Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2024: Cukai perkhidmatan meningkat, cukai keuntungan modal diperkenal

    Belanjawan 2024: Cukai perkhidmatan meningkat, cukai keuntungan modal diperkenal

    By October 13, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KERAJAAN akan memperkenalkan cukai keuntungan modal pada 2024. - GAMBAR JABATAN PENERANGAN NEGARA

    REFORMASI ekonomi yang mahu dilaksanakan kerajaan melalui Belanjawan 2024 adalah bertunjangkan dua usaha, iaitu pelaksanaan subsidi bersasar dan peluasan asas hasil.

    Ini penting memandangkan pemberian subsidi pukal yang diamalkan sebelum ini telah menyebabkan hutang dan liabiliti kerajaan menjangkau RM1.5 trilion atau 82 peratus berbanding Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

    Sehubungan itu, usaha merasionalisasikan subsidi perlu bermula seawal mungkin bagi memastikan perbelanjaan yang berkesan dan cekap, bukan hanya memanfaatkan golongan yang kaya dan berpendapatan tinggi.

    Selain itu, kerajaan juga perlu memandang dari sudut hasil. Malaysia memungut cukai antara yang terendah di Asia Tenggara, iaitu 11.8 peratus daripada KDNK berbanding Singapura (12.6 peratus) dan Thailand (16.4 peratus).

    Ini mendorong kerajaan untuk melaksanakan beberapa langkah reformasi percukaian bagi meluaskan asas hasil negara, yang dalam masa sama tidak membebankan majoriti rakyat.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bertanggungjawab melaksanakan peluasan asas hasil tersebut sebagai langkah meningkatkan mutu perkhidmatan dan bantuan kepada rakyat.

    Justeru, berikut merupakan empat langkah yang diambil kerajaan bagi menjamin hasil yang lebih tinggi untuk negara tanpa membebankan rakyat terbanyak.

    • Cukai perkhidmatan

    Kerajaan bercadang menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding  enam peratus sebelum ini.

    Namun, kata Anwar, peningkatan tersebut tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi supaya tidak membebankan rakyat.

    Kerajaan juga akan meluaskan skop perkhidmatan bercukai meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke.

    • Cukai keuntungan modal

    Kerajaan juga akan menguatkuasakan pelaksanaan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024.

    Kata Anwar, kerajaan juga mempertimbangkan pengecualian cukai tersebut ke atas pelupusan saham berkaitan aktiviti tertentu seperti Tawaran Awam Permulaan (IPO) yang diluluskan, penstrukturan dalaman dan syarikat modal teroka, tertakluk kepada syarat ditetapkan.

    • Cukai barang bernilai tinggi

    Satu lagi cukai baharu yang akan diperkenalkan ialah cukai barang bernilai tinggi. Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan cukai tersebut pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang bernilai tinggi tertentu.

    Ini termasuk barang kemas dan jam tangan berdasarkan nilai ambang harga barangan.

    • Cukai minimum global

    Menurut Anwar, kerajaan perlu seiring dengan piawaian percukaian antarabangsa, khususnya dalam mengekang aktiviti penghakisan asas cukai dan pemindahan keuntungan ke negara yang mempunyai kadar cukai yang rendah.

    Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan dijangka akan melaksanakan cukai minimum global pada 2025 dan hanya terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan global sekurang-kurangnya 750 juta euro. – RELEVAN

    artikel pilihan Belanjawan 2024 cukai ekonomi featured kewangan
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.