Facebook Twitter
    Trending
    • Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit
    • 5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman
    • 5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa
    • 5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  
    • Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya
    • Rancang perbelanjaan persekolahan, Ramadan dan Aidilfitri
    • 7 fakta langka tentang P. Ramlee
    • Bagaimana proses melihat anak bulan?
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  

      March 23, 2023

      Pesakit jantung boleh berpuasa?

      March 20, 2023

      10 tanda manusia narsistik, lari sebelum terlambat

      March 16, 2023

      Adakah bebenang kelabu pada penglihatan petanda masalah mata?

      March 14, 2023

      Sifar kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      March 12, 2023
    • Kewangan

      Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya

      March 23, 2023

      Rancang perbelanjaan persekolahan, Ramadan dan Aidilfitri

      March 23, 2023

      Tidak dibenarkan surcaj tambahan di premis perniagaan, BNM beri amaran

      March 16, 2023

      Menabung runcit-runcit untuk kecemasan kecil

      March 9, 2023

      3 jenis pemilikan hartanah dan ciri-cirinya

      March 7, 2023
    • Pendidikan

      Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit

      March 24, 2023

      5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa

      March 23, 2023

      7 fakta langka tentang P. Ramlee

      March 22, 2023

      Bagaimana proses melihat anak bulan?

      March 22, 2023

      7 puisi buat anda di hari puisi

      March 21, 2023
    • Kerjaya

      5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman

      March 24, 2023

      Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?

      March 21, 2023

      5 jawapan ‘selamat’ untuk cerita kelemahan diri ketika temu duga

      March 15, 2023

      Cara menulis dan contoh cover letter terbaik menurut Universiti Harvard

      March 10, 2023

      Cara menulis dan contoh resume terbaik menurut Universiti Harvard

      March 8, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Perjuangan melebihi satu abad, sejarah usaha memartabatkan bahasa Melayu (Bahagian 2)

    Perjuangan melebihi satu abad, sejarah usaha memartabatkan bahasa Melayu (Bahagian 2)

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 31, 20226 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEBELUM mengantarabangsakan bahasa Melayu, sudahkan bahasa Melayu termartabat di negara ini? - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    BAHASA Melayu merupakan antara tonggak kenegaraan Malaysia, itu kata Ketua 1 Gabungan Penulis-Penulis Malaysia (Gapena), Datuk Zainal Abidin Borhan. Ia menggambarkan tingginya kedudukan bahasa Melayu dalam negara ini.

    Melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa ini memegang peranan sebagai penyatu bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. 

    Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Segala urusan rasmi kerajaan turut wajib menggunakan bahasa Melayu.

    Dalam perlembagaan dan undang-undang, kedudukan bahasa Melayu kukuh pada tempatnya, walaupun masih ada kelonggaran yang mengizinkan eksploitasi. Namun, sudahkah bahasa Melayu dimartabatkan seperti yang sepatutnya?

    40 tahun

    Dalam dekad 1980-an, Malaysia yang belum dua dekad ditubuhkan sudah mula menyasarkan perindustrian sebagai pemacu kemajuan negara. Ketika itu, ilmu berkaitan sains, matematik dan kejuruteraan menjadi sangat penting kerana negara-negara maju berjaya menguasai dunia dengan kepakaran dalam bidang-bidang tersebut.

    WAN RAMLI WAN DAUD

    Bahasa Melayu menjadi alat untuk mencapai cita-cita melahirkan saintis dan pakar matematik handalan dunia. Presiden Akademi Sains Islam Malaysia, Prof. Datuk Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud dalam kenyataannya ketika membantah cadangan kerajaan untuk mengembalikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) berkata, sains dan matematik telah diajar dalam bahasa Melayu sejak tahun 70-an dengan jaya tanpa masalah.

    Dalam dekad itu, untuk melancarkan usaha mengajar ilmu sains dan matematik dalam bahasa Melayu, terjemahan istilah dijalankan dengan aktif. Buku-buku berkaitan ilmu tersebut, termasuk yang bertahap tinggi juga dihasilkan dalam bahasa Melayu.

    Prof. Shaharir Mohamad Zain, antara ilmuwan pelopor Melayu dalam bidang sains dan matematik menulis, kemajuan bahasa Melayu khususnya dalam bidang sains, sains kesihatan, kejuruteraan dan teknologi (diringkaskan oleh beliau sebagai Sakti) dalam tempoh 1960 hingga 1990-an adalah sangat menakjubkan.

    Menurut beliau, Sakti dalam bahasa Melayu Malaysia mula mengatasi Sakti dalam bahasa Melayu Indonesia sehingga ratusan pelajar Indonesia datang belajar di Malaysia pada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.

    Namun, memasuki dekad seterusnya, usaha penterjemahan istilah sains dan matematik serta penghasilan buku-buku bahasa Melayu berkenaan ilmu tersebut mula terencat. Ia berikutan tindakan kerajaan yang membenarkan universiti awam menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam bidang Sakti pada 1995.

    Jelas Shaharir, semua kursus Sakti di universiti awam sebelum itu menggunakan bahasa Melayu kecuali kursus yang dikendalikan pensyarah asing. Selepas kerajaan melaksanakan dasar tersebut, hanya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang meneruskan pembelajaran kursus Sakti dalam bahasa Melayu.

    Ia diburukkan lagi apabila setahun selepas itu, Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) diluluskan. Akta ini, menurut Shaharir, memberi laluan mudah untuk kolej dan universiti swasta yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Inggeris ditubuhkan.

    10 tahun

    Lebih sedekad lalu, tokoh-tokoh bahasa dan pendidikan bergembira dengan keputusan kerajaan untuk membatalkan pelaksanaan PPSMI yang dimulakan pada 2003. Pada 2009, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemansuhan PPSMI dan menyatakan bahawa kira-kira tiga juta pelajar telah menjadi mangsa PPSMI.

    Dalam kajian oleh Felo Penyelidik Kanan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof. Emeritus Datuk Isahak Haron, PPSMI didapati memberikan  kesan negatif terhadap pembelajaran subjek Matematik dan Sains pelajar Tahun 5 dan Tingkatan 2.

    Kajian tersebut mendapati bahawa lebih 75 peratus pelajar sukar faham pengajaran guru apabila guru mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris dan hampir 80 peratus sukar memahami subjek Sains dalam pembelajaran yang sama.

    Prestasi pelajar Malaysia juga merosot dalam ujian-ujian antarabangsa seperti Kajian Trend dalam Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMMS) pada 2007 dan 2011 serta Program untuk Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012.

    Dalam ujian-ujian tersebut, pelajar Malaysia berada pada kedudukan satu pertiga terbawah dalam kalangan 60 negara yang mengambil bahagian sedangkan dalam ujian TIMMS 1999 dan 2003, kita berada pada kedudukan 10 terbaik.

    PPSMI dimansuhkan pada 2009 dan digantikan dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu,  Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

    Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan (tengah) bersama Datuk Abdul Raof Hussin (kiri) dan Prof. Datuk Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud (kanan) antara tokoh yang tabah memperjuangkan bahasa Melayu. – UTUSAN

    Namun malangnya, pada 2016, kerajaan memperkenalkan pula Program Dwibahasa (DLP) yang dilihat oleh tokoh bahasa dan pendidikan sebagai program yang sama seperti PPSMI, hanya diberikan nama yang berbeza.

    Dalam buku Kami Bantah DLP, seramai 19 pakar bahasa dan pendidikan menyatakan pendirian dan sebab mereka menolak pelaksanaan DLP, termasuk tiga Sasterawan Negara iaitu Muhammad Haji Salleh, Baha Zain dan Anwar Ridhwan.

    Bantahan terhadap DLP dan PPSMI bukan hanya disampaikan oleh tokoh-tokoh bahasa, malah pakar dalam bidang sains dan matematik seperti Shaharir Mohamad Zain, anak Melayu pertama yang memperoleh Doktor Falsafah dalam bidang matematik serta Wan Ramli Wan Daud yang enam kali pernah diiktiraf sebagai saintis berpengaruh dunia oleh Thomson Reuters dan Clarivate Analytics.

    Kesimpulan

    Dalam bahagian pertama, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu boleh dijejak sehingga 130 tahun dahulu. Perjuangan nenek moyang kita ini diteruskan generasi demi generasi tetapi lumrahnya perjuangan, ia masih berhadapan cabaran sehingga kini.

    Bahasa mempunyai nilai ekonomi, politik dan ilmunya yang tersendiri. Dengan persejagatan dan penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi dunia, nilai ekonomi bahasa Melayu selalu dilihat rendah, termasuk dalam Malaysia sendiri.

    Nilai politiknya masih kukuh hasil peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang yang berkaitan. Cuma yang lebih merisaukan, nilai ilmunya yang semakin menipis disebabkan kurangnya usaha penterjemahan dan peranannya yang diambil alih dalam bidang-bidang berkaitan sains, matematik dan teknologi.

    SHAHARIR MOHAMAD ZAIN

    Shaharir dalam artikelnya, Malangnya Nasib Bahasa Melayu sebagai Bahasa Sains dan Matematik: Bala yang Perlu Dikendala berkata, terdapat dua aliran persejagatan dalam dunia.

    Pertama, persejagatan yang berpaksikan satu kebudayaan unggul yang diterajui bangsa Anglo-Saxon atau Inggeris. Dalam aliran ini, seluruh dunia perlu tunduk kepada kebudayaan unggul tersebut sehingga kebudayaan-kebudayaan lain lebih baik disingkirkan sahaja.

    Aliran kedua pula yang lebih sederhana dan adil, kebudayaan bangsa-bangsa dalam dunia dikongsi dan disimbiosis bagi menjana idea-idea baharu demi kemajuan dunia sejagat.

    Malang bagi kita, menurut Shaharir, pemimpin yang kita pilih lebih cenderung kepada aliran persejagatan yang pertama, sehingga apa sahaja yang datang dari kebudayaan bangsa Inggeris dilihat hebat dan unggul, termasuk dalam soal bahasa.

    Kesimpulan bahawa ilmu-ilmu moden seperti sains dan matematik hanya boleh diungkap dan diajarkan dalam bahasa Inggeris adalah canggung dan lemah kerana telah terbukti di seluruh dunia, bahasa ibunda ialah alat terbaik untuk memandaikan sesuatu bangsa dalam apa sahaja bidang.

    Lima generasi telah melalui perjuangan memartabatkan bahasa Melayu. Bagaimana dengan kita, generasi baharu? Mahu meneruskan perjuangan atau terus tunduk dan membiarkan bahasa Melayu tersingkir di tanah sendiri? – RELEVAN

    bahasa Melayu featured Merdeka pendidikan
    Artikel Terkini

    Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit

    March 24, 2023

    5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman

    March 24, 2023

    5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa

    March 23, 2023

    5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  

    March 23, 2023

    Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya

    March 23, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.