Facebook Twitter
    Trending
    • Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun
    • Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu

    Mengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu

    By KU SYAFIQ KU FOZIMay 23, 20236 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PARA pemprotes mengusung Keranda 152 sebagai tanda bantahan terhadap RUU Bahasa Kebangsaan 1967.

    ADA perbincangan hangat tentang kedudukan bahasa Melayu dalam media sosial. Ia sedikit sebanyak menyerlahkan realiti bahawa di mata sesetengah rakyat Malaysia, bahasa Melayu sekadar sebuah bahasa.

    Tidak ada kebanggaan nasional atau rasa kasih patriotik terhadap bahasa itu. Malah kepentingannya dipandang enteng: siapa mahu guna, dia guna; siapa tak mahu, itu hak dia.

    Seperti lazimnya perbincangan orang awam dalam ruang internet, ia bercelaru, penuh falasi dan berpandukan emosi. Jarang kita nak dapat penyelesaian tuntas melalui perbincangan media sosial.

    Dalam artikel ini, Relevan mahu mengajak anda menilik sejarah tentang bahasa Melayu. Ini kisah yang berlaku 56 tahun lalu. Kisah ini kekal menjadi peristiwa terpenting dalam sejarah pemartabatan bahasa Melayu.

    ‘67 tahun gelora

    Sejarah bahasa Melayu itu panjang, begitu juga sejarah perjuangannya. Usaha untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai identiti kebangsaan telah berlangsung lebih 100 tahun.

    ARTIKEL BERKAITAN: Perjuangan melebihi satu abad, sejarah usaha memartabatkan bahasa Melayu (Bahagian 1)

    Hari ini, kuasa politik bahasa Melayu dipelihara dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

    Walaupun Akta Bahasa Kebangsaan meletakkan bahasa Melayu pada takhtanya sebagai bahasa kebangsaan tunggal negara, proses perbahasannya penuh gelora. Mungkin ramai yang tak tahu, rang undang-undang akta itu dibantah ramai tokoh bahasa.

    Ini kerana akta tersebut tidak cukup tegas, malah melemahkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan. 

    Tokoh sejarah, bahasa dan antara pengasas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Allahyarham Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid pernah menulis, Rang Undang-Undang (RUU) Bahasa Kebangsaan itu akan membawa akibat buruk kepada Malaysia dan bangsa Melayu.

    Dua alasan diberikan. Pertama, RUU itu tidak mengikut sepenuhnya kehendak dan semangat Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Kedua, RUU itu tidak memenuhi janji yang telah dibuat pemimpin UMNO tentang pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal negara.

    10 tahun selepas merdeka sepatutnya menjadi tempoh peralihan bahasa rasmi negara daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu sahaja.

    Malangnya, RUU Bahasa Kebangsaan yang dibentangkan pada 3 Mac 1967 masih memberi ruang kepada bahasa Inggeris untuk digunakan, terutamanya dalam bidang kehakiman dan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

    Ke tanah perkuburannya Parlimen

    RUU Bahasa Kebangsaan dibahaskan di Dewan Rakyat pada 3 Mac 1967. Gelora penentangannya mengganas kerana kerajaan ketika itu bukan sahaja tidak mendengar saranan-saranan tokoh dari pelbagai latar belakang, malah cuba menutup mulut mereka yang membantah.

    Dalam perbahasannya di Parlimen, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS ketika itu, Allahyarham Datuk Mohd Asri Muda membangkitkan peristiwa di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada malam sebelumnya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Perjuangan melebihi satu abad, sejarah usaha memartabatkan bahasa Melayu (Bahagian 2)

    Gabungan tokoh dan masyarakat dari pelbagai latar belakang yang menggelarkan diri mereka Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan merancang sebuah forum bagi membincangkan RUU tersebut. Kebenaran Pengarah DBP telah diperoleh.

    Namun, ketika forum hendak bermula, sampai surat arahan yang tidak membenarkan forum itu berlangsung.

    Ia mendorong lebih ramai yang datang berhimpun di Balai Budaya pada keesokan harinya. Kira-kira 120 pertubuhan terlibat dalam perhimpunan selepas solat Jumaat pada 3 Mac 1967 itu.

    Ketika menyampaikan ucapannya, Pengarah DBP ketika itu, Allahyarham Tun Syed Nasir juga memberi bayangan yang tubuhnya terbelenggu dalam isu RUU itu, kerana DBP merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan.

    Dalam lautan hampir 2,000 manusia di Balai Budaya, suara Syed Nasir tersekat dan air matanya mengalir. Dalam tangis, dia berkata:

    “…saya menangis, bukan kerana takut, tetapi air mata ini lahir daripada keharuan hati sanubari saya mengenangkan nasib bangsa saya. Saya tidak boleh buat dan bercakap apa-apa sekarang ini. Saya terikat. Bila suatu hari nanti, saya tidak terikat lagi, saya akan hamburkan kepada rakyat. Sekarang ada usaha yang hendak menghancurkan saya, menghina saya…”

    Air mata yang menyalakan api

    Ucapan Syed Nasir dan beberapa tokoh lain membakar semangat peserta perhimpunan pada hari itu, terutamanya dalam kalangan anak muda. Perhimpunan itu berpanjangan sehingga ke petang dan menjelang senja, orang ramai sudah mula berteriak mahu berarak ke Parlimen.

    Dalam masa sama, mesyuarat bagi melantik Jawatankuasa Darurat untuk Bertindak sedang berlangsung di tempat sama. Jawatankuasa ini akan berperanan menjalankan keputusan-keputusan bagi menentang RUU Bahasa Kebangsaan.

    Jawatankuasa yang telah dilantik kemudiannya melarang peserta perhimpunan daripada berarak ke Parlimen. Ini kerana kereta-kereta polis sudah mula tiba di jalan-jalan berhampiran bangunan DBP.

    ARTIKEL BERKAITAN: Mana satu yang tepat, bahasa Melayu atau bahasa Malaysia?

    Pemuda-pemuda yang kecewa meneruskan kemarahan dengan menyalakan api, cuba untuk membakar gambar Perdana Menteri ketika itu, Almarhum Tunku Abdul Rahman tetapi dihalang oleh ahli jawatankuasa.

    Mereka kemudiannya melempar bergulung-gulung akhbar Utusan Melayu (jawi) ke dalam api sambil berteriak “pengampu” dan “pembodek” kerana tidak berpuas hati dengan pendirian akhbar itu menyokong kerajaan dalam isu RUU Bahasa Kebangsaan.

    Turut dilaporkan dalam akhbar Utusan Melayu pada 4 Mac 1967, jurugambar akhbar itu, Hussein Noor ditarik dan hampir dilempar ke dalam api oleh pemprotes namun sempat dihalang oleh wartawan, Taib Ahmad.

    Tiga mac enam tujuh

    Di Balai Budaya, api marah para pemuda berjaya diredam tokoh-tokoh dan ahli jawatankuasa yang dilantik. Mereka akur dan bersurai menjelang malam.

    Pada detik yang sama, dalam dewan Parlimen, RUU Bahasa Kebangsaan diluluskan dengan 95 undi menyokong dan 11 undi menentang. 

    Undang-undang yang gagal mendaulatkan bahasa Melayu sejajar dengan kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan itu diluluskan. Mujur, selepas berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, kerajaan mula memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Fahami sistem ejaan bahasa Melayu

    Namun, ia tidak menyelesaikan semua hal. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah sendiri terus diuji dengan pelaksanaan dasar-dasar seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Dual Language Programme (DLP) dan sebagainya.

    Bahasa Inggeris juga sering digunakan dalam bidang kehakiman dan perbincangan mengenai isu-isu besar dunia seperti ekonomi, sains, teknologi dan falsafah juga sering mengabaikan bahasa Melayu.

    Peristiwa “tiga mac enam tujuh” perlu selalu dikenang sebagai manifestasi nyala rasa rakyat Malaysia terhadap pemartabatan bahasa Melayu. 

    Apa yang berlaku pada tarikh itu juga menjadi punca kita perlu berjuang memartabatkan bahasa Melayu sehingga hari ini, 66 tahun selepas negara merdeka, walaupun kedudukannya dijamin dalam Perlembagaan.

    Ini kerana kesan pelaksanaan undang-undang berpuluh tahun dahulu masih kekal sehingga ke hari ini. Mungkin petikan ucapan dalam perhimpunan bersejarah itu yang paling relevan untuk dipetik sekarang adalah dari seorang wakil pelajar yang tidak dicatat namanya. Katanya:

    “Orang-orang yang ada sekarang akan mati. Tunku akan mati. Pemimpin akan mati. Maka, beban dan tindakan serta keputusan undang-undang yang dibuat sekarang akan tinggal, maka kamilah, kamilah pelajar-pelajar yang akan memikul bebannya, yang akan menderita dengan undang-undang yang telah dikanunkan ini…”. – RELEVAN

    Previous ArticleAdakah permainan dalam talian Roblox selamat untuk kanak-kanak?
    Next Article 5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

    Artikel berkaitan

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026
    Artikel Terkini

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.