Facebook Twitter
    Trending
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cita-cita kamu ingin menjadi apa? 

    Cita-cita kamu ingin menjadi apa? 

    By Zahra Mohamad ZhahirAugust 21, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    CITA-CITA
    Setiap pelajar perlu ada cita-cita sendiri bagi memudahkan perjalanan diri selepas sekolah - GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    SEMUA orang ada cita-cita masing-masing. Ada yang ingin menjadi seorang guru, ada juga yang mahu menjadi seorang peguam yang berjaya. 

    Sebagai pelajar, semua orang perlu ada cita-cita sendiri. Walaupun masih berada di bangku sekolah, tidak salah jika anda memasang hasrat untuk mempunyai kerjaya tertentu pada masa hadapan. 

    Cita-cita dapat membantu kita terus bersemangat dan menjadi motivasi utama ketika belajar. Lagipun, mudah untuk tentukan hala tuju selepas sekolah sekiranya sudah ada matlamat yang ingin dicapai.

    Tidak salah jika anda memasang cita-cita yang besar, misalnya ingin menjadi Perdana Menteri atau mahu menjadi yang pertama meneroka planet Marikh. Tidak ada apa yang mustahil di dunia ini. 

    Malah, mereka yang mempunyai cita-cita selalunya lebih bermotivasi dan sanggup bekerja keras untuk memastikannya menjadi kenyataan.

    Namun, apabila usia semakin meningkat, cita-cita kita mungkin akan berubah mengikut aspirasi serta personaliti masing-masing. 

    Bagaimanapun, cita-cita tanpa usaha ibarat membina istana di awangan. Tidak ada kejayaan yang boleh dicapai tanpa usaha. 

    Jadi, apakah cara terbaik untuk kenal pasti potensi diri dalam menentukan kerjaya masa hadapan? 

    Kenal pasti minat 

    cita-cita
    Teroka minat diri untuk ketahui kerjaya apa yang paling sesuai dengan minat. – GAMBAR HIASAN ELEMENT5 DIGITAL/UNSPLASH

    Cuba fikir, subjek apa yang paling anda suka di sekolah? Adakah anda mempunyai hobi atau aktiviti yang digemari? Tahukah anda, apa yang anda suka lakukan hari ini boleh menjadi kerjaya pada masa hadapan?

    Mana tahu, jika anda suka main bola sepak, satu hari nanti anda boleh jadi pemain bola sepak handalan yang boleh mengharumkan nama negara!

    Artikel berkaitan: Bercita-cita bekerja di luar negara? 5 tip ini dapat bantu anda

    Artikel berkaitan: Socrates: Si geliga menyepak bola

    Ketahui kekuatan diri

    Semua orang ada kekuatannya yang tersendiri. Ada yang pandai bercakap dan boleh mengetuai kumpulan. Ada pula yang lebih kreatif – pandai melukis atau suka menulis pada masa lapang. 

    Jangan pandang rendah kekuatan diri masing-masing. Dengan mengenal pasti kekuatan diri, anda boleh memilih kerjaya yang paling sesuai dengan bakat sedia ada. 

    Jangan takut untuk bertanya

    cita-cita
    Jangan takut untuk bertanya orang yang lebih berpengalaman sekiranya anda mempunyai persoalan mengenai cita-cita dan masa depan. – GAMBAR HIASAN ASSAD TANOLI/UNSPLASH

    Masih belum pasti apakah cita-cita yang perlu dikejar? Jangan risau, anda boleh tanya ibu bapa, adik beradik atau guru di sekolah mengenai hala tuju anda pada masa hadapan. 

    Lagipun, ada banyak video serta kuiz dalam talian yang boleh membantu anda kenal pasti minat dan kekuatan diri. 

    Apa yang penting, jangan sesekali berhenti mengenali diri. Benar, bukan semua orang dapat mencapai cita-cita yang diimpikan. 

    Namun, perjalanan menuju cita-cita itu dapat membantu kita menjadi insan yang lebih positif, berpandangan jauh dan tidak mudah berputus asa. – RELEVAN

    cita-cita featured kerjaya masa depan memilih kerjaya pelajar pilihan kerjaya Utusan Pelajar
    Artikel Terkini

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025

    99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

    June 24, 2025

    Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

    June 23, 2025

    Mampukah generasi kita beli rumah?

    June 19, 2025

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.