Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lebih 300 batu karang dikeluarkan dari buah pinggang seorang wanita

    Lebih 300 batu karang dikeluarkan dari buah pinggang seorang wanita

    By Zubaidah IbrahimDecember 15, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LEBIH 300 batu karang berjaya dikeluarkan dari buah pinggang seorang wanita.

    MENIKMATI air manis berlebihan dan tidak suka minum air putih menyebabkan seorang wanita berusia 20 tahun di Taiwan terpaksa dibedah untuk mengeluarkan 300 batu karang dari buah pinggang kanannya.

    Wanita yang dikenali sebagai Xiao Yu itu dimasukkan ke Hospital Chi Mei, Tainan awal bulan ini, selepas mengadu sakit teruk di bahagian bawah punggungnya.

    Dia juga mengalami demam dan ujian darah menunjukkan jumlah sel darah putih yang luar biasa tinggi.

    Doktor melakukan imbasan ultrasound dan mendapati buah pinggang kanannya penuh dengan cecair dan hampir penuh dengan batu karang.

    Langkah pertama yang dilakukan ialah dengan memberikannya antibiotik, kemudian mengalirkan cecair dari buah pinggangnya dan akhirnya melakukan pembedahan invasif minimum untuk membuang ratusan batu itu.

    Lebih 300 batu karang berjaya dikeluarkan dengan saiz antara saiz lima milimeter (mm) hingga dua sentimeter (cm). Batu itu mempunyai bentuk serupa “roti kukus kecil”

    Keadaan pesakit dilaporkan stabil selepas pembedahan dan telah dibenarkan keluar dari hospital.

    Pakar Urologi dari Hospital Chi Mei, Dr. Lim Chye berkata, batu karang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk kecenderungan genetik, penyakit kronik dan diet yang kaya dengan kalsium dan protein.

    “Walaupun terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang, tetapi dalam kes ini, pesakit tidak suka minum air putih sebaliknya bergantung kepada teh manis dan jus.

    “Xiao Yu lebih suka minum bubble tea berbanding air putih.

    “Ini menyebabkan dehidrasi kronik, keadaan di mana air kencing menjadi lebih pekat dan mineral di dalamnya mengkristal untuk membentuk batu,” katanya.

    Tambah beliau, kes batu karang lebih kerap berlaku pada musim bunga dan musim panas kerana dehidrasi akibat cuaca panas.

    Akibat pengambilan cecair yang berkurangan, air kencing menjadi lebih pekat menyebabkan mineral bercantum dan menghablur menjadi batu.

    Dr. Lim yang melakukan pembedahan ke atas Xiao Yu  berkata, 9.6 peratus penduduk di Taiwan mungkin mengalami batu karang sepanjang hayat mereka.

    Lelaki dilaporkan lebih daripada tiga kali berisiko mendapat batu karang berbanding wanita.

    Batu karang biasanya ditemui pada orang yang berumur antara 50 dan 60 tahun.

    Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya minum banyak air untuk memastikan badan dapat memproses pengambilan gula, garam dan kalsium.

    Beliau juga menggunakan kes Xiao Yu sebagai kisah amaran tentang apa yang boleh berlaku dalam kes dehidrasi yang melampau.- RELEVAN

    Previous Article8 azam tahun baharu untuk perkembangan kerjaya
    Next Article KKM perkenal lima strategi tangani kes Covid-19

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.