Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 20 tahun selepas “Yahudi memerintah dunia dengan proksi”

    20 tahun selepas “Yahudi memerintah dunia dengan proksi”

    By October 19, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DR. MAHATHIR ketika menyampaikan ucapannya di Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam pada 2003. - TANGKAP LAYAR VIDEO AP ARCHIVE

    TANGGAL 16 Oktober lalu, genap 20 tahun usia ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) di Putrajaya yang menggegarkan dunia.

    Beberapa minggu sebelum peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri keempat, Dr. Mahathir menyampaikan ucapan pembukaan persidangan tersebut lalu meletakkan namanya, entah untuk ke berapa kali, di tajuk-tajuk berita dunia.

    Dua baris ucapannya dipetik dan dilabel sebagai anti-Semitik: “Hari ini orang Yahudi memerintah dunia dengan proksi. Mereka mendapatkan orang lain untuk berjuang dan mati untuk mereka.”

    Kritik Islam

    Sebenarnya, ucapan penuh Dr. Mahathir ketika itu lebih banyak mengkritik umat Islam berbanding kaum Yahudi.

    Sejak awal ucapan, beliau telah membangkitkan isu negara-negara Islam yang tidak bersatu, perpecahan sektarian, kecenderungan ke arah keganasan dan umat Islam yang ketinggalan dalam perlumbaan intelektual.

    Namun, dalam menyampaikan hujahnya bahawa umat Islam sebenarnya mempunyai kekuatan yang besar, beliau membuat perbandingan dengan kaum Yahudi yang hanya berjumlah kira-kira enam juta orang selepas separuh populasinya dibunuh Eropah dalam Perang Dunia Kedua.

    Ketika itu beliau menyatakan pandangan kontroversi bahawa Yahudi dalam jumlah yang kecil, boleh memerintah dunia melalui proksi.

    ARTIKEL BERKAITAN: Perang Israel-Gaza di mata anak Palestin

    Beliau malahan memuji kaum Yahudi selepas itu, yang bangkit dari penindasan menggunakan akal, bukan fizikal.

    “Kita berhadapan musuh yang berfikir. Mereka mengharungi penganiayaan selama 2,000 tahun bukan dengan melawan semula, tetapi berfikir.

    “Mereka mencipta dan berjaya mempromosi sosialisme, komunisme, hak asasi dan demokrasi supaya penganiayaan terhadap mereka dilihat salah, supaya mereka dapat menikmati hak yang saksama dengan yang lain.

    “Dengan ini, mereka dapat mengawal negara-negara paling kuat dalam dunia dan mereka, komuniti yang kecil ini, menjadi kuasa dunia.

    “Kita tidak boleh melawan mereka dengan kekuatan fizikal sahaja. Kita perlu guna akal juga,” katanya.

    Anti-Semitik

    Ucapan tersebut segera tersebar melalui laporan berita di seluruh dunia dengan kecaman demi kecaman datang bersilih ganti.

    Dr. Mahathir digelar pemimpin yang anti-Semitik, yang menggalakkan kekerasan ke atas kaum Yahudi.

    Menteri Luar Itali, Franco Frattini yang mewakili Kesatuan Eropah menyifatkan ucapan beliau sebagai sangat ofensif, sangat anti-Semitik dan sangat bertentangan dengan konsep prinsip toleransi, dialog dan kesefahaman antara dunia Barat dengan Islam.

    Jurucakap Kementerian Luar Israel, Jonathan Peled yang dipetik CNN berkata, ucapan beliau “memarakkan kebencian dan kesalahfahaman”.

    Melalui CNN juga, pegawai tinggi Amerika Syarikat dipetik menyeru ketua semua agama dan kepercayaan untuk mengutuk ucapan beliau.

    Ucapan tersebut juga mendorong penggubalan Akta Kajian Semula Anti-Semitisme Global 2004 di Amerika Syarikat.

    Kukuh prinsip

    Walaupun menerima kecaman dari seluruh dunia, Dr. Mahathir tegas dengan pendiriannya bahawa kaum Yahudi memerintah dunia melalui jaringannya dengan kuasa-kuasa besar dunia.

    Pada 2012, beliau mendakwa semua calon Presiden Amerika Syarikat (AS) perlu mendapatkan pengiktirafan daripada Israel.

    Pada 2014, beliau lebih sinis. Mungkin untuk membalas label anti-Semitik yang dipahat pada namanya di pentas antarabangsa, Dr. Mahathir berkata, orang Arab juga Semitik.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kekejaman Israel terhadap Palestin

    Tetapi Yahudi fikir mereka begitu istimewa – kaum yang dipilih Tuhan – maka sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dan mengkritik kekejaman mereka akan digelar anti-Semitik, seperti mereka satu-satunya kaum Semitik dalam dunia.

    Selama lebih sedekad, Dr. Mahathir ditekan untuk mengakui ucapannya itu tidak wajar tetapi tidak pernah sekali dia tunduk.

    Di Oxford Union, dalam wawancara bersama media antarabangsa, beliau terus tegas dengan pendirian bahawa Israel adalah punca pelbagai konflik dunia.

    Terang dan bersuluh, Israel pengganas

    Pada 12 Oktober lalu, Dr. Mahathir muncul dengan video ulasannya tentang konflik antara Israel dengan Palestin yang berlaku sekarang.

    Beliau sekali lagi dengan tegas berkata, dalam konflik itu, Israel ialah pengganas walaupun rejim itu cuba mendakwa sebaliknya.

    “Di waktu ini juga, kita menjadi saksi kepada tindakan Israel yang berusaha mengatasi keganasan yang mereka tuduh dilakukan oleh Hamas.

    “Jika kita renung kembali, Israel yang sebenarnya sebuah negara pengganas yang telah berdekad lamanya melakukan keganasan ke atas orang Palestin tanpa rasa bersalah atau sebarang kekesalan.

    “Mereka membunuh kanak-kanak dan bayi orang Palestin kerana kononnya kanak-kanak dan bayi ini membesar dan jadi pengganas. Dengan alasan tersebut mereka terus melakukan pembunuhan ke atas bayi dan kanak-kanak Palestin,” katanya.

    Tidak ramai pemimpin yang cukup tegas dan berani menghuraikan punca sebenar konflik di negara-negara Arab seperti Dr. Mahathir. Pandangannya kontroversi di mata Barat dan Israel tetapi analisisnya sukar digugah.

    Mungkin ada kelemahan: mengitlak seluruh kaum Yahudi sebagai bangsa pengganas dan tidak membezakan Yahudi dengan mereka yang memegang fahaman Zionisme sangat canggung dan tidak adil di mata dunia.

    Namun, ucapannya 20 tahun lalu akan terus dikenang dan direnung. Sebagaimana ia menggegar dunia pada 2003, sebegitulah penting untuk kebenarannya dirungkai.

    Seperti yang berlaku pada 18 Oktober, usaha Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghentikan sementara konflik di Gaza bagi membolehkan bantuan kemanusiaan masuk diveto Amerika Syarikat.

    Adakah benar kaum Yahudi memerintah dunia dengan proksi, seterusnya menghalalkan segala tindakan ganas Israel terhadap Palestin? – RELEVAN

    Dr. Mahathir featured Israel Palestin pendidikan Yahudi
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.