Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Anak tidak mahu makan? 7 perkara ini boleh bantu ibu bapa pujuk mereka

    Anak tidak mahu makan? 7 perkara ini boleh bantu ibu bapa pujuk mereka

    By Umi FatehahApril 26, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Disebabkan tiada lagi pilihan lain dan terdesak mahu beri anak makan, ibu bapa pun terpaksalah memberi makanan yang sama berulang kali setiap hari. - GAMBAR HIASAN HUI SANG/UNSPLASH

    RAMAI ibu bapa boleh faham perasaan kecewa, sedih dan risau apabila anak kecil mereka enggan makan apa-apa yang dihidangkan. Ia mungkin bermula dengan perkara kecil seperti menolak sayur hijau yang tidak sedap dan akhirnya menolak sepinggan nasi.

    Anak-anak hanya mahu makan makanan yang spesifik sahaja seperti sepinggan nasi dan ayam goreng atau pasta carbonara. Disebabkan tiada lagi pilihan lain dan terdesak mahu beri anak makan, ibu bapa pun terpaksalah memberi makanan yang sama berulang kali setiap hari. 

    Hati ibu ini risau bukan mahu mengenyangkan anak sahaja, malah mahu memastikan makanan yang mereka ambil seimbang demi tumbesaran. 

    Walau apa pun masalahnya, anda tidak sepatutnya memaksa kanak-kanak untuk makan. Pendekatan yang lebih baik ialah cuba memasukkan sekurang-kurangnya satu makanan pilihan yang sihat pada setiap hidangan sambil menawarkan makanan lain.

    Anda boleh membenarkan mereka makan (atau meletakkan) hanya apa yang mereka suka di atas pinggan. Mereka mungkin mengetepikan nasi dan sayuran, tetapi makan ayam dengan berselera. Kuncinya ialah menyediakan pelbagai jenis makanan dan memastikan masa makan yang positif.

    Bagi ibu bapa yang mengalami masalah ini, berikut ialah tujuh perkara yang boleh dilakukan untuk memupuk anak-anak makan tanpa memilih.

    1. Hadkan gangguan ketika makan

    Kehadiran tablet, telefon pintar dan televisyen akan menyebabkan kanak-kanak hilang minat untuk makan. 

    Walaupun ia mungkin kelihatan seperti cara untuk membuat mereka senyap dan tidak meragam, adalah lebih baik untuk mengehadkan penggunaan peranti elektronik dan gangguan lain semasa makan. Anda juga dilarang memegang telefon pada waktu makan. Tunjukkan contoh yang baik untuk anak-anak ikuti.

    Dengan menumpu kepada makanan, perbualan dan ikatan keluarga, mungkin lebih mudah untuk anak anda makan. Selain itu, pastikan ruang makan adalah santai dan setiap orang mempunyai ruang untuk menikmati hidangan mereka. Gunakan alternatif seperti kerusi yang sesuai dengan anak supaya mereka selesa di meja.

    1. Saiz hidangan yang bersesuaian

    Mungkin masalahnya bukan kerana anak anda enggan makan, sebaliknya mereka enggan menghabiskan semua makanan di pinggan mereka. 

    Ingat, kanak-kanak tidak memerlukan makanan sebanyak orang dewasa. Jika anda meletakkan terlalu banyak makanan di atas pinggan mereka, anak-anak mungkin tidak dapat menghabiskannya. 

    Ini bukan kerana mereka tidak mahu makan tetapi kerana mereka kenyang. Cuba letakkan bahagian yang lebih kecil di hadapan si kecil anda. 

    Mereka juga mungkin tidak lapar. Kanak-kanak boleh mengalami perubahan besar dalam selera makan mereka sepanjang hari atau bahkan dari hari ke minggu. 

    1. Elak makan sebelum waktu tidur anak

    Dalam keadaan mereka mengantuk dan meragam, agak sukar memujuk anak-anak untuk makan. Oleh itu, jangan jadualkan makanan terlalu dekat dengan waktu tidur. Ini juga membawa maksud mereka tidak diwajibkan untuk makan pada waktu yang sama seperti ahli keluarga lain. 

    1. Elakkan tekanan pada waktu makan

    Memaksa, menekan atau menjerit kepada kanak-kanak untuk makan tidak membantu keadaan. Sebaik sahaja mereka marah atau mula menangis, peluang mereka untuk makan akan menipis. Oleh itu, walaupun anda mungkin mahu menggalakkan anak-anak makan, jangan terlalu menekan mereka.

    1. Ajak anak masak bersama sekiranya bersesuaian

    Walaupun ramai kanak-kanak kecil menyukai makanan yang sama hari demi hari, kepelbagaian boleh menambahkan keseronokan pada hidangan. 

    Ajak anak anda membantu anda memilih makanan baharu untuk dicuba. Galakkan mereka untuk membantu dengan perancangan, membeli-belah dan ketika memasak. Jika mereka membantu menyediakan hidangan, mereka mungkin lebih teruja untuk makan.

    1. Kurangkan memberi snek

    Sesetengah kanak-kanak enggan makan apabila mereka mempunyai terlalu banyak makanan ringan atau minuman pada siang hari. Mereka mempunyai perut yang lebih kecil, jadi ia tidak mengambil masa yang lama untuk mereka menjadi kenyang.

    Jika kanak-kanak tidak berasa lapar pada waktu makan, mereka kurang berkemungkinan untuk makan. Oleh itu, elakkan memberi snek dengan terlalu kerap.

    1. Fahamkan gaya pemakanan anak anda

    Bergantung kepada gaya pemakanan anak anda, mereka mungkin memerlukan lebih atau kurang makanan pada waktu yang berbeza dalam sehari. 

    Jadi, walaupun anak anda mungkin enggan makan pada waktu makan malam, mereka mungkin makan dalam kuantiti yang lebih banyak untuk sarapan pagi atau makan tengah hari. – RELEVAN

    anak featured ibu bapa kesihatan makanan pendidikan tidak mahu makan
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.