Zahra Mohamad Zhahir

Tenaga hidro atau tenaga hidroelektrik merupakan tenaga boleh dibaharui yang dijana oleh pergerakan air. Sebenarnya, penggunaan tenaga keupayaan yang terkandung dalam aliran air bukanlah satu perkara yang baharu. Malah, teknologi untuk menukar tenaga tersebut kepada tenaga mekanikal mempunyai sejarah yang sama panjang dengan sejarah pembinaan struktur pengairan. Pada zaman dahulu, masyarakat telah berjaya membina pelbagai struktur yang dapat memudahkan kerja manusia. Salah satu daripadanya adalah kincir air. Kincir air beroperasi dengan menukarkan tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik. Apabila kincir berputar, ia turut menggerakkan peralatan atau mesin lain, misalnya batu pengisar atau pam air. Di Mesir Purba, sebuah jenis kincir air…

Read More

KEKURANGAN G6PD (Glukosa-6-fosfat dehidrogenase) merupakan satu penyakit genetik yang berlaku apabila badan tidak mempunyai enzim G6PD yang mencukupi.  G6PD ialah sejenis enzim yang melindungi sel darah merah daripada sebarang anasir luar yang boleh mendatangkan bahaya.  Selain itu, enzim sama juga membantu sel darah merah berfungsi dengan baik. Tanpanya, sel darah merah akan terurai lebih pantas daripada biasa.  Kekurangan enzim G6PD boleh menyebabkan anemia hemolitik. Ia boleh menyebabkan pesakit rasa penat, pening kepala dan mual-mual.  Selain itu, pengambilan sesetengah ubat-ubatan dan makanan juga boleh mencetuskan kekurangan G6PD. Salah satu makanan yang perlu dielakkan oleh mereka yang kurang G6PD ialah kacang parang. …

Read More

PERBANDINGAN ialah pencuri rasa gembira (comparison is the thief of joy). Itu merupakan kata-kata yang pernah diungkapkan Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-26, Theodore Roosevelt Jr. Roosevelt melakar sejarah setelah dilantik sebagai presiden termuda AS pada usia 43 tahun, selepas pembunuhan presiden sebelumnya, William McKinley pada 1901. Usai pelantikannya, Roosevelt berjanji akan menjadi “steward of the people” (pelayan rakyat) dan tidak akan sesekali menyalahgunakan kuasa bagi kepentingan peribadi.  Malah, beliau juga pernah dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan setelah menjadi orang tengah yang menjadi penyelesai Perang Jepun-Rusia.  Tidak pasti bila Roosevelt mengutarakan kata-kata tersebut. Carian saya dalam Google juga tidak membuahkan sebarang hasil.…

Read More

SEMUA orang ada cita-cita masing-masing. Ada yang ingin menjadi seorang guru, ada juga yang mahu menjadi seorang peguam yang berjaya.  Sebagai pelajar, semua orang perlu ada cita-cita sendiri. Walaupun masih berada di bangku sekolah, tidak salah jika anda memasang hasrat untuk mempunyai kerjaya tertentu pada masa hadapan.  Cita-cita dapat membantu kita terus bersemangat dan menjadi motivasi utama ketika belajar. Lagipun, mudah untuk tentukan hala tuju selepas sekolah sekiranya sudah ada matlamat yang ingin dicapai. Tidak salah jika anda memasang cita-cita yang besar, misalnya ingin menjadi Perdana Menteri atau mahu menjadi yang pertama meneroka planet Marikh. Tidak ada apa yang mustahil…

Read More

PERNAHKAH anda ada rakan baik yang terpaksa menganggur dalam satu tempoh masa yang lama?  Jika pada satu masa dahulu mereka boleh berbangga dengan kerjaya yang digalas, kini hantaran di laman Instagram dipenuhi gambar roti canai pada pukul 10 pagi atau video pendek menemani anak-anak makan setelah balik sekolah.  Kawan kita itu ‘nampak’ senang hati.  Manakan tidak, tatkala semua orang terpaksa menghabiskan waktu awal pagi dengan menghadap jalan yang sesak, mereka boleh duduk senang lenang di rumah.  Mereka tidak perlu lagi fikir mengenai kerja. Mereka juga tidak perlu masuk apa-apa mesyuarat pada waktu pagi. Hari mereka boleh diisi dengan hobi atau…

Read More

SEMUA ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak mereka. Sebab itulah, ramai yang sanggup berhabis ratusan, jika bukan ribuan ringgit untuk membeli peralatan tertentu buat si kecil.  Salah satu pembelian wajib bagi ibu bapa muda zaman sekarang ialah alat bantu bayi berjalan, juga dikenali sebagai baby walker.  Penggunaan alat bantu bayi berjalan sangat lazim di negara kita. Boleh dikatakan, hampir setiap rumah mempunyai satu baby walker. Selama ini, kita percaya alat ini dapat membantu anak berjalan dengan lebih cepat.   Bagaimanapun, benarkah baby walker boleh berbuat demikian?  Menurut pakar kanak-kanak Dr. Preeti Parikh, tanggapan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Malah,…

Read More

KESEDIHAN merupakan satu perkara yang tidak boleh dielakkan dalam hidup. Semua orang akan rasa sedih, sama ada disebabkan kematian, perpisahan atau kehilangan pekerjaan.  Kesedihan merupakan satu perasaan kompleks. Ia bukanlah satu perkara yang linear. Semua orang memproses kesedihan dengan cara yang berbeza.  Benar, orang kata masa akan memulihkan segalanya. Tetapi, perjalanan untuk mengubati kesedihan berbeza mengikut individu.  Ada yang boleh ‘move on’ dalam masa sebulan dua. Namun, ada juga yang perlu mengambil masa bertahun-tahun untuk mengatasi kesedihan yang dialami.  Walaupun semua orang berhadapan dengan kesedihan dengan cara berbeza, pakar psikiatri, Elisabeth Kübler-Ross telah menggariskan lima tahap utama yang bakal dihadapi…

Read More

KERAJAAN tidak menolak kemungkinan untuk melanjutkan tempoh pemberian insentif kepada majikan yang menyertai Projek Rintis Dasar Gaji Progresif (DGP). Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, kerajaan bersedia mempertimbangkan lanjutan sehingga 24 bulan berbanding 12 bulan yang ditetapkan sebelum ini Kata beliau, projek rintis tersebut membolehkan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menilai dapatan pelaksanaan DGP daripada lebih 1,000 majikan yang disasarkan untuk mendaftar. “Kita perlukan tempoh lebih daripada 12 bulan agar majikan mula merasai manfaat daripada program ini. Kami mahu majikan melihat polisi ini bukan sebagai kos gaji tambahan tetapi sebagai cara untuk mempercepat peningkatan kemahiran perusahaan kecil dan sederhana…

Read More

KEBERANIAN merupakan satu sifat yang perlu ada dalam diri setiap pekerja, tidak kiralah apa jawatan atau pangkat yang dipegang.  Selalunya, lebih besar jawatan yang disandang, semakin pentinglah untuk individu tersebut menjadi seorang pemberani. Seorang pengurus perlu berani menegur anak-anak buahnya jika ada yang tidak mematuhi undang-undang di pejabat. Dia juga perlu berani membuat keputusan beretika dan menjadi suara pekerja walaupun berhadapan dengan kecaman daripada pihak tertentu. Seorang pekerja biasa pula perlu berani mencuba perkara-perkara baharu jika ingin maju dalam kerjaya masing-masing. Menurut sebuah kajian oleh syarikat perkhidmatan teknologi maklumat (IT), Accenture, individu yang bekerja di syarikat yang menggalakkan inovasi, menghormati…

Read More

PENYAKIT jantung lebih sinonim dalam kalangan lelaki. Bagaimanapun, itu tidak bermaksud wanita terlepas daripada menghidap penyakit sama.  Berdasarkan statistik Jabatan Pe­rangkaan Malaysia 2022, penyakit jantung merupakan punca kematian utama bagi kedua-dua jantina di negara kita, dengan jumlah sebanyak 18,515 kematian. Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Aizai Azan Abdul Rahim, kini semakin ramai individu berusia 20 hingga 30-an menghidap sakit jantung disebabkan penggunaan tembakau.  Katanya, penggunaan rokok elektronik juga menjadi punca utama masalah kesihatan dalam kalangan belia.  Menurut Pengarah Perubatan Yayasan Kesihatan British (BHF), Professor Jeremy Pearson, lebih ramai wanita meninggal dunia disebabkan serangan jantung berbanding kanser…

Read More