Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    • Masa untuk bercuti
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025
    • Kewangan

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025
    • Pendidikan

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kawal nafsu shopping sebelum pokai

    Kawal nafsu shopping sebelum pokai

    By Umi FatehahApril 22, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MEMBELI-belah telah menjadi lebih daripada sekadar tugas untuk membeli barangan berkepentingan, ia sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan kebanyakan daripada kita.

    Apa yang bermula sebagai aktiviti sekali-sekala sudah menjadi rutin yang didorong oleh pelbagai pengaruh. Bermula dengan kemudahan membeli-belah dalam talian kepada tarikan pilihan yang tidak berkesudahan, tabiat membeli-belah telah berubah dengan ketara. 

    Walau bagaimanapun, tingkah laku ini tidak selalunya bermanfaat untuk kewangan kita. Kebenaran mungkin menyakitkan tetapi penting untuk kita kawal perbelanjaan agar kestabilan kewangan lebih terjamin. 

    Lainlah kalau kita mempunyai kekayaan yang tujuh keturunan pun tak habis. Hakikatnya, kita hanya manusia biasa yang perlu bekerja keras dan menunggu hari gaji untuk berasa selesa membeli keperluan dan melayan kehendak.

    Berikut ialah panduan untuk mengawal nafsu membeli-belah agar tidak pokai sebelum hari gaji.

    1. Tetapkan had dan berbelanja dalam bajet yang ditentukan

    Tetapkan bajet adalah elemen penting untuk perancangan kewangan yang cekap. Bajet dapat membantu anda menjejaki perbelanjaan, mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan menambah baik aliran tunai. 

    Susun rancangan perbelanjaan dengan menyenaraikan barangan keperluan seperti makanan, barangan runcit, utiliti dan kenderaan. Kemudian, senaraikan juga barangan kehendak mengikut budi bicara dan pertimbangan seperti seperti hiburan, makan di kafe dan sebagainya.

    Belanjawan ialah langkah pertama untuk membantu mengawal perbelanjaan anda. Sekiranya anda tidak mempunyai rekod perbelanjaan, ini akan meningkatkan kecenderungan untuk berbelanja berlebihan.

    1. Elak berbelanja secara impulsif

    Perbelanjaan impulsif merujuk kepada perbelanjaan melulu atau tidak dirancang. Perbelanjaan sedemikian sentiasa berada di luar rancangan dan bajet. Ia menghalang anda daripada merealisasikan matlamat kewangan.

    Elakkan perbelanjaan sedemikian dan sentiasa cuba mengalih perhatian dengan melakukan perkara lain untuk mengelakkan daripada berbelanja secara impulsif.

    1. Nyahlanggan emel beli-belah dalam talian

    Sekiranya anda pernah memuat turun aplikasi beli belah seperti Zalora, Shein dan sebagainya, pasti anda pernah menerima emel promosi, diskaun atau keluaran pakaian terbaharu bukan?

    Walaupun emel sebegini berfaedah kerana ia membantu anda mendapatkan tawaran beli-belah yang baik, anda dibenarkan untuk kekal melanggannya hanya jika anda tahu mengawal nafsu membeli-belah.

    Sekiranya anda mudah terpengaruh, seeloknya nyahlanggan atau unsubscribe sahajalah emel aplikasi beli-belah. 

    Kebanyakan orang terbawa-bawa oleh emel sebegitu dan tergoda membeli barangan yang tidak diperlukan hanya kerana diskaun. Ingat, barang yang dijual dan ada potongan harga tidak semestinya perlu dibeli.

    1. Fikir sebelum beli

    Jika sedang membeli-belah di pusat membeli-belah dan menemui barang yang menarik tetapi agak mahal dan bukan keperluan, luangkan masa untuk berfikir sama ada benar-benar memerlukannya atau tidak.

    Keluar dari kedai dan luangkan sedikit masa untuk menganalisis jika anda boleh hidup tanpa barang itu buat beberapa tempoh. Jika ya, tangguhkan pembelian dan menabung sebelum membelinya.

    Sama juga sekiranya membeli-belah secara dalam talian. Tunggu sekurang-kurangnya dua minggu. Jika anda berada dalam situasi yang memerlukan barang tersebut dan mempunyai bajet, dipersilakan beli. Pastikan ia bukanlah satu pembelian yang akan menimbulkan rasa menyesal di kemudian hari. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025

    5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

    December 9, 2025
    Artikel Terkini

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.