Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Toko Buku Rakyat dan Tokosue: Menggerakkan ekosistem buku

    Toko Buku Rakyat dan Tokosue: Menggerakkan ekosistem buku

    By October 6, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BAHAN bacaan alternatif perlu wujud, maka kedai-kedai yang menjualnya juga perlu terus wujud. - GAMBAR SADDAM YUSOFF/RELEVAN

    TOKO Buku Rakyat yang terletak di Tingkat 2, Wisma Central banyak menghidangkan buku-buku beraliran kiri dari Indonesia. Itu keunikan utama yang membawa orang datang ke ruang kecilnya.

    Benz Ali faham makna alternatif yang memang selalu menjadi identiti golongan kiri. Prinsipnya: buat apa jual buku yang ada di kedai buku lain? 

    Toko Buku Rakyat hadir sebagai alternatif kepada kedai-kedai buku lain. Mungkin pilihan buku yang paling hampir dengannya ialah Gerak Budaya tetapi ada juga buku yang tiada di Gerak Budaya, ada di Toko Buku Rakyat.

    “Untuk ekosistem, lebih baik begitu. Kalau semua kedai jual buku sama, tak seronoklah. 

    “Bagi kami, kelainan itu penting tetapi jangan terlalu niche juga. Seperti ada penerbit yang fokus kepada pemikiran anarki yang memberontak, biasanya mereka yang memberontak ini orang muda. Orang muda umur 25 tahun ke bawah, ekonomi mereka tak kukuh.

    “Berbeza dengan penerbit yang fokus pada pemikiran Syed Naquib Al-Attas, pembacanya ada duit. Mereka tak kisah nak berbelanja banyak untuk beli buku,” kongsi Benz Ali.

    BENZ ALI bersama buku yang dijual di Toko Buku Rakyat. – GAMBAR SADDAM YUSOFF/RELEVAN

    Toko Buku Rakyat setakat ini mampu bertahan dengan menawarkan buku-buku pemikiran kiri yang luas spektrumnya, termasuk buku berkaitan falsafah, agama, politik dan ekonomi.

    Kos operasi yang rendah juga menjadi sebab mereka kukuh bertahan. Itu antara manfaat industri buku yang kalis krisis.

    “Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), industri buku buat untung. Banyak pembelian dibuat dalam talian.

    “Ketika itu, banyak kedai tutup jadi pemilik ruang seperti (di Wisma Central) susah nak cari penyewa. Sebab itu mereka boleh beri kadar sewa yang rendah.

    “Yang penting kalau nak buka kedai (buku), perlu lihat kawasan dan kaji juga industri,” katanya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Cerita dua toko kecil di tengah bandar besar

    Angkat seni

    Bagi Tokosue yang turut berkongsi tingkat sama di Wisma Central, mereka lebih bertumpukan bahan bacaan berkaitan seni dan wanita. Antara keunikan kedai itu ialah koleksi zine dan majalah yang pelbagai.

    Sue Emoqwin bersama bekas rakan kongsinya dalam Penerbitan Langit, Sijasad Bersiong sendiri merupakan antara yang pertama membawa zine untuk dijual di pesta buku besar seperti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).

    Seperti juga zine, buku-buku terbitan penerbit kecil memang susah nak bawa keuntungan kerana jumlahnya tidak banyak. Tetapi bagi Sue, perlu ada orang yang melakukannya.

    SUE EMOQWIN membaca salah satu buku karangannya yang turut dijual di Tokosue. – GAMBAR SADDAM YUSOFF/RELEVAN

    “Penerbit kecil tak banyak pilihan kecuali mereka sendiri yang jual di acara-acara. Sebagai orang yang pernah melaluinya, saya fikir perlu ada yang mengisi kekosongan ekosistem itu.

    “Ada orang yang terbitkan buku-buku yang mungkin niche (permintaannya), ada orang yang tolong jualkan. 

    “Kita buat bukan untuk duit sangat, lebih kepada semangat. Kita bukan usahawan,” kata Sue. “Kita ‘usahakawan’,” sambut Sijasad.

    Bagi Tokosue, operasinya utamanya masih berlangsung secara dalam talian kerana di situ lebih banyak jualan dapat dibuat. Cuma ruang fizikal diperlukan sebagai pusat operasi mereka.

    “Wisma Central ini pusat beli-belah yang lama, memang tak ramai yang datang. Cuma kita nak alamat dan tempat yang selesa untuk kami bungkus barang. Dah alang-alang, kita jadikan kedai fizikal.

    “Kedai utama di Shopee, boleh kata 60 peratus jualan di situ,” katanya. – RELEVAN

    buku featured industri buku kedai buku pendidikan Toko Buku Rakyat Tokosue
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.