Facebook Twitter
    Trending
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Fahami sistem ejaan bahasa Melayu

    Fahami sistem ejaan bahasa Melayu

    By KU SYAFIQ KU FOZIDecember 15, 2022Updated:December 15, 20226 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TERDAPAT beberapa teori tentang ejaan dalam bahasa Melayu yang boleh diguna pakai untuk memahami peraturan ejaan yang ditetapkan untuk perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    ANTARA topik yang kurang menjadi perhatian dalam pengajian bahasa Melayu ialah sistem ejaan. Topik ini dilihat terlalu asas dan kurang penting berbanding tatabahasa atau sintaksis.

    Namun, polemik berkenaan ejaan kata pinjaman sering berlaku dan ia membuka ruang belajar yang luas tentang sistem ejaan bahasa Melayu.

    Relevan merujuk kembali buku panduan ejaan yang ditulis Allahyarham Abdul Hamid Mahmood, seorang Profesor Emeritus Bahasa Melayu yang bertajuk Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Melalui Latihan dan Gunakan Bahasa Melayu Yang Betul.

    Dalam buku tersebut, Abdul Hamid mengemukakan beberapa teori tentang ejaan dalam bahasa Melayu yang boleh diguna pakai untuk memahami peraturan ejaan yang ditetapkan untuk perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu.

    DUA buku yang menjelaskan sistem ejaan bahasa Melayu.

    Sistem ejaan bahasa Melayu

    Perkembangan sistem ejaan bahasa Melayu dalam tulisan Rumi telah berkembang sejak ratusan tahun dahulu. Menurut Abdul Hamid, sistem ejaan Rumi mula diasaskan oleh penjajah Inggeris pada abad ke-18, dengan Thomas Bowrey sebagai pemulanya pada 1701.

    Ia diteruskan dengan sistem Ejaan Rumi J. Howison (1800), Ejaan Rumi William Marsden (1812), Ejaan Rumi Negeri-Negeri Selat (1878), Ejaan Swettenham (1881) dan Ejaan Rumi Maxwell (1882).

    ABDUL HAMID MAHMOOD

    Kata Abdul Hamid, semua sistem ejaan Rumi tersebut berpedomankan kaedah transliterasi huruf Jawi kepada Rumi.

    Kemudian, pada abad ke-20, perancangan ejaan Rumi yang pertama di Tanah Melayu dimulakan. Pada 1902, kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang diketuai R.J. Wilkinson.

    Sistem Ejaan Wilkinson yang turut dikenali sebagai romanised Malay spelling diterbitkan pada Oktober 1904 dan digunakan secara rasmi di semua sekolah umum.

    Sistem itu kemudiannya digantikan sistem Ejaan Rumi Za’ba sebagai sistem rasmi untuk sekolah-sekolah.

    Selepas sistem Ejaan Rumi Za’ba, beberapa sistem ejaan Rumi lain turut digubal seperti Ejaan Fajar Asia, Ejaan Malindo dan Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia.

    Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia kemudiannya dikembangkan menjadi Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia-Indonesia yang didokumentasikan melalui Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia pada 1974.

    Sistem ini yang diguna pakai di Malaysia sehingga kini.

    Sistem keselarasan huruf vokal

    Antara ciri penting dalam sistem ejaan bahasa Melayu yang diguna pakai hari ini ialah sistem keselarasan huruf vokal. 

    Sistem ini menetapkan pasangan huruf vokal untuk perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu. Namun, ia hanya terpakai untuk perkataan yang menepati tiga syarat berikut:

    • Keselarasan itu untuk dua huruf vokal pada kata dasar (bukan terbitan)
    • Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup (perkataan berakhir dengan huruf konsonan)
    • Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja

    Melalui sistem keselarasan vokal ini, panduan untuk mengeja perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu lebih jelas. 

    Pola keselarasan huruf vokal

    Sistem keselarasan huruf vokal berfungsi melalui pola keselarasan huruf vokal. Pola ini menyenaraikan 18 gabungan vokal yang diterima dalam bahasa Melayu, mengikut syarat sistem keselarasan huruf vokal.

    Perkataan yang tidak mengikuti pola tersebut sama ada dieja secara salah atau berada dalam pola kekecualian kepada keselarasan huruf vokal yang diberikan kepada perkataan pinjaman. 

    18 pola keselarasan huruf vokal dalam sistem ejaan baharu bahasa Melayu adalah seperti berikut:

    Suku kata praakhir Suku kata akhir tertutup Contoh
    a a arah, panas, kalah, halaman
    a i alih, gadis, habis
    a u asuh, batuk, halus, lembayung
    e pepet a emak, telan, kelam, tembelang
    e pepet i benih, lebih, betik, sembelih
    e pepet u belum, telur, tempuh, temenggung
    e taling a enak, dewan, tewas, belerang
    e taling e taling gelek, heret, leceh, selekeh
    e taling o elok, esok, serong, selekoh
    i a ingat, bilang, hilang, selinap
    i i intip, pilih, sisih, belimbing
    i u cium, riuh, tiup, seliuh
    o a olah, otak, borang, sekolah
    o e taling boleh, korek, oleh, celoteh
    o o botol, kotor, borong, kelompok
    u a ulat, ubat, tumpang, ketupat
    u i usik, pulih, tulis, gerusih
    u u tujuh, tunduk, untuk, tengkujuh

    Pola keselarasan huruf vokal menjawab soalan mengapa beberapa perkataan pinjaman seperti saman dan pancit dieja sedemikian, tidak mengikut sebutan asalnya dalam bahasa Inggeris, iaitu summon (sa-men) dan punctured (pan-cet).

    Begitu juga dengan adik yang tidak dieja sebagai adek; gaduh bukan gadoh; betul bukan betol atau bilik bukan bilek.

    Bagaimana pula dengan perkataan seperti aneh, calon, bonus atau artikel yang tidak mengikut pola keselarasan huruf vokal?

    Pola kekecualian

    Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu turut menerima beberapa pola selain daripada 18 pola keselarasan huruf vokal asli bahasa Melayu. Ini bagi mengeja kata-kata pinjaman seperti daripada bahasa Nusantara atau Inggeris.

    Terdapat 16 pola kekecualian yang diterima dalam bahasa Melayu, iaitu:

    Suku kata praakhir Suku kata akhir tertutup Contoh (bahasa Nusantara) Contoh (bahasa Inggeris)
    a e taling awet, aneh, kaget, pamer kabaret, panel
    a o calon, lakon, lapor, perabot atom, kontraktor
    e pepet e taling gembleng
    e pepet o jempol, bendok gabenor, interkom
    i e taling imlek parlimen, simen, tiket
    i o ijon, pilon diftong, transistor
    u e taling tulen, ulet subjek
    u o bunglon, buron kupon, konduktor, lelucon
    a e pepet pakem teater
    e taling i hipotesis, objektif
    e taling u petroleum, spektrum
    e pepet e pepet demdem, pepet
    i e pepet iseng filem, artikel, partikel
    o i hipokrit, fosil
    o u bonus, forum
    u e pepet lumer skuter

    Bentuk ejaan tampak

    Menurut Ahmad Hamid, Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu berlandaskan bentuk tampak atau bentuk visual.

    Ini bermakna, ejaan bagi perkataan asing yang dipinjam daripada bahasa asing dieja mengikut bentuk tampak, iaitu hampir sama dengan ejaan dalam bahasa asalnya.

    PROF. EMERITUS DR. NIK SAFIAH KARIM

    Relevan turut menghubungi Profesor Emeritus Dr. Nik Safiah Karim untuk mendapatkan penjelasan berkenaan bentuk ejaan ini.

    Menurut beliau, prinsip peminjaman perkataan dari bahasa asing adalah dengan mengambil bentuk dalam bahasa asalnya kemudian disesuaikan dengan sistem ejaan bahasa Melayu dan disebut menggunakan sistem sebutan bahasa Melayu.

    Contoh penyesuaian ejaan adalah pada huruf yang disebut dengan cara berbeza. Contohnya, huruf C dalam bahasa Inggeris boleh disebut dengan bunyi /s/ (seperti dalam cylinder) atau /k/ (seperti dalam carbon). Disebabkan itu, huruf C kebiasaannya diganti dengan S (silinder) atau K (karbon).

    Tidak semuanya seragam

    “Bagi istilah teknikal seperti sociology, anthropology, kita ikut ejaan. Sebutannya kita ikut bahasa Melayu, seperti huruf G, walaupun bahasa Inggeris sebut /j/, kita guna /g/.

    “Namun, ada yang tidak ikut hukum ini atas dua sebab. Satu, ia bukan istilah teknikal. Kedua, ia dibawa masuk secara tidak rasmi oleh mereka yang bukan ilmuan bahasa. Kadang-kadang dibawa masuk oleh wartawan, mereka tak sempat nak fikir (mengikut hukum rasmi),” kata Nik Safiah.

    Kata beliau, disebabkan bahasa digunakan oleh manusia, wujud ketidakseragaman dalam penggunaannya. 

    “Bahasa itu dinamik, ia sentiasa berubah-ubah. Manusia juga begitu,” jelasnya. – RELEVAN

    Previous ArticleSediakan payung sebelum hujan, azam baharu 2023
    Next Article 1,562 kes sembuh Covid-19 dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026
    Artikel Terkini

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.