Facebook Twitter
    Trending
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    • Bahaya lupa makan
    • Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja
    • Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 
    • 5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026
    • Kewangan

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ibu bapa, jangan biar anak guna baby walker!

    Ibu bapa, jangan biar anak guna baby walker!

    By Zahra Mohamad ZhahirAugust 14, 2024Updated:August 14, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Ibu bapa, jangan biar anak guna baby walker! - GAMBAR HIASAN JIMMY CONOVER/UNSPLASH

    SEMUA ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak mereka. Sebab itulah, ramai yang sanggup berhabis ratusan, jika bukan ribuan ringgit untuk membeli peralatan tertentu buat si kecil. 

    Salah satu pembelian wajib bagi ibu bapa muda zaman sekarang ialah alat bantu bayi berjalan, juga dikenali sebagai baby walker. 

    Penggunaan alat bantu bayi berjalan sangat lazim di negara kita. Boleh dikatakan, hampir setiap rumah mempunyai satu baby walker. Selama ini, kita percaya alat ini dapat membantu anak berjalan dengan lebih cepat.  

    Bagaimanapun, benarkah baby walker boleh berbuat demikian? 

    Menurut pakar kanak-kanak Dr. Preeti Parikh, tanggapan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Malah, penggunaannya juga boleh memupuk tabiat berjalan yang buruk dalam kalangan anak-anak.

    Beliau berkata, bayi tidak perlukan sebarang alatan untuk membantu mereka berjalan. Cukuplah sekadar kawasan lapang yang membolehkan mereka meneroka dan bergerak dengan bebas. 

    Menurutnya, banyak negara telah mengharamkan penggunaan alat bantu bayi berjalan. Salah satunya ialah Kanada yang telah bertindak menghentikan jualan alat tersebut pada 2004 disebabkan terlalu ramai kanak-kanak mengalami kecederaan ketika menggunakannya. 

    Baby walker tidak selamat untuk bayi

    Menurut kajian yang dimuatkan dalam jurnal Pediatrics, hampir 230,000 kanak-kanak di bawah usia 15 bulan terpaksa dikejarkan ke hospital akibat kecederaan melibatkan penggunaan baby walker sejak 1990 hingga 2014.

    Kajian sama juga mendapati kebanyakan kecederaan berlaku disebabkan bayi terjatuh dari tangga semasa menggunakan alat tersebut. Kemalangan sebegini boleh mendatangkan kecederaan serius pada kepala dan leher mereka. 

    Malah, ada juga kes baby walker terbalik dan menyebabkan mereka mengalami kecederaan parah. Lebih membimbangkan, kebanyakan kemalangan yang melibatkan alat bantu berjalan itu berlaku di depan mata ibu bapa sendiri. 

    Bukan itu sahaja, permainan pada alat bantu berjalan juga boleh menjadi punca kecederaan kepada bayi. Jari-jemari kecil mereka boleh tersangkut pada permainan tersebut atau roda baby walker sendiri. 

    Sebagai ibu bapa, kita semua mahu yang terbaik untuk anak-anak. Walau bagaimanapun, kadangkala langkah yang kita sangka membantu, sebenarnya boleh mendatangkan bahaya yang tidak dijangka.

    Biar anak berjalan sendiri

    Dua tahun pertama anak merupakan saat paling manis buat ibu bapa. Ketika mereka berusia empat sehingga 15 bulan, bayi akan belajar untuk duduk dan mula bergerak ke setiap ceruk rumah dengan sendiri. 

    Selalunya, bayi akan mula berjalan apabila mencapai umur setahun. 

    Namun, jangan terlalu risau sekiranya anak lambat berjalan; setiap bayi berbeza, ada yang boleh berjalan lebih pantas dari rakan sebaya. Ada juga yang perlu mengambil sedikit masa untuk mengorak langkah pertama. 

    Menurut Dr. Parikh, pastikan anak ada kawasan yang luas untuk berlatih berjalan. Biarkan anak menarik diri sendiri ke atas untuk latih otot mereka berdiri. 

    “Salah satu cara yang berkesan adalah dengan membantu mereka berjalan. Ibu bapa boleh memegang tangan anak dan berjalan bersama mereka. Selain itu, ibu bapa juga boleh gunakan perabot yang ada, misalnya sofa untuk latih anak imbangkan badan. 

    “Bagaimanapun, elakkan meletakkan anak terlalu lama dalam kereta sorong atau buaian. Penting untuk anak menghabiskan masa yang panjang di atas lantai supaya mereka dapat membina otot yang dapat membantu pergerakan,” jelasnya.  

    Alternatif kepada penggunaan alat bantu bayi berjalan

    Ada banyak lagi cara lain yang boleh ibu bapa lakukan sekiranya ingin anak berjalan dengan lebih pantas. Menurut Dr. Parikh, ibu apa boleh menyediakan satu kawasan selamat untuk bermain, juga dikenali sebagai playpen. 

    “Playpen ialah kawasan yang selamat untuk anak bermain, tidur dan melakukan aktiviti yang disukai. Ibu bapa boleh membina sendiri kawasan bermain ini dengan memastikan lantai yang digunakan lembut dan ada struktur untuk menghalang anak daripada keluar ke kawasan rumah yang lain,” jelas Dr. Parikh. 

    Dr. Parikh berkata, kawasan itu bukan sahaja dapat membantu memupuk kreativiti anak, ia juga membolehkan mereka berdikari dan belajar meneroka kawasan sekeliling tanpa membahayakan diri. 

    Selain itu, Dr. Parikh juga menggalakkan penggunaan alat yang boleh ditolak bagi membantu anak berjalan. Alat yang dikenali sebagai push walker ini lebih selamat dan boleh membantu bayi berjalan secara semula jadi. 

    “Cari push walker yang kukuh dan selamat. Selalunya, alatan ini tidak akan menyebabkan anak memecut dengan laju sehingga terjatuh. 

    “Ada juga push walker yang dilengkapi stesen aktiviti. Sambil berjalan, mereka boleh berinteraksi dengan permainan yang ada pada push walker tersebut,” jelasnya. 

    Bagaimanapun, ingatlah, pastikan anak-anak bersedia sebelum membantu mereka berjalan. Bayi perlukan masa untuk membentuk kekuatan otot yang dapat membantu mereka berdiri. 

    Oleh itu, banyakkan bermain dengan anak. Lama-kelamaan, mereka akan berdiri dengan sendirinya. Jika tidak, anda perlu membawa anak berjumpa pakar untuk pemeriksaan lanjut. – RELEVAN

    Previous ArticleSMKA Maahad Muar johan festival nasyid kebangsaan 
    Next Article Merabakkan sembah dan belajar untuk tidak beri apa-apa tahi

    Artikel berkaitan

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026

    Bahaya lupa makan

    April 14, 2026

    Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

    April 13, 2026
    Artikel Terkini

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026

    Bahaya lupa makan

    April 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.