Facebook Twitter
    Trending
    • Ajar anak cara congak
    • Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih
    • 8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan
    • 5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama
    • Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya
    • 5 album yang berusia 10 tahun pada 2023
    • 7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’
    • 7 cara memperkuat ingatan 
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih

      November 29, 2023

      7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’

      November 27, 2023

      Alergi makanan boleh bawa maut, kenali punca dan gejala  

      November 23, 2023

      8 petanda stres pada kulit muka selain jerawat

      November 21, 2023

      Populariti merkuri dalam kecantikan, sebab dan kesan buruknya

      November 20, 2023
    • Kewangan

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      1 daripada 3 rakyat Malaysia tidak celik kewangan

      November 22, 2023

      6.3 juta bersara dengan RM42 sebulan, ini kelemahan lain perlindungan sosial warga emas di Malaysia

      November 21, 2023

      5 cara terbaik selesaikan bayaran hutang

      November 21, 2023

      Ekonomi Malaysia berkembang 3.3% pada suku ketiga, dijangka capai 4% sepanjang tahun

      November 17, 2023
    • Pendidikan

      Ajar anak cara congak

      November 29, 2023

      8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

      November 28, 2023

      5 album yang berusia 10 tahun pada 2023

      November 27, 2023

      7 cara memperkuat ingatan 

      November 24, 2023

      Kes perceraian meningkat 43.1% pada 2022, paling banyak libatkan pasangan berumur 30-39 tahun

      November 23, 2023
    • Kerjaya

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya

      November 28, 2023

      Malas bekerja? 7 tip ini untuk anda, nombor 5 paling menarik

      November 24, 2023

      5 sebab penting meraikan kejayaan pekerja

      November 22, 2023

      Jumlah siswazah menganggur berkurang, peningkatan tinggi dalam kategori majikan dan bekerja sendiri

      November 20, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Israel tubuh kerajaan perpaduan, mahu jarah Gaza

    Israel tubuh kerajaan perpaduan, mahu jarah Gaza

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 12, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ISRAEL bercadang untuk menjarah sepenuhnya Gaza selepas Hamas memulakan serangan terhadap negara itu Sabtu lalu. - GAMBAR HIASAN/MOHAMMED IBRAHIM (Unsplash)

    PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menubuhkan ‘kerajaan peperangan’ sebagai persiapan untuk menjarah Semenanjung Gaza, susulan konflik yang mendadak tegang selepas Hamas melancarkan serangan ke atas Israel beberapa hari lalu.

    Lapor The Times UK, Netanyahu akan disertai pemimpin pembangkang, Benny Gantz dan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant sebagai ketua kerajaan perpaduan tersebut.

    Pihak tentera Israel telah mengumumkan Semenanjung Gaza sebagai zon terlarang untuk individu bukan tentera. Mereka turut mengumumkan bahawa ribuan tentera sudah bersedia untuk menjalankan misi penjarahan sebaik arahan diturunkan.

    Sementara itu, menurut kemas kini peristiwa oleh Al-Jazeera pada 12 Oktober, Israel telah meletakkan Gaza di bawah kepungan penuh dengan menghentikan bekalan makanan dan bahan bakar dari memasuki wilayah tersebut.

    Malah, media Hamas turut mengesahkan bekalan elektrik telah diputuskan untuk kawasan yang diduduki kira-kira 2.3 juta penduduk itu.

    Ribuan mangsa

    Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, jumlah kematian di Gaza telah meningkat kepada 1,200 orang dengan 5,600 lagi tercedera.

    Peningkatan korban turut dicatatkan di Israel dengan 1,300 orang mati dan lebih 3,300 cedera.

    Jumlah korban tersebut termasuk 21 warganegara Thailand yang terkorban di Israel dan 11 pekerja agensi pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) serta lima anggota Jawatankuasa Antarabangsa Bulan Sabit Merah (ICRC) yang terkorban di Gaza.

    The Times turut melaporkan, Hamas kini menahan kira-kira 150 tebusan. Tebusan itu dikatakan akan dijadikan pertukaran dengan banduan wanita Palestin yang ditahan di penjara Israel.

    Menurut Al-Jazeera, Hamas turut mengugut untuk membunuh seorang tebusan untuk setiap rumah di Gaza yang dibedil Israel, namun belum ada petanda yang menunjukkan Hamas telah menjalankan ugutan tersebut.

    Sementara itu, menurut AFP, rejim Zionis melakukan pembunuhan beramai-ramai di kem al-Shati pada pagi 12 Oktober, mendesak Hamas melalui Briged al-Qassam melancarkan roket ke Tel Aviv.

    Penglibatan Hezbollah

    Pada 9 Oktober lalu, pengeboman oleh Israel didakwa mengorbankan tiga anggota Hezbollah, mendorong kumpulan bersenjata itu melancarkan serangan misil terhadap kenderaan tentera Israel keesokan harinya. 

    Konflik itu berterusan sehingga pada 11 Oktober, Israel mengebom kawasan pekan di selatan Lubnan sebagai respons kepada serangan roket Hezbollah sebelumnya.

    Menurut Utusan Malaysia yang memetik Al-Jazeera, konflik tersebut dijangka semakin serius sekiranya Hezbollah menyertai Hamas mengetuai misi perang ke atas Israel.

    Ini berikutan kesediaan beberapa gerakan pembebasan Palestin di Lubnan untuk menyertai Hamas sekiranya Hezbollah secara rasmi terlibat.

    Kata pegawai kumpulan Hamas di Lubnan, Ahmed Abed, Hezbollah mungkin akan melancarkan serangan langsung sekiranya Israel meningkatkan operasinya di Semenanjung Gaza.

    Malah, pakar di Majlis Atlantik, Nicholas Blanford tidak menolak kemungkinan Hezbollah mampu melancarkan serangan menggunakan teknologi canggih sekiranya gerakan itu mahu.

    Katanya, Hezbollah sudah lama berlatih untuk misi pertempuran sempadan seperti itu sejak 2007. – RELEVAN

    berita dunia featured Israel Palestin pendidikan perang
    Artikel Terkini

    Ajar anak cara congak

    November 29, 2023

    Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih

    November 29, 2023

    8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

    November 28, 2023

    5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

    November 28, 2023

    Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya

    November 28, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.