Facebook Twitter
    Trending
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sejarah dan sains di sebalik pembinaan empangan

    Sejarah dan sains di sebalik pembinaan empangan

    By Zahra Mohamad ZhahirAugust 23, 2024Updated:August 23, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    pembinaan empangan
    Empangan bukanlah ciptaan baharu, ia telah dibini sejak tahun 3,000 SM lagi. - GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    Tenaga hidro atau tenaga hidroelektrik merupakan tenaga boleh dibaharui yang dijana oleh pergerakan air.

    Sebenarnya, penggunaan tenaga keupayaan yang terkandung dalam aliran air bukanlah satu perkara yang baharu.

    Malah, teknologi untuk menukar tenaga tersebut kepada tenaga mekanikal mempunyai sejarah yang sama panjang dengan sejarah pembinaan struktur pengairan.

    Pada zaman dahulu, masyarakat telah berjaya membina pelbagai struktur yang dapat memudahkan kerja manusia. Salah satu daripadanya adalah kincir air.

    Kincir air beroperasi dengan menukarkan tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik. Apabila kincir berputar, ia turut menggerakkan peralatan atau mesin lain, misalnya batu pengisar atau pam air.

    Di Mesir Purba, sebuah jenis kincir air yang dikenali sebagai Noria telah digunakan untuk mencedok air dari sungai atau terusan.

    Menjelang abad pertama Sebelum Masihi (SM), kincir air juga digunakan untuk mengisar jagung di Rom. Menurut sejarah, England mempunyai kira-kira 5,624 kincir air – kira-kira satu untuk setiap 250 orang.

    Empangan hidroelektrik berfungsi dengan cara yang lebih kurang sama – air yang masuk melalui paip di stesen jana kuasa akan memutar bilah turbin. Turbin tersebut pula akan memutar generator yang akan menjana elektrik.

    Elektrik yang dihasilkan pula akan melalui beberapa proses transmisi sebelum disalurkan kepada pengguna.

    Sejarah pembinaan empangan

    Walaupun nampak moden, empangan bukanlah satu binaan baharu.

    Empangan pertama yang dibina adalah Empangan Jawa yang terletak di Mesopotamia (kini Jordan). Dipercayai, empangan tersebut dibina pada sekitar tahun 3,000 SM.

    Pada waktu kegemilangannya, Empangan Jawa bersaiz 4.5 meter tinggi dan 24.4 meter panjang. Ia digunakan untuk mengalirkan air ke kawasan tanaman menggunakan prinsip graviti.

    Bagaimanapun, Empangan Jawa bukan diperbuat daripada batu bata dan kerikil semata-mata.

    Penciptanya telah membina dinding yang diperkuat dengan batu besar pada kawasan hulu sungai untuk mengelakkan dinding empangan pecah disebabkan tekanan.

    Selepas 400 tahun pembinaan Empangan Jawa, rakyat Mesir membina Sadd el-Kafara, atau Empangan Kaum Pagan bagi membekalkan air kepada kuari yang terletak di luar Kaherah.

    Pada waktu itu, orang Mesir tidak perlukan empangan untuk tujuan pengairan tanaman kerana air dari Sugai Nil sudah mencukupi bagi kegunaan petani.

    Dalam pada itu, kaum Rom juga telah membina empangan lengkung pertama di dunia, iaitu Empangan Glanum di Gallia Narbonensis, kini terletak di selatan Perancis.

    Bagaimanapun, tidak ada lagi saki baki Empangan Glanum yang tinggal hari ini. Di atas tinggalan Empangan Glanum, telah dibina satu empangan baharu yang lebih moden.

    Artikel berkaitan: 5 eksperimen Sains yang boleh dilakukan bersama anak di rumah, hanya guna bahan dari rumah

    Artikel berkaitan: Sains vs Sastera: Benarkah pelajar aliran Sains lebih pandai dan cerah masa hadapan?

    Empangan di Asia

    Tamadun yang tumbuh di sekitar Asia juga turut menyumbang kepada kejuruteraan pembinaan empangan. Pada tahun 400 SM, bandar Ceylon (kini di Sri Lanka) telah membina empangan sebagai tadahan air hujan.

    Sistem pengaliran empangan tersebut sangat rumit sehinggakan ada sebahagian daripadanya masih digunakan sehingga hari ini.

    Bagaimanapun, sekitar abad ke-12 Masihi, seorang raja yang memerintah Sinhala telah membina hampir 4,000 buah empangan untuk memuaskan egonya.

    Raja yang dikenali sebagai Parakrama Babu itu telah membina empangan bersaiz besar untuk menunjukkan kemegahannya di mata rakyat.

    Walau bagaimanapun, empangan tersebut tidak mempunyai sebarang fungsi. Ia tidak boleh menadah mahupun menyalurkan air kepada kampung-kampung.

    Ia hanyalah sebuah monumen, bukanlah satu struktur berfungsi yang dibina semata-mata untuk memuaskan nafsu raja tersebut.

    Empangan tertua yang masih beroperasi di dunia ialah Empangan Tasik Homs di Syria yang dibina sekitar tahun 1300. Sehingga kini, empangan tersebut masih lagi membekalkan air kepada penduduk Homs.

    Walaupun empangan telah dibina lebih dari 5,000 tahun, sebarang kemajuan dari segi kejuruteraan adalah paling ketara dalam masa 100 tahun kebelakangan ini.

    Malah, pakar juga telah mengenal pasti bahaya empangan pada ekologi bumi. Pembinaan empangan bukan sahaja memusnahkan habitat, ia juga mengganggu aliran semula jadi air.

    Atas pemahaman baharu tersebut, hampir 900 buah empangan telah dirobohkan di Amerika Syarikat (AS) sejak 1990.

    Kini, jumlah empangan di seluruh dunia kian bertambah. Hari demi hari, kejuruteraan dalam pembinaan empangan akan terus berkembang seiring dengan inovasi, penemuan baharu dan kemajuan dalam teknologi. – RELEVAN

     

    empangan featured pembinaan empangan pendidikan
    Artikel Terkini

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.