TANGGAL 16 Oktober lalu, genap 20 tahun usia ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) di Putrajaya yang menggegarkan dunia. Beberapa minggu sebelum peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri keempat, Dr. Mahathir menyampaikan ucapan pembukaan persidangan tersebut lalu meletakkan namanya, entah untuk ke berapa kali, di tajuk-tajuk berita dunia. Dua baris ucapannya dipetik dan dilabel sebagai anti-Semitik: “Hari ini orang Yahudi memerintah dunia dengan proksi. Mereka mendapatkan orang lain untuk berjuang dan mati untuk mereka.” Kritik Islam Sebenarnya, ucapan penuh Dr. Mahathir ketika itu lebih banyak mengkritik umat Islam berbanding kaum Yahudi. Sejak awal ucapan, beliau telah…
KU SYAFIQ KU FOZI
AMARAN: Artikel ini mengandungi perincian yang mungkin memberi tekanan dan mengganggu fikiran individu tertentu. Jika anda tidak bersedia membaca kandungan tentang kekejaman perang, pembunuhan dan serangan tentera, jangan teruskan bacaan. APA yang berlaku di Palestin ketika ini tidak boleh dihadam dengan logik minda. Tindak-tanduk rejim Zionis tak seperti manusia biasa: tubuhnya orang, akalnya binatang, hatinya syaitan. Membaca berita-berita jelik tentang apa yang berlaku membuatkan kita marah dan sedih. Dalam tidak sedar, kita juga keliru kerana sikap Zionis yang begitu kejam terkeluar dari radar kemanusiaan yang kita fahami. Konflik di Semenanjung Gaza bukan sekadar sengketa antara dua negara (kita juga tidak…
REFORMASI ekonomi yang mahu dilaksanakan kerajaan melalui Belanjawan 2024 adalah bertunjangkan dua usaha, iaitu pelaksanaan subsidi bersasar dan peluasan asas hasil. Ini penting memandangkan pemberian subsidi pukal yang diamalkan sebelum ini telah menyebabkan hutang dan liabiliti kerajaan menjangkau RM1.5 trilion atau 82 peratus berbanding Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Sehubungan itu, usaha merasionalisasikan subsidi perlu bermula seawal mungkin bagi memastikan perbelanjaan yang berkesan dan cekap, bukan hanya memanfaatkan golongan yang kaya dan berpendapatan tinggi. Selain itu, kerajaan juga perlu memandang dari sudut hasil. Malaysia memungut cukai antara yang terendah di Asia Tenggara, iaitu 11.8 peratus daripada KDNK berbanding Singapura (12.6…
INISIATIF Payung Rahmah yang dicetuskan oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub akan diteruskan dan diperkasa dalam Belanjawan 2024. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan Payung Rahmah akan diteruskan pada tahun hadapan dengan peruntukan RM200 juta. Antara inisiatif yang bakal diteruskan ialah Program Jualan Rahmah yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga sehingga 30 peratus lebih rendah yang akan akan diperluas ke lebih banyak kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara. “Program Pasar Rahmah yang menawarkan insentif kepada 1.2 juta pengusaha pasar borong, pasar malam dan pasar tani juga diteruskan bagi mengurangkan kos perniagaan sekali gus dapat menurunkan…
PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menubuhkan ‘kerajaan peperangan’ sebagai persiapan untuk menjarah Semenanjung Gaza, susulan konflik yang mendadak tegang selepas Hamas melancarkan serangan ke atas Israel beberapa hari lalu. Lapor The Times UK, Netanyahu akan disertai pemimpin pembangkang, Benny Gantz dan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant sebagai ketua kerajaan perpaduan tersebut. Pihak tentera Israel telah mengumumkan Semenanjung Gaza sebagai zon terlarang untuk individu bukan tentera. Mereka turut mengumumkan bahawa ribuan tentera sudah bersedia untuk menjalankan misi penjarahan sebaik arahan diturunkan. Sementara itu, menurut kemas kini peristiwa oleh Al-Jazeera pada 12 Oktober, Israel telah meletakkan Gaza di bawah kepungan penuh dengan menghentikan bekalan…
SIKAP ahli politik yang tiada keberanian untuk mengambil langkah tidak popular adalah punca ekonomi Malaysia berada pada kedudukannya sekarang. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ahli politik lebih suka ambil jalan selamat bagi memastikan mereka kekal di puncak kuasa selama mungkin. Contohnya, pengenalan subsidi pukal untuk mengekalkan harga barang pada tahap rendah secara buatan (artificial) dan terus menambah subsidi apabila rakyat marah. “Kita tidak mahu ambil jalan yang lebih sukar tetapi perlu seperti membina pangkalan data kebangsaan, mengambil risiko dengan memperkenalkan sistem subsidi bersasar dan melihat perkiraan yang berbeza, iaitu gaji. “Akhirnya, ini kerajaan pertama yang meletakkan komitmen kepada reformasi struktur…
TOKO Buku Rakyat yang terletak di Tingkat 2, Wisma Central banyak menghidangkan buku-buku beraliran kiri dari Indonesia. Itu keunikan utama yang membawa orang datang ke ruang kecilnya. Benz Ali faham makna alternatif yang memang selalu menjadi identiti golongan kiri. Prinsipnya: buat apa jual buku yang ada di kedai buku lain? Toko Buku Rakyat hadir sebagai alternatif kepada kedai-kedai buku lain. Mungkin pilihan buku yang paling hampir dengannya ialah Gerak Budaya tetapi ada juga buku yang tiada di Gerak Budaya, ada di Toko Buku Rakyat. “Untuk ekosistem, lebih baik begitu. Kalau semua kedai jual buku sama, tak seronoklah. “Bagi kami, kelainan…
PEMBENTANGAN Belanjawan 2024 pada 13 Oktober ini diharap dapat melibatkan usaha membantu rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri. Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, keluarga yang mampu memiliki rumah sendiri dapat menghindarkan diri dari pelbagai kesan buruk, termasuk kehilangan pendapatan dan kemerosotan pendidikan untuk anak-anak. Katanya, menjadi harapan industri hartanah agar kerajaan meletakkan komitmen baharu terhadap usaha tersebut dalam Belanjawan 2024. “Untuk mempunyai kewangan yang stabil, sebuah keluarga perlukan empat perkara: pendapatan yang kukuh, perbelanjaan yang rendah, kemampuan menyimpan untuk masa hadapan dan keselamatan dalam rumah masing-masing. “Pemilikan rumah membantu…
INDUSTRI buku menyumbang berbilion ringgit kepada ekonomi negara. Kerja menulis, menyunting, mencetak, mereka letak sehingga menjual buku mewujudkan pekerjaan malah memberi keuntungan kepada pemilik setiap tahun. Itu manfaat yang ‘seksi’ dalam ekonomi: menyumbang wang, mencipta pekerjaan dan membawa keuntungan. Dari segi ilmu, ia lebih unggul. Buku menjadi alat untuk menyebarkan ilmu, mempropaganda agenda dan mengagih manfaat seni. Tanpa buku, ketamadunan luput bersama jasad pemikirnya. Rantaian pengetahuan terputus dan kemajuan menjadi mustahil. Seperti industri lain, buku juga punya ekosistem yang bergerak dalam kitaran. Setiap komponen ekosistem memainkan peranannya tersendiri; seperti cakera-cakera gear yang saling memerlukan, termasuk cakera kecil. Sebab itu Relevan mahu…
TIBA-tiba popular semula lagu Nur Nilam Sari apabila ia dijadikan bahan gurau warganet. Liriknya diubah dari “pinjam sinarmu Nur Nilam Sari” kepada “pinjam seratus Nur Nilam Sari”. Kelakar tetapi harapnya kelakar itu tak sampai menghakis nilai seni pada lagu tersebut. Ia antara karya terbaik M. Nasir (sebagai komposer bersama Search) dan Loloq. Liriknya dipenuhi kata-kata indah dan bermakna. Penghasilannya juga istimewa kerana dicipta khas untuk album kolaborasi antara kugiran dan vokalis terkenal, Search dan Awie. Meluruskan fakta Ada beberapa karangan tular yang lirik Nur Nilam Sari ditulis setelah penulisnya, Loloq melihat kesedihan M. Nasir akibat pemergian isterinya, Junainah Johari. Fakta…