ANGKA jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan sebanyak 281 kes semalam berbanding 237 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,040,368 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 257 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,994,015 kes. Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan.
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,954 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,872 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,399 kes dengan 9,072 kes atau 96.5 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 319 kes atau 3.4% pesakit dirawat di hospital, enam kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan dua kes atau 0% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN