Facebook Twitter
    Trending
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Maksud lirik Nur Nilam Sari, bukan lagu untuk arwah isteri pertama M. Nasir

    Maksud lirik Nur Nilam Sari, bukan lagu untuk arwah isteri pertama M. Nasir

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 2, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LIRIK Nur Nilam Sari diubah sebagai gurauan warganet.

    TIBA-tiba popular semula lagu Nur Nilam Sari apabila ia dijadikan bahan gurau warganet. Liriknya diubah dari “pinjam sinarmu Nur Nilam Sari” kepada “pinjam seratus Nur Nilam Sari”.

    Kelakar tetapi harapnya kelakar itu tak sampai menghakis nilai seni pada lagu tersebut.

    Ia antara karya terbaik M. Nasir (sebagai komposer bersama Search) dan Loloq. Liriknya dipenuhi kata-kata indah dan bermakna.

    Penghasilannya juga istimewa kerana dicipta khas untuk album kolaborasi antara kugiran dan vokalis terkenal, Search dan Awie.

    Meluruskan fakta

    Ada beberapa karangan tular yang lirik Nur Nilam Sari ditulis setelah penulisnya, Loloq melihat kesedihan M. Nasir akibat pemergian isterinya, Junainah Johari.

    Fakta ini sebenarnya salah kerana menurut penyanyinya, Datuk Awie, Junainah pergi sehari selepas dia selesai merakamkan trek vokal untuk lagu tersebut. Maknanya, lirik lagu itu sudah siap lebih awal. 

    Nama Nur Nilam Sari yang diabadikan sebagai tajuk lagu tersebut memang merupakan nama anak terakhir M. Nasir bersama Junainah. Nur Nilam Sari merupakan satu-satunya anak perempuan pasangan tersebut selepas dikurniakan empat putera, iaitu Ilham, Yasin, Hidayat dan Syafi’i.

    Lebih tepat jika kita katakan, lagu Nur Nilam Sari dicipta khas untuk menyambut kelahiran puteri M. Nasir dan Junainah. Untuk mengatakan ia lagu yang khusus untuk Junainah, faktanya tidak lurus.

    Ada satu lagi lagu M. Nasir yang dispekulasikan sebagai lagu penghargaan untuk Junainah, iaitu Hijab Kekasih yang liriknya juga ditulis oleh Loloq (yang menggunakan nama Seth). Lagu ini dimuatkan dalam album Phoenix Bangkit (2001).

    Namun, ia masih pada tahap spekulasi kerana lirik itu sendiri ditulis dengan banyak lapis makna. Ia boleh ditafsir pada tahap hubungan manusia sesama manusia mahupun manusia dengan tuhan.

    Lapis makna

    Untuk meletakkan satu makna muktamad pada sesebuah lirik bukanlah mudah, terutamanya jika lirik itu ditulis dengan bahasa yang sukar difahami dan makna yang kabur. 

    Lebih selamat jika apa-apa tafsiran yang dibuat kekal sebagai tafsiran sendiri tanpa kita cuba mendakwa ia makna sebenar yang mahu disampaikan oleh penulis.

    Lebih-lebih lagi jika lirik itu ditulis karyawan seperti Loloq yang terkenal dengan penulisan lirik berlapis makna. Apa niat asal dia menulis atau makna sebenar yang mahu disampaikan sudah terkubur bersama jasadnya, kecuali jika ada dicatatkan atau diceritakan semasa hayatnya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Keistimewaan lirik dan peribadi Loloq

    Begitu yang terjadi dalam lirik Nur Nilam Sari. Ada fakta yang kita boleh sahkan: Nur Nilam Sari memang nama anak M. Nasir. Namun untuk mentafsir secara berlebihan sehingga menduga niat lirik itu ditulis tanpa maklumat sahih, eloklah dielakkan.

    Apa maksud lirik Nur Nilam Sari?

    Nur Nilam Sari merupakan lagu ciptaan M. Nasir dan Search dan liriknya ditulis oleh Loloq. Lagu ini dimuatkan dalam album Bikin Wilayah (1998), album kolaborasi khas Search dan Awie yang mengandungi 10 trek.

    Secara keseluruhannya, lirik lagu ini membawa tema pencarian makna. Relevan melihat lirik ini membawa cerita berakhirnya sengsara seseorang yang berjaya menemui makna hidupnya.

    Jika kerangka makna lagu ini dilihat dalam perspektif kesyukuran M. Nasir menyambut kelahiran puteri pertamanya, maka Nur Nilam Sarilah makna hidup yang akhirnya ditemukan. 

    Namun, ia boleh juga diluaskan kepada makna hidup lain seperti agama atau pasangan hidup.

    Tema ini paling jelas diungkapkan dalam lirik nyanyian penyanyi latar pada pertengahan lagu, iaitu:

    “Peperangan yang melanda diriku kini sudah berakhir
    Oh berakhir
    Kepahitan dulu bertukar menjadi sebuah sejarah
    Dan kenangan manis”

    Krisis kewujudan

    Antara tema paling popular dalam karya seni sepanjang zaman ialah krisis kewujudan. Persoalan tujuan hidup dan pencarian makna digunakan para seniman sejak zaman klasik sehingga kini.

    Loloq juga tidak ketinggalan memasukkan tema ini dalam lirik nukilannya, termasuk dalam Nur Nilam Sari.

    ARTIKEL BERKAITAN: Mengulas Sedih Hati oleh Malique dari enam sudut

    Penggunaan imej seperti malam dan kabus boleh ditafsirkan sebagai kekeliruan dan kekaburan minda. Watak dalam lirik ini digambarkan sedang tidak tentu arah hidup dan mengharapkan sinar dari Nur Nilam Sari untuk bertemu jalan sebenar.

    Meneroka sengsara

    Watak dalam lirik ini digambarkan berada dalam kesengsaraan tetapi masih mensyukuri kesukaran hidupnya. 

    Ini dapat dilihat dalam dua baris terakhir rangkap korus:

    “Namun kumasih gembira
    Bagiku rahmat semuanya”

    Ini menunjukkan kesengsaraan dan ujian hidup boleh dilihat sebagai rahmat atau nikmat. Tafsiran ini lebih bersifat kerohanian kerana dalam amalan beragama, ujian dilihat sebagai peringatan dari Tuhan untuk manusia kembali ke jalan-Nya.

    Hal ini lebih jelas dalam rangkap ini:

    “Oh mungkin kalau nasibku berbeza
    Aku tak mampu menilaikan dikau”

    Ia boleh ditafsir sebagai situasi hipotetikal: tanpa ujian, kita kurang bersyukur. Dan jika mahu dilanjutkan, sengsara boleh menjadi rahmat dan kesenangan boleh menjadi beban.

    M. Nasir ada meneroka persoalan ini dalam lirik tulisannya, Balada Seorang Teman (album Sang Pencinta, 2006). Tulisnya:

    “Tak cukup kau hempapkan beban kenikmatan ini padaku
    Sedang kautahu tahap mana ketahananku”

    Secara rumusannya, pada lapis makna yang jelas, lirik Nur Nilam Sari membawa maksud kesengsaraan seseorang yang berakhir selepas dia bertemu makna hidupnya.

    Tafsiran yang lebih mendalam boleh dibuat kerana banyak ayat yang digunakan dalam lirik ini membawa maksud yang mungkin spesifik dalam bidang ilmu tertentu, seperti “melaraskan jiwa” dan “menyusuk ke arah asalku”. 

    Namun, Relevan serahkan kepada yang pakar untuk membuat tafsiran sebegitu. – RELEVAN

    Previous ArticleHari Warga Emas Sedunia: Jaga kesihatan demi kehidupan sejahtera
    Next Article ‘Superbanana’ atasi kekurangan zat makanan dan vitamin

    Artikel berkaitan

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026
    Artikel Terkini

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.