Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Dari ruang ke alam, bahasa atau muzik; ini 8 jenis kepintaran manusia

    Dari ruang ke alam, bahasa atau muzik; ini 8 jenis kepintaran manusia

    By February 4, 2022Updated:August 5, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    HOWARD Gardner melalui bukunya, Frames of Mind membahagikan kecenderungan kepintaran manusia kepada lapan jenis. - GAMBAR OLEH MILAD FAKURIAN (Unsplash)

    PERNAHKAH anda berasa cemburu dengan rakan yang sangat bijak dalam matematik? Ada rakan lain anda pula sangat pandai mengekspresikan perasaan sehingga berjaya menjadi pelakon. Ada juga yang bijak mengatur kata dan mencapai kejayaan sebagai penulis.

    Jangan risau. Setiap daripada kita mempunyai kecenderungan kepintaran yang berbeza. Tahukah anda, pakar telah mengelaskan kecenderungan kepintaran manusia kepada lapan jenis?

    Pakar psikologi dari Universiti Harvard, Howard Gardner memperkenalkan teori kepintaran pelbagai melalui bukunya, Frames of Mind pada 1983. Teori tersebut membahagikan kepintaran manusia kepada lapan jenis yang setiapnya mewakili cara seseorang memproses maklumat.

    RELEVAN menyenaraikan kelapan-lapan kategori kepintaran ini. Mungkin anda tergolong dalam kategori mereka yang pintar tanpa diketahui.

    Grafik oleh Hassan Shah
    • Kepintaran ruang

    Individu dengan kepintaran ruang mempunyai kelebihan dari segi penilaian visual dan ruang. Individu dengan kepintaran ini suka melukis, cekap menyelesaikan teka-teki, dapat mengenal pasti corak dan menginterpretasikan visual dengan baik. Kepintaran ini sangat diperlukan dan individu berkenaan akan cemerlang dalam bidang seperti seni bina, reka grafik, fotografi, rekaan dalaman dan penerbangan.

    • Kepintaran tubuh-kinestetik

    Individu dengan kepintaran ini mempunyai pergerakan fizikal dan kawalan motor yang cekap. Kebiasaannya, individu sebegini cemerlang dalam sukan dan  koordinasi fizikal. Mereka juga lebih mudah mengingati sesuatu melalui perbuatan, berbanding pendengaran dan penglihatan. 

    • Kepintaran muzik

    Pernah tonton video seorang lelaki yang dapat meneka nada bunyi dengan tepat? Lelaki tersebut mempunyai kepintaran muzik yang cemerlang yang ditandakan dengan kepekaannya terhadap irama dan muzik. Individu sebegini mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap muzik dan mempunyai pemahaman yang mendalam berkenaan struktur serta nota muzik.

    • Kepintaran bahasa

    Individu dengan kepintaran bahasa bijak mengatur kata-kata, memahami bahasa dan hukumnya serta mampu menulis dengan baik. Mereka kebiasaannya gemar membaca dan menulis, selain cemerlang dalam pengucapan awam. Dari segi kelebihannya, individu sebegini pandai memujuk dan boleh menerangkan sesuatu konsep termasuk yang abstrak dengan jelas.

    • Kepintaran logik-matematik

    Mahir menganalisis masalah dan operasi matematik merupakan ciri utama individu dengan kepintaran logik-matematik. Individu ini sangat cepat menyelesaikan masalah dan mampu memahami pengiraan rumit. Selain itu, mereka juga gemar berfikir tentang idea-idea yang abstrak. Albert Einstein dan Bill Gates dikatakan memiliki kepintaran ini.

    • Kepintaran interpersonal

    Kita semua mahukan pasangan yang sensitif, bukan? Itu merupakan antara kelebihan individu dengan kemahiran interpersonal kerana individu sebegini mampu memahami individu lain dan mempunyai kemahiran emosi yang kuat. Mereka mampu membina hubungan yang sihat dan mahir menyelesaikan konflik.

    • Kepintaran intrapersonal

    Jika interpersonal bijak berhubungan sesama manusia, individu dengan kepintaran intrapersonal lebih memahami diri sendiri dan kerap merenung ke dalam diri. Individu ini memahami kelebihan dan kekurangan seseorang dan sangat peka dengan keperluan diri. Sifat sensitif dalam diri individu sebegini membolehkan mereka membantu individu lain yang mengalami kecelaruan emosi.

    • Kepintaran alam

    Individu dengan kepintaran alam dapat melihat corak dan perhubungan dengan alam. Sering kali, individu sebegini dapat ditemui dalam kerjaya seperti ahli botani, biologi dan zoologi. Mereka menghargai alam dan meminati aktiviti melibatkan alam seperti berkhemah, berkebun serta mendaki gunung. 

    Kita semua mungkin tidak sedar, tetapi sebenarnya kebanyakan daripada kita mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa cuma dalam bidang yang berbeza. – RELEVAN

    howard gardner intelligence kepintaran multiple intelligence pendidikan
    Artikel Terkini

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025

    Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

    July 8, 2025

    Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

    July 7, 2025

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.