Facebook Twitter
    Trending
    • Elok untuk bersenam pada waktu malam?
    • Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Elok untuk bersenam pada waktu malam?

      April 20, 2026

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Fakta Semesta: Makhluk kecil di lautan ini penyumbang oksigen terbesar untuk bumi

    Fakta Semesta: Makhluk kecil di lautan ini penyumbang oksigen terbesar untuk bumi

    By Umi FatehahFebruary 17, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Sebenarnya, pokok bukan penyumbang oksigen terbesar tetapi laut-lautan. - GAMBAR HIASAN NASA

    BERMULA dari saat roh dan nafas ditiupkan kepada janin dalam rahim ibu, manusia bergantung kepada oksigen untuk terus bernafas sehinggalah tibanya ajal maut. Oksigen bergerak merentasi dinding senipis kertas ke saluran darah kecil yang dipanggil kapilari dan dibawa ke seluruh badan melalui aliran darah.

    Selama nafas yang ditarik dan dihembuskan kembali ke bumi, kita pasti menjangkakan pokok ialah penyumbang oksigen terbesar, bukan? Sebenarnya, pokok bukan penyumbang oksigen terbesar tetapi laut-lautan.

    Merujuk kepada National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), para saintis menganggarkan bahawa kira-kira separuh daripada penghasilan oksigen di bumi disumbangkan oleh lautan. 

    Sebahagian besar pengeluaran ini adalah daripada phytoplankton iaitu tumbuhan laut kecil yang hidup berhampiran permukaan air dan hanyut bersama arus. 

    PHYTOPLANKTON berfotosintesis bagi menghasilkan oksigen. – GAMBAR HIASAN NOAA

    Seperti tumbuh-tumbuhan lain, mereka berfotosintesis. Mereka menggunakan cahaya matahari dan karbon dioksida untuk membuat makanan. Hasil daripada proses fotosintesis ialah oksigen.

    Satu spesies yang spesifik, Prochlorococcus, adalah organisma fotosintesis terkecil di bumi. Tetapi bakteria kecil ini menghasilkan sehingga 20 peratus oksigen dalam keseluruhan biosfera kita. Itu peratusan yang lebih tinggi daripada gabungan semua hutan hujan tropika di daratan.

    Biosfera merujuk kepada bahagian-bahagian bumi di mana kehidupan seperti manusia, haiwan dan tumbuhan wujud. Biosfera diambil kira bermula daripada sistem akar pokok yang paling dalam, kepada laut dalam hingga hutan-hutan hujan yang subur dan puncak gunung yang tinggi.

    Bagi mengira peratusan tepat oksigen yang dihasilkan oleh lautan adalah sukar kerana jumlahnya sentiasa berubah. Para saintis menggunakan teknologi pengimejan satelit untuk menjejak plankton yang berfotosintesis. 

    Secara tidak langsung, mereka juga dapat menganggarkan jumlah fotosintesis yang sedang berlaku di lautan, tetapi pengimejan satelit tidak mampu menunjukkan keseluruhan situasi yang sedang berlaku. Plankton mungkin kecil, tetapi mereka memainkan peranan besar dalam ekosistem akuatik.

    Jumlah plankton juga berubah mengikut musim. Selain itu, jumlah plankton juga bertindak balas kepada perubahan jumlah nutrien yang wujud dalam air, suhu dan faktor-faktor lain. 

    Kajian telah menunjukkan bahawa jumlah oksigen di setiap lokasi berbeza mengikut masa, hari dan pasang surut air.

    Ketumpatan lapisan yang dibentuk phytoplankton juga berbeza-beza. Mereka kadang-kadang terapung dalam lapisan nipis di permukaan air. Namun pada ketika dan di kawasan lain ia boleh menjadi seratus meter iaitu kira-kira 100 ela tebal.  

    Perlu ingat, meskipun lautan menghasilkan sekurang-kurangnya 50 peratus oksigen di bumi, hidupan marin juga memerlukan kira-kira jumlah yang sama untuk terus hidup. 

    Seperti haiwan di darat, haiwan marin bergantung kepada oksigen yang terdapat di dalam laut untuk bernafas. Selain itu, oksigen juga digunakan dalam proses pereputan tumbuhan dan haiwan di lautan. 

    Oksigen juga boleh didapati di atmosfera yang telah terkumpul selama ratusan juta tahun. Kebanyakan hidupan di darat bergantung kepada oksigen yang dihasilkan di atmosfera.

    Para saintis berpendapat ia menjadi satu permasalahan apabila algal bloom atau tumbuhan yang hidup di laut serta air tawar tumbuh di luar kawalan dan menghasilkan kesan toksik yang membahayakan kedua-dua hidupan di laut dan darat, termasuk manusia. 

    Menurut pakar, ia bermasalah apabila algal bloom ini mati. Proses penguraiannya menggunakan oksigen dengan lebih cepat dan banyak berbanding jumlah dan tempoh oksigen dihasilkan semula.

    Kejadian ini boleh mewujudkan kawasan dengan kepekatan oksigen yang sangat rendah atau hipoksia. Kawasan ini sering dipanggil zon mati kerana paras oksigen terlalu rendah untuk menyokong kebanyakan hidupan marin. 

    National Centers for Coastal Ocean Science di NOAA menjalankan penyelidikan dan ramalan yang meluas mengenai algal bloom dan hipoksia bagi mengurangkan ancaman yang boleh berlaku kepada ekosistem lautan dan persekitaran manusia. – RELEVAN

    Previous Article9,399 jumlah kes aktif Covid-19 setakat semalam
    Next Article Tanda-tanda ahli politik sedang menipu

    Artikel berkaitan

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    April 20, 2026

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026
    Artikel Terkini

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    April 20, 2026

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.