Facebook Twitter
    Trending
    • Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit
    • 5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman
    • 5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa
    • 5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  
    • Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya
    • Rancang perbelanjaan persekolahan, Ramadan dan Aidilfitri
    • 7 fakta langka tentang P. Ramlee
    • Bagaimana proses melihat anak bulan?
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  

      March 23, 2023

      Pesakit jantung boleh berpuasa?

      March 20, 2023

      10 tanda manusia narsistik, lari sebelum terlambat

      March 16, 2023

      Adakah bebenang kelabu pada penglihatan petanda masalah mata?

      March 14, 2023

      Sifar kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      March 12, 2023
    • Kewangan

      Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya

      March 23, 2023

      Rancang perbelanjaan persekolahan, Ramadan dan Aidilfitri

      March 23, 2023

      Tidak dibenarkan surcaj tambahan di premis perniagaan, BNM beri amaran

      March 16, 2023

      Menabung runcit-runcit untuk kecemasan kecil

      March 9, 2023

      3 jenis pemilikan hartanah dan ciri-cirinya

      March 7, 2023
    • Pendidikan

      Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit

      March 24, 2023

      5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa

      March 23, 2023

      7 fakta langka tentang P. Ramlee

      March 22, 2023

      Bagaimana proses melihat anak bulan?

      March 22, 2023

      7 puisi buat anda di hari puisi

      March 21, 2023
    • Kerjaya

      5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman

      March 24, 2023

      Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?

      March 21, 2023

      5 jawapan ‘selamat’ untuk cerita kelemahan diri ketika temu duga

      March 15, 2023

      Cara menulis dan contoh cover letter terbaik menurut Universiti Harvard

      March 10, 2023

      Cara menulis dan contoh resume terbaik menurut Universiti Harvard

      March 8, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bina menara daripada pencungkil gigi? Ini tujuannya

    Bina menara daripada pencungkil gigi? Ini tujuannya

    By Zubaidah IbrahimAugust 15, 2022Updated:August 15, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEBUAH universiti kejuruteraan terkenal di Jepun telah mengadakan pertandingan unik yang mencabar para pelajarnya membina menara pencungkil gigi bagi menahan simulasi gempa bumi.

    SEBUAH universiti kejuruteraan terkenal di Kumamoto, Jepun telah mengadakan pertandingan unik yang mencabar para pelajarnya membina menara pencungkil gigi untuk menahan simulasi gempa bumi.

    Jepun menjadi negara yang terdedah kepada gempa bumi di dunia kerana kedudukannya terletak di zon Circum-Pacific Belt iaitu terdapat gunung berapi aktif dan aktiviti seismik yang berterusan.

    Walaupun Jepun mengambil hanya 0.25% daripada kawasan darat di planet kita, tetapi 18.5% daripada gempa bumi di dunia berlaku di sini.

    Oleh itu, membina bangunan yang tahan gempa adalah sangat penting di Jepun maka, sebuah sekolah kejuruteraan telah mencabar pelajar-pelajarnya untuk menghasilkan reka bentuk menara pencungkil gigi yang boleh menahan simulasi gempa bumi.

    Sejak 2006, Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Sojo telah mengadakan pertandingan Seismik Menara Pencungkil Gigi. 

    Pertandingan unik itu mencabar pasukan pelajar untuk membina menara tahan gempa hanya menggunakan pencungkil gigi dan gam kayu.

    JABATAN Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Sojo telah mengadakan pertandingan Seismik Menara Pencungkil Gigi sejak tahun 2011.- Foto oleh Universiti Sojo

    Menara itu akan diletakkan di atas papan berukuran 30 sentimeter dan pemberat logam yang secara beransur-ansur ditambah di atasnya, manakala platform yang mereka letakkan itu mula bergegar menyerupai gempa bumi.

    Apabila getaran mendatar meningkat, menara mula tumbang di bawah tekanan berat logam. Menara terakhir yang masih berdiri diisytiharkan sebagai pemenang.

    Pertandingan menara pencungkil gigi mendapat sambutan hangat sejak edisi pertamanya iaitu pada tahun 2011.

    Universiti Sojo juga telah menganjurkan pertandingan seumpama itu di antara pasukan pelajar sekolah menengah dengan tujuan untuk meningkatkan minat pelajar-pelajar tersebut dalam pembuatan dan reka bentuk bangunan tahan gempa.

    Kriteria yang ditetapkan dalam pertandingan tersebut ialah menara pencungkil gigi mestilah sekurang-kurangnya tinggi 50 sentimeter dan berat kurang daripada 65 gram.

    Mereka akan meletakkan menara itu di atas papan kayu agar tidak tergelincir apabila platform mula bergetar.

    Pertandingan Seismik Menara Pencungkil Gigi diadakan untuk merangsang kreativiti, kerja berpasukan dan minat para pelajar terhadap bangunan yang boleh menahan gempa bumi.

    Tahun lepas, pertandingan tersebut telah diadakan pada 30 dan 31 Oktober dengan hanya seorang wakil setiap pasukan dibenarkan masuk ke tempat pertandingan kerana sekatan Covid-19.- RELEVAN

    featured gempa bumi jepun menara
    Artikel Terkini

    Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit

    March 24, 2023

    5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman

    March 24, 2023

    5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa

    March 23, 2023

    5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  

    March 23, 2023

    Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya

    March 23, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.