Facebook Twitter
    Trending
    • Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya
    • Rasa diri ketinggalan di belakang?
    • Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan
    • Jangan cas telefon sebelah bantal!
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026
    • Kewangan

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026
    • Pendidikan

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026
    • Kerjaya

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lihat ke mata anak, ibu bapa perlu jadi pendengar yang baik

    Lihat ke mata anak, ibu bapa perlu jadi pendengar yang baik

    By Zubaidah IbrahimApril 5, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: tirachardz - www.freepik.com

    ANAK-ANAK ibarat kain putih bersih dan ibu bapalah yang harus mencorak tingkah laku baik mereka dengan memberi bimbingan serta didikan sewajarnya agar membesar menjadi manusia berbudi pekerti mulia.

    Tugas itu bukan mudah kerana setiap anak mempunyai ragam dan kerenah yang menguji kesabaran ibu bapa apatah lagi jika mereka sukar untuk mendengar kata.

    Sehubungan itu, Relevan kongsikan strategi untuk memupuk minat anak-anak supaya mematuhi apa yang diperkatakan ibu bapa dan menjadi pendengar yang baik seperti disarankan oleh portal keibubapaan Verywell Family.

    1. Lihat mata ke mata

    Rendahkan posisi badan anda ke paras mata anak dan meminta dia melihat terus kepada anda ketika bercakap. Ini adalah cara terbaik bukan sahaja untuk memastikan anda mendapat perhatian penuh anak, malah mengajarnya adab yang betul dengan mendengar penuh hormat ketika orang lain sedang bercakap.

    2. Mendengar anak anda

    Seperti tingkah laku lain, anak-anak akan belajar cara mendengar dengan mengikuti contoh yang diajar oleh ibu bapa mereka. Jika anda mempunyai tabiat mendengar yang baik ketika dia bercakap, maka dia juga akan melakukan hal serupa.

    Ketahui punca mengapa mereka gagal mendengar arahan dengan baik. Cuba fikirkan kembali mengapa anak sukar mendengar kata. Adakah anda meminta dia melakukan perkara yang sukar baginya? Apakah dia mempunyai masalah untuk melakukannya kerana terlalu letih atau meragam? Pertimbangkan perkara yang mungkin menyebabkan terjadinya tingkah laku itu dan bukannya melabel anak  sebagai kurang ajar atau tidak pandai menghormati orang lain.

    3. Bertenang

    Walaupun berasa agak menjengkelkan apabila anak tidak mendengar kata, tetapi ibu bapa perlu bertenang ketika membimbing anak-anak dan elakkan daripada menjerit atau bercakap dalam nada marah. Salah satu sebabnya ialah, ketika marah, anda menunjukkan diri yang tidak terkawal dan membuatkan anak semakin degil serta tidak mahu mendengar kata.

    4. Jelaskan kepada anak-anak

    Jelaskan kepada anak-anak bahawa perlakuan mereka itu tidak baik. Ajar anak anda bahawa tidak mendengar kata atau mengabaikan orang yang sedang bercakap adalah tingkah laku yang buruk.

    Suntik elemen keseronokan ketika mendidik anak-anak dan ubah cara interaksi dengan mereka dalam keadaan lebih menyenangkan. Sebagai contoh, jika anda melihat anak berlengah-lengah ketika bersiap untuk ke sekolah, beri ganjaran kepadanya jika dia dapat bersiap cepat. Gunakan kreativiti dan imaginasi anda untuk menggalakkan anak-anak memberi kerjasama berbanding melontarkan arahan tegas.

    5. Latih anak-anak

    Beritahu anak-anak bahawa anda akan melakukan latihan sekitar 30 minit (bergantung kepada umur dan cara tindak balasnya). Beritahu dia yang anda melakonkan sahaja watak itu dan bukan berniat untuk mengabaikan dia. Mulakan latihan itu dengan anak yang mana anda berpura-pura tidak mendengar apa yang diperkatakan olehnya dan buat dia rasa betapa teruk apabila orang mengabaikan kita. Oleh itu, mereka akan mula mengerti pentingnya untuk memberi perhatian kepada apa yang dicakapkan oleh orang lain.

    6. Sabar

    Membina tabiat komunikasi yang baik merupakan satu proses yang mengambil masa lama untuk dikembangkan. Oleh itu, jangan harapkan anak-anak akan terus mematuhi semua arahan anda. Sebaliknya, cuba lihat perkembangan kemahiran mendengarnya sebagai perkara penting dalam membantu anda dan anak-anak membina hubungan yang baik pada masa akan datang.-RELEVAN

    Previous ArticleTip memilih makanan sihat untuk sahur, berbuka dan moreh
    Next Article 12,017 kes baharu, 33 kematian dicatatkan semalam

    Artikel berkaitan

    Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

    February 3, 2026

    Rasa diri ketinggalan di belakang?

    February 3, 2026

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026
    Artikel Terkini

    Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

    February 3, 2026

    Rasa diri ketinggalan di belakang?

    February 3, 2026

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.