Facebook Twitter
    Trending
    • 8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan
    • 5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama
    • Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya
    • 5 album yang berusia 10 tahun pada 2023
    • 7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’
    • 7 cara memperkuat ingatan 
    • Malas bekerja? 7 tip ini untuk anda, nombor 5 paling menarik
    • Alergi makanan boleh bawa maut, kenali punca dan gejala  
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’

      November 27, 2023

      Alergi makanan boleh bawa maut, kenali punca dan gejala  

      November 23, 2023

      8 petanda stres pada kulit muka selain jerawat

      November 21, 2023

      Populariti merkuri dalam kecantikan, sebab dan kesan buruknya

      November 20, 2023

      7 fakta mengejutkan tentang senyuman, rugi tak senyum  

      November 17, 2023
    • Kewangan

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      1 daripada 3 rakyat Malaysia tidak celik kewangan

      November 22, 2023

      6.3 juta bersara dengan RM42 sebulan, ini kelemahan lain perlindungan sosial warga emas di Malaysia

      November 21, 2023

      5 cara terbaik selesaikan bayaran hutang

      November 21, 2023

      Ekonomi Malaysia berkembang 3.3% pada suku ketiga, dijangka capai 4% sepanjang tahun

      November 17, 2023
    • Pendidikan

      8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

      November 28, 2023

      5 album yang berusia 10 tahun pada 2023

      November 27, 2023

      7 cara memperkuat ingatan 

      November 24, 2023

      Kes perceraian meningkat 43.1% pada 2022, paling banyak libatkan pasangan berumur 30-39 tahun

      November 23, 2023

      5 cara untuk menjadi lebih bijak

      November 16, 2023
    • Kerjaya

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya

      November 28, 2023

      Malas bekerja? 7 tip ini untuk anda, nombor 5 paling menarik

      November 24, 2023

      5 sebab penting meraikan kejayaan pekerja

      November 22, 2023

      Jumlah siswazah menganggur berkurang, peningkatan tinggi dalam kategori majikan dan bekerja sendiri

      November 20, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kekejaman Israel terhadap Palestin

    Kekejaman Israel terhadap Palestin

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 17, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ISRAEL bukan hanya menyasarkan pasukan tentera, malah mahu menghancurkan segala yang ada di Gaza.

    AMARAN: Artikel ini mengandungi perincian yang mungkin memberi tekanan dan mengganggu fikiran individu tertentu. Jika anda tidak bersedia membaca kandungan tentang kekejaman perang, pembunuhan dan serangan tentera, jangan teruskan bacaan.

    APA yang berlaku di Palestin ketika ini tidak boleh dihadam dengan logik minda. Tindak-tanduk rejim Zionis tak seperti manusia biasa: tubuhnya orang, akalnya binatang, hatinya syaitan.

    Membaca berita-berita jelik tentang apa yang berlaku membuatkan kita marah dan sedih. Dalam tidak sedar, kita juga keliru kerana sikap Zionis yang begitu kejam terkeluar dari radar kemanusiaan yang kita fahami.

    Konflik di Semenanjung Gaza bukan sekadar sengketa antara dua negara (kita juga tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai negara), sebaliknya ancaman terhadap perikemanusiaan dan pelanggaran besar-besaran terhadap hak asasi manusia.

    Kita tak perlu identiti agama, bangsa atau warganegara untuk membenci apa yang berlaku.

    Dalam tempoh kurang sebulan konflik yang mendadak tegang antara Israel-Palestin, sudah banyak perkara jelik dan kejam dilakukan Israel.

    Relevan senaraikannya di bawah. Ini hanya kekejaman dan kejelikan yang dapat disahkan melalui laporan pelbagai agensi berita dari seluruh dunia. Yang tiada pengesahan atau belum dilaporkan tidak dapat dipastikan lagi.

    •  Halau dan bunuh

    13 Oktober lalu, Israel memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya memindahkan sejumlah 1.1 juta orang awam di Semenanjung Gaza ke selatan wilayah itu.

    Ini berikutan serangan darat yang akan dilakukan rejim itu di Gaza, selepas mereka mengumumkan perang habis-habisan terhadap Hamas.

    Yang menjelikkan, selepas arahan itu dikeluarkan, tentera Israel mengebom konvoi orang awam Palestin yang dalam perjalanan ke selatan Gaza, seperti yang diarahkan mereka sendiri.

    Mereka halau orang keluar dari rumah sendiri, kononnya untuk menyelamatkan orang awam dari bahana perang, kemudian mereka bunuh mereka yang sedang lari keluar. Kejam.

    Menurut BBC yang menyelidik kesahihan video yang tersebar, kira-kira 12 orang terkorban – dalam satu video sahaja – yang kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak.

    • Gelar Hamas “manusia binatang”

    Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant dirakam berucap di hadapan tenteranya dan menggelar kumpulan penentang dari Palestin, Hamas sebagai “manusia binatang”. 

    Dalam ucapan sama, dia turut berkata tenteranya akan memusnahkan segala yang ada di Gaza.

    Ironi, menggelarkan pihak lain binatang sambil mengumumkan kebinatangan sendiri.

    • Putuskan bekalan di Gaza

    Sebaik sahaja Israel diserang Hamas pada 7 Oktober, rejim itu bertindak balas dengan memutuskan bekalan bahan bakar, elektrik, air dan makanan kepada Gaza. Ini termasuk untuk kemudahan penting seperti hospital.

    Al-Jazeera menyifatkan tindakan itu sebagai “bencana kemanusiaan”. Pihak berkuasa Gaza menggelar tindakan itu sebagai “jenayah terkotor terhadap orang awam dalam sejarah moden”.

    Tindakan itu menyebabkan 2.3 juta penduduk Gaza hidup dalam kegelapan dan terputus semua kemudahan.

    • Lumpuhkan hospital

    Pada 14 Oktober, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengeluarkan kenyataan bahawa arahan pengosongan oleh Israel untuk hospital di utara Gaza adalah “hukuman mati” terhadap pesakit di hospital-hospital tersebut.

    Bukan sahaja beberapa hospital diputuskan bekalan dan dibedil, hospital yang sudah beroperasi pada kapasiti maksimum juga dipaksa untuk dikosongkan dan pesakit dipindahkan ke selatan Gaza, yang hospitalnya juga sudah beroperasi pada tahap maksimum.

    Menurut WHO, pengarah dan pekerja hospital di utara Gaza kini berhadapan pilihan yang kejam: risikokan nyawa sendiri untuk kekal merawat pesakit di utara Gaza atau risikokan nyawa pesakit yang akan terputus bantuan perubatan ketika dipindahkan ke selatan.

    Malah, laporan dari agensi kemanusiaan PBB juga menyatakan bahawa bekalan bahan bakar yang diperlukan untuk menghidupkan penjana kuasa di hospital bakal kehabisan dalam tempoh 24 jam. – RELEVAN

    featured Israel luar negara Palestin pendidikan
    Artikel Terkini

    8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

    November 28, 2023

    5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

    November 28, 2023

    Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya

    November 28, 2023

    5 album yang berusia 10 tahun pada 2023

    November 27, 2023

    7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’

    November 27, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.