Facebook Twitter
    Trending
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    • 4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia
    • Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti
    • 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023

      1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia

      September 16, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023

      5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

      September 20, 2023

      Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

      September 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Perjuangan melebihi satu abad, sejarah usaha memartabatkan bahasa Melayu (Bahagian 1)

    Perjuangan melebihi satu abad, sejarah usaha memartabatkan bahasa Melayu (Bahagian 1)

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 23, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENGIKTIRAFAN bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pentadbiran telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Durbar Kedua pada 1903. - GAMBAR: PEJABAT PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA

    BAHASA Melayu merupakan elemen penting yang mengisi kemerdekaan negara. Bahasa ini diiktiraf sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara. 

    Walaupun negara ini didiami pelbagai kaum yang menggunakan pelbagai bahasa, bahasa Melayu merupakan bahasa tunggal yang wajib dipelajari semua warganegara.

    Mempertahankan martabat bahasa Melayu berdepan pelbagai cabaran. Pada zaman penjajahan, terutamanya oleh British, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa vernakular apabila sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dijadikan sekolah vernakular. 

    Sekolah utama pada waktu tersebut ialah sekolah Inggeris dengan Penang Free School menjadi sekolah pertama dibuka untuk semua bangsa pada 1816. Dalam era penjajahan, urusan utama kerajaan menggunakan bahasa Inggeris. 

    130 tahun

    ABDUL RAHMAN ANDAK

    Namun, usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan sudah berlangsung lama. Paling awal yang dapat dijejak adalah pada dekad 1890-an, kira-kira 130 tahun yang lalu.

    Pada dekad tersebut, Datuk Abdul Rahman Andak menubuhkan Persekutuan Belajar Mengajar Bahasa Melayu Johor (PBMBM). Menurut Ramlah Adam dan Mohd. Kasturi Nor Abd. Aziz, persekutuan itu ditubuhkan untuk menggubal istilah-istilah bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran supaya pentadbiran Johor boleh dijalankan dalam bahasa Melayu.

    Dalam dekad itu juga, Ungku Abdul Hamid Tengku Majid (ayah kepada Profesor Diraja Ungku Aziz) menubuhkan Bahagian Penterjemahan di Johor bagi memperkaya istilah dalam bahasa Melayu.

    Dalam tempoh ini, raja-raja Melayu juga telah membangkitkan soal pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Ia dibangkitkan pada 1903, iaitu ketika Mesyuarat Durbar Kedua di Kuala Lumpur.

    Ini bermakna, usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan bahasa rasmi pentadbiran telah wujud lama, termasuk ketika negara masih dijajah oleh kuasa luar. 

    100 tahun

    Pada awal abad 1900-an, kesedaran untuk mengangkat nilai bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga mula wujud. Ia antara lain diusahakan oleh gerakan dakwah Islam, terutamanya Kaum Muda yang menggunakan bahasa Melayu dalam usaha dakwah mereka.

    Penggunaan bahasa Melayu dalam usaha dakwah memperluas perbendaharaan kata bahasa Melayu apabila banyak perkataan dari bahasa Arab dipinjam dan diserap ke dalam bahasa Melayu.

    Dalam tempoh ini juga, golongan penulis, wartawan dan pendidik turut sama mendukung pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa ilmu. 

    ONN JAAFAR

    Mereka termasuk Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Abdul Rahim Kajai, Onn Jaafar, Ibrahim Haji Yaakob, Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad. Pada 1930, Onn Jaafar sebagai pengarang Warta Malaya meluahkan rasa tidak puas hatinya pada sikap kerajaan Johor yang lebih mengutamakan bahasa Inggeris dalam urusan pentadbiran. 

    “Bagi sebuah negeri Melayu, yang diperintah oleh Raja Melayu, yang dipunyai dan diduduki oleh orang Melayu, maka keadaan seperti tidak sekali-kali betul dan patut … mustahaklah kerajaan negeri itu melihat keadaan itu…. Nampaknya dengan perjalanan sekarang ini bahasa Melayu akan hilang sama sekali seperti bahasa Jakun yang hanya ditutur sesama sendiri sahaja.” Onn Jaafar, Warta Malaya, 8 Mac 1930

    Kebimbangan sama turut disuarakan ketua pengarang akhbar Majlis, Abdul Rahim Kajai yang melihat kerajaan Inggeris serta cerdik pandai Melayu terlalu mengutamakan bahasa Inggeris dalam persidangan negeri, peraturan polis dan sebagainya. Abdul Rahim menggambarkan bahasa Melayu ketika itu seperti “pokok teratai di atas tidak berpucuk, di bawah tidak berurat, di tengah ditarik kumbang”.

    70 tahun

    Sebelum negara mencapai kemerdekaan, ada pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal. Penyelesaian yang diperolehi selepas itu juga tidak memuaskan hati ramai tokoh politik dan bahasa. Menurut Ramlah Adam dan Mohd. Kasturi Nor, keputusan berkenaan bahasa dalam Testamen Amanah Politik Perikatan oleh UMNO dan Parti Perikatan tidak tegas.

    Dalam testamen tersebut, diputuskan bahawa bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi dalam tempoh 10 tahun. Malah, kelonggaran juga diberikan kepada ahli Dewan Undangan yang tidak fasih berbahasa Melayu atau Inggeris untuk menggunakan bahasanya sendiri, asalkan pengerusi dewan tahu dan boleh menyalin semula bahasa tersebut.

    Walaupun mendapat tentangan daripada parti politik pembangkang iaitu Parti Negara, PAS dan Parti Rakyat Malaya (PRM), cadangan dalam testamen tersebut diterima dalam draf Perlembagaan Persekutuan oleh Suruhanjaya Reid. 

    USMAN AWANG

    Pada 1967, Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967 yang dibentangkan Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri mendapat tentangan pihak pembangkang yang diketuai PAS. Rang undang-undang yang kemudiannya diluluskan untuk menjadi Akta Bahasa Kebangsaan 1967 ini diwujudkan untuk memberi kuasa praktikal kepada bahasa Melayu, bukan setakat hanya tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai bahasa kebangsaan. 

    Namun, rang undang-undang ini didakwa memundurkan bahasa Melayu dan memberi kelebihan kepada bahasa Inggeris pula. Timbalan Yang Dipertua Agung Pas ketika itu, Datuk Mohd. Asri membantai habis-habisan rang undang-undang tersebut ketika membahaskannya di Parlimen. Pidato perbahasannya itu kemudiannya dikenali sebagai Rakyat Menggugat.

    Bantahan itu juga bergema di luar Parlimen apabila tokoh-tokoh bahasa bersama penyokong mengadakan demonstrasi Keranda 152. Antara tokoh yang terlibat ialah Tun Syed Nasir Ismail, Abdullah Hussain dan Usman Awang.

    Lebih 1,000 demonstran berhimpun dan mengusung keranda dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehingga ke kediaman rasmi Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan Parlimen. Demonstrasi itu juga melahirkan sajak terkenal oleh Usman Awang, iaitu Keranda 152.

    Bersambung

    Artikel ini sengaja dipecahkan mengikut kronologi setiap 30 tahun kerana secara umumnya, satu generasi panjangnya selama 25 hingga 30 tahun. Selama tiga generasi sejak 130 tahun lalu, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sentiasa berhadapan cabaran.

    Generasi demi generasi terus kental berjuang mendaulatkan bahasa Melayu di bumi sendiri. Selepas kemerdekaan, bentuk cabarannya bertukar. Tiada penjajahan dan campur tangan kuasa asing dalam pentadbiran, tetapi masih sukar untuk kita martabatkan bahasa Melayu.

    Nantikan sambungan artikel ini untuk mendalami cabaran memartabatkan bahasa Melayu dalam era selepas merdeka pula. – RELEVAN

    bahasa Melayu featured Merdeka pendidikan
    Artikel Terkini

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023

    Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

    September 22, 2023

    Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

    September 21, 2023

    9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

    September 21, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.