah: Turun Jalan Raya Menang Pilihan Raya (Hishamuddin Rais/SIRD)
    Merakam Sejarah oleh Hishamuddin Rais

    Cakaplah apa yang anda mahu tentang Hishamuddin Rais, dia figura penting dalam lukisan politik negara. Dia ada di mana-mana – Demonstrasi Baling 1974, Reformasi 1998 dan paling penting, kejatuhan Barisan Nasional 2018.

    Siri Merakam Sejarah mencatat peristiwa-peristiwa depan dan belakang tabir kejayaan rakyat Malaysia menukar kerajaan buat kali pertama pada 9 Mei 2018. Apa yang dibentangkan Hishamuddin Rais boleh bantu kita faham politik Malaysia dengan lebih baik.

    Tambahan lagi, buku ini dijual dengan potongan harga 40 peratus di reruai Gerakbudaya.

    • Per Diem: The Mental Expense (Takahara Suiko/Rabak-Lit)
    Per Diem: The Mental Expense oleh Takahara Suiko

    “Buku Taka dark!” kata Mohd Jayzuan kepada saya. Itu menjadi 30 peratus sebab kenapa saya beli buku ini. 

    30 peratus lagi sebab saya kenang kegagalan memiliki buku pertama Taka, Diari Nona Gila. 20 peratus lagi sebab saya yakin berbaloi meneroka alam akal Taka. 20 peratus lagi tiada sebab, ia sebuah pembelian impulsif.

    Lirik-lirik lagunya telah membuktikan keunggulan Taka dalam menulis tetapi untuk mengumpulkan sajak-sajak sendiri dalam sebuah buku bukan mudah. Melihat tajuk dan reka sampulnya, saya fikir Taka menjadi sangat rapuh dalam buku ini.

    • Percakapan dengan Raja Ahmad Aminullah: Kesetiaan Pada Idea (Raja Ahmad Aminullah/SIRD)
    Percakapan Dengan Raja Ahmad Aminullah oleh Raja Ahmad Aminullah

    Saya berjumpa buku ini tahun lepas tapi tak ada wang yang cukup untuk beli. Tahun ini ketika berlegar dalam reruai Gerakbudaya, saya belek lagi buku ini dan bahagian belakangnya buat saya hampir terlompat. Tanda harganya RM10!

    Satu hal tentang Raja Ahmad Aminullah, beliau suka berdamping dengan anak muda. Koleksi percakapannya dalam buku ini juga banyak bersama anak muda.

    Ini mungkin akan menjadi langkah pertama saya untuk kenal Pak Engku dengan lebih dekat.

    • Kata Ku Seman: Alam fikir mantan Pengarang Mingguan Malaysia (Ku Seman Ku Husain/Putih Rona Dagang)
    Kata Ku Seman oleh Ku Seman Ku Husain

    Sebagai seorang wartawan, lebih-lebih lagi pernah bernaung di bawah syarikat Utusan Melayu (M) Berhad, saya selalu meneliti apa yang ditulis Ku Seman. Beliau idola saya dalam kewartawanan, baik dari segi penulisan atau sikapnya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tunggak keempat, wartawan makan hati dan neo-journalism: kewartawanan dari lensa Ku Seman

    Kadang-kadang saya terlepas membaca kolumnya di Utusan Malaysia, jadi ini peluang untuk saya meneliti terus keseluruhan hasil fikirnya sejak 2018 hingga 2021. Ini tempoh yang bergelora untuk Malaysia; dari PRU14 hingga bencana Covid-19.

    Saya percayakan tradisi. Seorang wartawan baharu perlu meneliti kerja dan sikap wartawan sebelumnya untuk melangsungkan tradisi. Sebab itu saya perlu buku ini, untuk melangsungkan tradisi kata.

    • An Autobiography of a Rebel (Kassim Ahmad/SIRD)
    An Autobiography of a Rebel oleh Kassim Ahmad

    Sosok kontroversi ini selalu menerujakan saya. Baik mendengar kisahnya atau membaca karyanya, Kassim Ahmad selalu mencabar dan menggoncang keselesaan pembaca.

    Terlalu banyak yang terjadi pada Allahyarham Kassim sepanjang hidupnya dan autobiografi ialah bentuk karya terbaik untuk mendalami kisahnya. Lebih-lebih lagi, ini merupakan buku autobiografi terakhir beliau.

    Buku ini juga dijual dengan harga murah di reruai Gerakbudaya, hanya RM10.

    • Masharakat Chantek: Enigma Penyisihan OKU (Mohd Rosli Ibrahim/Soeloeh Merdeka)
    Masharakat Chantek: Enigma Penyisihan OKU oleh Mohd Rosli Ibrahim

    Ini buku yang paling saya tunggu-tunggu. Apabila Rosli Ibrahim menulis buku, ia wajib dibeli jika mampu. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Isi hidup Rosli Ibrahim: membaca, bertanya dan bergelisah

    Rosli Ibrahim orang pertama yang membuka mata saya tentang hak OKU. Selama ini, isu OKU di kepala saya hanya berputar dalam topik simpati. Sejak itu, saya mengikuti rapat penulisan Rosli di media sosial sebelum akhirnya kami berjumpa dan berkawan; menjadi adik-abang yang galak meneroka pemikiran masing-masing.

    Masharakat Chantek boleh jadi himpunan buah fikir Rosli Ibrahim tentang isu OKU, atau mungkin ia sebenarnya luahan hati yang terselindung di sebalik idea-idea. Jawapannya saya akan dapat apabila selesai membaca kelak. – RELEVAN

    buku featured PBAKL pendidikan
    Artikel Terkini

    ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

    May 12, 2025

    Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

    May 7, 2025

    Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

    May 6, 2025

    Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

    May 2, 2025

    Apa erti bekerja dalam kehidupan?

    May 1, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.