Umi Fatehah

SEJAK meninggalkan syarikat lama yang toksik, masih belum ada rezeki untuk mula bekerja semula di tempat lebih baik.  Anda tarik nafas dan ulang semula proses mencari kerja. Laman web LinkedIn, Jobstreet dan sebagainya digodek untuk mencari jawatan yang diinginkan. Hati tetap berharap walaupun semakin hari semakin penat. Ini bukan pengalaman luar biasa. Ramai pencari kerja pernah mengalami situasi yang sama. Bila tiada maklum balas, soalan demi soalan mula bermain di fikiran.  Sebenarnya, ia tidak semestinya bermakna anda tidak layak. Tetapi ada beberapa sebab yang jarang diberitahu dan sering kali kita sendiri tidak perasan.  Majikan tidak akan jelaskan satu persatu, jadi…

Read More

DI sebalik rutin harian dan tanggungjawab yang digalas, bekerja sebenarnya adalah sebuah kisah tentang harapan, kesungguhan dan cita-cita yang tidak pernah padam. Setiap hari kita kumpulkan sisa-sisa semangat. Walaupun tubuh kadang terasa letih dan penat, kita tetap bangun untuk terus melangkah. Lebih daripada sekadar gaji Bekerja lebih daripada sekadar mencari rezeki. Ia adalah salah satu cara untuk membina kehidupan yang bermakna dan menjadikan setiap hari dilalui dengan lebih berharga.  Sama ada kerja itu gajinya besar atau kecil, setiap satunya memberi peluang untuk menyumbang, bukan hanya kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang sekeliling. Setiap hari bekerja membentuk kita menjadi individu…

Read More

SETIAP kali kita berbicara tentang dunia pekerjaan, tumpuan sering diberikan kepada gaji, peluang kenaikan pangkat atau jenis kerja yang diidamkan. Namun, satu perkara yang sering dipandang ringan tetapi sangat penting ialah hak sebagai pekerja. Hak pekerja bukan semata-mata hal teknikal dalam buku undang-undang. Ia adalah garis perlindungan asas yang memastikan setiap individu yang bekerja sama ada sebagai pekerja tetap, sambilan atau kontrak tidak ditindas atau diperguna.  Pengetahuan tentang hak pekerja bukan hanya berguna untuk yang baru bekerja, malah penting bagi semua supaya tidak mudah ditindas atau dimanipulasi. Mengapa penting faham hak sebagai pekerja? Ramai anak muda masuk ke alam pekerjaan…

Read More

MENURUNKAN berat badan bukan sekadar untuk kelihatan cantik atau tampan. Ia juga merupakan langkah penting untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental. Namun begitu, ramai antara kita yang masih bergelut untuk mencapai sasaran berat badan ideal walaupun sudah mencuba pelbagai cara. Apa yang anda mungkin tidak sedar adalah beberapa tabiat harian yang kelihatan remeh boleh menggagalkan usaha anda untuk kurus. Jom semak apakah tabiat-tabiat yang perlu dielakkan agar usaha menurunkan berat badan menjadi lebih berkesan: Diet terlalu ekstrem Mengharamkan terus makanan kegemaran seperti coklat, nasi lemak atau boba boleh membawa padah. Ini kerana diet yang terlalu ketat boleh mencetuskan keinginan melampau…

Read More

KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 sudah diumumkan. Kini tibalah masa untuk membuat pilihan penting tentang hala tuju pendidikan atau kerjaya. Dalam tempoh ini, ramai pelajar mungkin terdorong untuk mengikut jejak rakan-rakan sama ada dalam memilih jurusan, universiti atau bidang kerjaya. Perlu diingatkan bahawa keputusan ini adalah tentang masa depan anda, bukan orang lain. Pilihlah laluan berdasarkan minat dan kekuatan diri sendiri, bukan semata-mata kerana mahu ikut kawan. Mungkin ramai yang mahu membuat keputusan bersama rakan-rakan lain kerana takut tidak mampu mengharungi kehidupan di universiti tanpa sahabat sejati. Jangan risau, adik-adik. Kawan baharu akan datang seiring dengan pengalaman baharu. Dunia…

Read More

BAGI calon SPM 2024 yang kurang berpuas hati dengan keputusan, jangan terus kecewa. Anda masih berpeluang untuk memohon semakan semula keputusan.  Namun begitu, perlu diingatkan bahawa kemungkinan hasil semakan akan menyebabkan risiko markah anda tiada perubahan. Calon yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan boleh membuat permohonan dalam tempoh 30 hari mulai dari tarikh pengumuman rasmi keputusan (24 April 2025 hingga 23 Mei 2025). Berikut ialah cara melakukan permohonan dan terdapat beberapa peraturan yang perlu diambil perhatian. Rujuk kes masing-masing sama ada peperiksaan SPM biasa atau bagi kes ‘T’. Cara memohon semakan semula keputusan peperiksaan SPM 2024 Permohonan penyemakan semula…

Read More

KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang diumumkan hari ini, 24 April 2025 menunjukkan sejumlah 402,956 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM. Berita gembiranya, 14,179 calon memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, iaitu meningkat sebanyak 2,466 berbanding tahun sebelumnya. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar. Semoga setiap usaha mendatangkan hasil yang diimpikan. Bagi calon SPM ulangan, tahukah anda Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) menawarkan khidmat patching sijil SPM? Perkhidmatan patching sijil SPM memberi peluang kepada calon mengulang untuk menggabungkan keputusan terbaik daripada dua atau lebih peperiksaan SPM ke dalam satu sijil. Ia juga meningkatkan…

Read More

PENCAPAIAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 merekodkan keputusan terbaik dalam tempoh 11 tahun lalu iaitu sejak diperkenalkan syarat pensijilan wajib lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah pada tahun 2013. Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan berkata, nilai gred purata keseluruhan (GPK) pada 2024 merekodkan pada 4.49 mata berbanding 4.60 mata pada 2023 yang mengecil sebanyak 0.11 mata. Katanya, sejumlah 14,179 calon SPM 2024 memperoleh keputusan cemerlang semua A iaitu A+, A- meningkat 2,466 calon berbanding 11,713 calon pada 2023. “Calon yang memperoleh keputusan lulus sekurang-kurangnya gred E juga meningkat kepada 136,791 calon berbanding 131,489 (2023). “Pencapaian calon bandar dan luar…

Read More

SERAM tetapi seronok. Kebiasaannya, itu perasaan yang ramai alami bila menonton filem hantu, membaca kisah seram atau mendengar cerita misteri lewat malam. Walaupun kita tahu ia akan buat jantung berdebar dan tidur jadi tak lena, filem seram tetap dicari lebih-lebih lagi pada malam hujung minggu untuk ditonton bersama keluarga atau rakan-rakan di asrama. Persoalannya, kenapa kita suka sangat ‘menyeksa’ diri sebegitu? Menurut pakar psikologi, pengalaman menonton atau membaca sesuatu yang seram sebenarnya mencetuskan reaksi yang sangat unik dalam otak kita. Ia mengaktifkan hormon adrenalin iaitu hormon yang muncul ketika kita dalam keadaan cemas atau teruja. Dalam konteks ini, tubuh rasa…

Read More

SETIAP pelajar pasti pernah rasa malas untuk belajar. Kadang-kadang, buku belum dibuka tetapi sudah rasa penat macam baru selesai acara larian 4×100 meter. Tetapi, kalau rasa malas ini dibiarkan berlarutan, kesannya bukan sekadar pada markah peperiksaan tetapi akan menjejaskan masa hadapan. Tabiat atau sifat malas belajar akan menyebabkan kita tertinggal dalam pelajaran. Mungkin pada awalnya hanya ketinggalan satu atau dua topik tetapi lama-lama, jurang pengetahuan jadi semakin besar. Apabila guru sedang mengajar di dalam kelas, kita mula sukar untuk memahami apa yang disampaikan lalu perlahan-lahan hilang minat sepenuhnya. Akibatnya, kita semakin jauh daripada potensi dan prestasi sebenar yang mampu dicapai.…

Read More