Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kegilaan pakai lampin di usia dewasa

    Kegilaan pakai lampin di usia dewasa

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalMarch 31, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: rawpixel.com - www.freepik.com

    TERDAPAT pelbagai jenis ragam dan ‘kegilaan’ manusia yang dapat kita lihat saban hari. Salah satunya ialah Adult Baby Diaper Lover (ABDL) juga dikenali sebagai Paraphilic Infantilism yang baru-baru ini kecoh di media sosial.

    ABDL merupakan antara kecelaruan manusia yang jarang didengari, tetapi ia wujud dalam masyarakat kita.  Mereka yang tergolong dalam kecelaruan ini suka berkelakuan seperti kanak-kanak dengan memakai lampin dan baju bayi.

    Seorang lelaki berumur lingkungan 20-an yang hanya mahu dikenali sebagai Mirza berkongsi pengalamannya sebagai seseorang yang mempunyai ABDL dan suka memakai lampin.

    “Awalnya saya didenda oleh ibu saya kerana kerap kencing di tilam akibat masalah lemah kawalan pundi kencing sejak kanak-kanak, tetapi akhirnya saya seronok memakai lampin.

    SALAH satu kumpulan Facebook ABDL di Malaysia.

    “Selalunya, saya akan memakai lampin pada waktu malam sahaja atau ketika ketiadaan orang di rumah.  Saya juga tidak mahu sesiapa tahu tentang ‘rahsia’ ini.  Ibu juga pernah memarahi saya kerana masih bergantung kepada lampin untuk membuang air,” katanya kepada Relevan.

    Lebih pelik,  Mirza juga menganggap memakai lampin sebagai satu ganjaran apabila berasa penat atau mendapat pencapaian yang bagus dalam kerja dan pelajaran.  

    “Saya cuba berhenti tetapi ia bukan senang kerana sudah terbiasa memakai lampin sejak kecil, tetapi saya sedar ia perkara yang salah dan tidak patut untuk diteruskan.  

    “Memikirkan soal jodoh, saya juga tertanya-tanya sampai bila mahu jadi begini? Belum tentu ada yang dapat menerima sisi saya yang suka memakai lampin dan menjadi bayi.  Kebanyakan orang memandang serong dan anggap ABDL ini ‘penyakit orang gila’,” tuturnya lagi.

    Di Malaysia, komuniti ABDL ini wujud cuma mereka tidak menonjolkan diri. Menurut Mirza, majoriti penghidap ABDL terdiri daripada kaum lelaki.  Mereka mewujudkan komuniti ini untuk berkongsi kisah masing-masing dan juga untuk berkenalan sesama mereka.

    Menurut penyelidik di University of Campania, Antonietta Lasala, ABDL merupakan gangguan kesihatan mental yang wujud akibat trauma serta kurang kasih sayang dan perhatian semasa kanak-kanak.  

    Ada sesetengah orang menganggap memakai lampin atau berpura-pura menjadi bayi ini sebagai salah satu fantasi seksual.  Hakikatnya, mereka cuma mahukan perhatian dan jagaan yang tidak diperolehi ketika usia kanak-kanak dahulu.

    Antara salah faham terbesar yang komuniti ini sering dapat ialah mereka mempunyai nafsu terhadap kanak-kanak. Mana mungkin mereka tergolong dalam kalangan pedofilia sedangkan menganggap diri sendiri sama seperti kanak-kanak. – RELEVAN 

    ABDL dewasa pakai lampin featured
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.