Facebook Twitter
    Trending
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    • Makanan yang kembalikan kesuburan rambut
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mana satu yang tepat, bahasa Melayu atau bahasa Malaysia?

    Mana satu yang tepat, bahasa Melayu atau bahasa Malaysia?

    By September 19, 2022Updated:September 20, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ANTARA bahasa Melayu dengan bahasa Malaysia, istilah mana yang paling tepat? - Grafik oleh Relevan

    KEKELIRUAN penggunaan istilah yang tepat, sama ada bahasa Melayu atau bahasa Malaysia sudah berlangsung lama. Bermula dengan penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, istilah bahasa Malaysia mula muncul dan sering bertukar ganti dengan penggunaan bahasa Melayu.

    Istilah bahasa Malaysia diperkenalkan untuk menggalakkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Istilah ini diguna pakai sejak penubuhan Malaysia sehingga 1986, apabila istilah tersebut digantikan semula dengan bahasa Melayu, selaras dengan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

    Namun, pada 2007, keputusan itu sekali lagi dibalikkan apabila kerajaan mengarahkan supaya istilah bahasa Malaysia menggantikan bahasa Melayu. 

    Kekeliruan ini berterusan sehingga pernah terjadi, buku teks bahasa Melayu di sekolah-sekolah juga tidak menggunakan istilah yang konsisten. Ada tahun dan tingkatan yang guna bahasa Melayu, ada yang guna bahasa Malaysia.

    Istilah politik

    Dalam Warkah Rayuan kepada Perdana Menteri Malaysia yang ditulis Prof. Emeritus Abdullah Hassan dan Datuk Zainal Abidin Borhan pada 2015, mewakili 34 persatuan berkaitan pendidikan dan bahasa untuk membantah pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP), permohonan supaya istilah bahasa Melayu tidak digantikan dengan bahasa Malaysia turut dimasukkan.

    Hujah mereka, bahasa Melayu mempunyai himpunan maklumat yang kaya dari segi sejarah, budaya dan sastera selama lebih 2,000 tahun. Bahasa Malaysia yang bermula pada 1969 tidak ada himpunan ilmu dan maklumat tersebut.

    ARTIKEL BERKAITAN: Perjuangan melebihi satu abad, sejarah usaha memartabatkan bahasa Melayu (Bahagian 1)

    Tokoh bahasa, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim turut bersetuju dengan penyataan tersebut. Menurut beliau, dari sudut pandang seorang ahli bahasa, tidak wujud istilah bahasa Malaysia.

    PROF. EMERITUS DR. NIK SAFIAH KARIM

    “Yang ada hanya bahasa Melayu, dari segi ilmunya. Bahasa Malaysia ini ciptaan orang politik untuk memberi gambaran bahawa bahasa Melayu itu bahasa kebangsaan untuk beberapa kelompok, termasuk Melayu, Cina, India, Bidayuh, Kadazan dan lain-lain.

    “Ini hanya istilah politik untuk mencapai perpaduan. Dari segi ilmu, (istilah yang tepat ialah) bahasa Melayu,” katanya ketika dihubungi Relevan.

    Menurut Nik Safiah, bahasa yang diangkat sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara itu nama asalnya bahasa Melayu yang telah lama dikenali dan digunakan. 

    Bagaimanapun, terdapat beberapa interpretasi terhadap istilah bahasa Melayu. Pertama, bahasa Melayu sebagai bahasa yang digunakan secara meluas meliputi kawasan Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago). Kedua, bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

    “Cuma di Indonesia, istilahnya ditukar kepada bahasa Indonesia atas dasar perpaduan. Bahasa Malaysia ini, orang tiru macam Indonesia juga, mereka mahu tukar,” jelasnya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Perjuangan melebihi satu abad, sejarah usaha memartabatkan bahasa Melayu (Bahagian 2)

    Cukup rasa cinta

    Bagi Nik Safiah, untuk membentuk perpaduan, kita tidak perlu menukar istilah bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia. 

    Perpaduan boleh dicapai jika seluruh rakyat menumpahkan rasa cinta kepada bahasa yang diangkat sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara, yang telah digunakan sejak sekian lama di kawasan ini, iaitu bahasa Melayu.

    “Di seluruh dunia ada bahasa Inggeris. Ia bahasa kebangsaan untuk orang England, Amerika (Syarikat), Australia, Kanada dan New Zealand. Namun, mereka tidak tukar nama bahasa itu kepada bahasa Australia, contohnya. Ia tetap bahasa Inggeris.

    “Jadi, kita tidak perlu tukar, asalkan wujud rasa cinta terhadap bahasa itu,” katanya.

    PROF. DR. AWANG SARIYAN

    Hal sama turut disuarakan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Profesor Datuk Seri Dr. Awang Sariyan yang melihat, faktor nama tidak sepatutnya menentukan rasa hormat dan cinta rakyat Malaysia kepada bahasa Melayu.

    “Tiada bukti dan kesan bahawa penggunaan istilah bahasa Malaysia menimbulkan rasa milik bersama terhadap bahasa negara. 

    “Jika sejarah bahasa Melayu sebagai bahasa tamadun rantau ini difahami dan rasa cinta kepada negara utuh, bahasa negara tetap dihormati walau apa pun namanya,” katanya.  – RELEVAN

    Previous Article9 daripada 10 orang tidak cukup tidur, berisiko strok dan sakit jantung
    Next Article 1,830 kes sembuh Covid-19 semalam

    Artikel berkaitan

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026
    Artikel Terkini

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.